Pesanan: Entri ini penuh emosi. Sila baca dengan penuh penghayatan.

Menghantar anak2 ke pusat jagaan kanak2 (nursery)
bukanlah option yang terbaik untuk ibubapa.
Namun kesibukan kerja memaksa kita meninggalkan anak2 dibawah jagaan orang lain.

Dulu aku pernah la hantar anak2 ke nursery + kindergarten. 
Baru seminggu hantar, dua minggu anak2 berumah di hospital. 


ROTAVIRUS.

Bila aku bersemuka dengan pengasuh nursery, katanya..

"bukan anak puan sorang je yang kena cirit-birit. Ramai juga yang kena".
 Eh??  Pengakuan berani mati pengasuh ni!

Kemudian, aku cari pengasuh persendirian aka makcik2 yang takde apa nak buat kat rumah.
Dengan bantuan mak saudara aku, dapat la sorang makcik ni.
Anak aku tak demam, tak cirit, tak batuk ke apa. Alhamdulillah.

Makcik ni jaga tak lama pun sebab cucu2 dia pulak makin ramai.
Kesian pulak kat orang tua ni. 
So aku buat pilihan untuk cuba menghantar anak2 ke nursery yang lain.

Baru SEBULAN di nursery
anak2 aku kena JANGKITAN KUTU.
Hargghhhh!!! Sungguh menggelikan.
Aku tak pernah tengok kutu kepala. 
Kutu beras tu pernah la.


Ya Allah...aku rasa meremang bulu roma tengok rupa kutu.
Banyak pulak tu. Ada dekat 30 ekor...ARGHHHHH!!!! (geli sial!)

Cepat2 aku suruh mak belikan lotion kutu dan sikat kutu.
Bersungguh la aku dengan Yop menguli kepala anak2 sambil menyikat kutu2 dan telur2nya (yuckss!!)

Kalau guna torchlight kecil, lampu putih tu...lagi jelas nampak kelibat anak2 kutu yg baru menetas.
Gurghhh...nak menulis ni pun macam nak tulis pasal taik.
Syial la geli..arghhh!!!

Sabar, sambung lagi.

Lepas dua hari melenjunkan kepala diorang dengan lotion kutu, aku buat lagi inspection.
Tahap kesabaran aku ada hadnya.
THAT'S IT!!
I HAD ENOUGH!
This gotta end no matter what.
I can still see them crawling in my skin...
this wounds they will not heal *Linkin Park*

Googled natural remedies (petua) to stop head lice infestation.
One of the most effective method is, to use apple cider vinegar and coconut oil.
Dilute ACV 1:3, basahkan kepala anak dengan larutan tu...then balut dengan shower cap.
Sumpah, kalau aku jadi kutu, aku mati immediately.

Dia punya bau...pecah peparu aku.




Then, bilas lepas 1/2 jam.
Sambung lumur kepala anak2 dengan minyak kelapa.

Balut dengan kain and let them sleep with the oil for a night.

Do this for 2 days.
InsyaAllah berjaya.

Tapi..aku takut juga kalau2 ada sesekor dua yang tahan lasak,
 masih bernafas kat atas kepala bebudak ni.
And Yop yang unforgiven terus bagi suggestion. 
BOTAK!

Here's the thing. 
Membotakkan kepala anak2 jantan aku, tak menjadi hal.
Habih, yang anak dara ni tak kan nak membotak juga.
Kesian pun ada, tapi kalau kena kutu lagi la kesian.
Tergaruk2. Nanti kalau beria2 garu jadi luka.
Bila luka jadi kudis.
Bila kudis jadi bad infection.
Damyuh kutu!

"Pia..nanti kita pergi kedai gunting rambut, cukur botak ye?"
"Tak nak. Pia tak nak botak. Pia pompuan mana boleh botak!"

*senyap mencari idea*

"Pia...apa kata kita dua botak sama2?"
"Mommy nak botak juga?"
*breathing heavily*

"Ye laaa..mommy botak sama Pia ok!"

Dan berbotaklah aku dan Pia..demi anak 
Nanges pun tak guna.
Yop kata aku dah macam Jibam. 
Siapa Jibam pun aku tak tahu.
Tapi surely Jibam tu huduh.

Sekarang ni rambut aku dan Pia baru naik seinci.
Alahai...lambat betul nak ada rambut ni.
Tapi lega juga sebab tak risaukan kutu lagi.


Kelmarin aku ke tadika untuk mendaftar bebudak ni untuk persekolahan sesi 2013.

"Puan tak nak hantar dah ke Deanna dgn Dafique untuk nursery?"
"Err...bukan tak nak hantar. Haritu bebudak tu kena kutu. Jadi tak payah le kot."
"Oh..bukan anak puan je yang kena kutu, SEMUA budak2 sini kena."

SAY WHAT??

That's it!
Cari sekolah lain untuk tahun depan!

Disini aku nak tanya mak2 di luar sana, kalau hantar anak2 ke nursery,
ada tak check kepala anak2?
Kalau tak pernah check, baik buat cepat.
Kutu ni, kalau dah seekor masuk rumah, memang jadi masalah rumahtangga.
Habis sofa aku cabut sarungnya dan cuci dengan Dettol.
Karpet dihantar ke dobi.
Dan terpaksa tinggalkan rumah for 1 week
untuk make sure kutu2 yg dah terlanding kat mana2 bahagian rumah akan mati kelaparan.

Kutu adalah binatang yang sangat disgusting!
Lebih disgusting dari babi.
Kalau sebut "aku terpegang babi"...tak la seHORROR
"kepala aku ada kutu"

ARGHHHHH!!!!!

Below is an example of a bad case of head lice infestation
You are now excused to puke greenish liquid from your appendix.


Sepatutnya kementerian (memana la yang berwajib) 
pantau pusat penjagaan kanak2 ni.
Kalau tempat makan, sibuk benar nak disamak bagai.
Haram la babi ni kan.
Tapi, lagi haram jadah kalau ada kutu kat kepala anak2.

Pusat penjagaan kanak2 yang membiak kutu ni
perlu ditutup selama 2 minggu untuk dibersihkan.
Segala bantal2, comforter, karpet perlu dibuang.

Anak2 yang dihantar ke nursery juga perlu bebas kutu.
Jika anak2 ini berkutu, pengetua nursery sepatutnya menolak permintaan ibubapa tersebut untuk memasukkan anak2 mereka ke nursery 
Dan jika anak2 yg memang dah pun dijaga dan dikesan ada jangkitan kutu,
anak2 itu perlu digantung persekolahan sehingga masalah kutu hilang.

Parents kena la buat lice treatment ke, botakkan kepala ke.
Just do whatever necessary, asalkan kepala anak2 bebas kutu.

Kejam je bunyinya.
Siap gantung sekolah bagai.
Tapi kalau dah nampak kutu merayap2
baru tahu tindakan seperti itu sebenarnya sangat berperikemanusiaan.
Untuk mengelakkan anak2 orang lain berjangkit kutu.

Capiche?