Tercari-cari Assam Laksa Penang yang authentic in KL/Selangor?
Itulah yang aku buat for the past few years.
Dulu ada satu chinese uncle ni, berniaga di food court SOGO.
Memang kick Assam Laksa dia. Every month mesti pergi makan.
Kuahnya pekat, cukup masam manisnya, dihiasi salad, nenas, cili potong dan timun.
Bukan laksa penang kalau dihidang tanpa petis udang.
Petis udang adalah pelengkap laksa.

Tapi, selepas SOGO buat renovation pada food court, uncle tu pun dah tak berniaga.
Hampa sangat!

Bertanya ke sana ke mari kalau ada kawan2 yang tahu 
di mana Assam Laksa yang sedap di sekitar KL/Selangor. 
Orang kata try kat Laksa Shack. 
No..tak sedap.
Penang Village. Juga tak menepati piawai.
Try lagi kat macam2 restoran. 

Sedih + kecewa

Then, aku berkenalan dengan seorang pengusaha cafe.
Laksa Penang dia boleh tahan sedap.
Tiap2 bulan mesti singgah di cafe dia. 

Sekali lagi kekecewaaan berlaku.
Cafe ditutup kerana tuan kedai nak ambil balik kedai dia.
So...laksa sedap hilang lagi.
Sedih + kecewa (kuasa dua)

Bermula semula episod mencari2 Assam Laksa yang sedap.
Google situ, google sini.
Then ternampak komen dalam forum.
Ada yang mencadangkan Ah Cheng Laksa.

Oh..aku pernah nampak kiosk Ah Cheng ni.
Dekat je dengan rumah. Di Metro Point Kajang.
In between Baskin Robbins dengan Sushi King


Apa lagi, aku pun ajak Mar (my bff cum EDITOR)
 yang berjaya aku rasuk jadi hantu laksa macam aku.
And off we go.

Mulanya memang agak hesitate sebab tak ramai orang pun makan kat sini.
Actually, kat Metro Point Kajang ni memang tak pernah nak ramai orang pun.
Bukan setakat Ah Cheng je. Starbucks tu pun lengang sokmo.
Boycott Starbucks! Boycott Zionist products!

Kembali kepada Assam Laksa di Ah Cheng.
Ok...here is my review.



For the first time eva....aku makan Assam Laksa without petis!
Bukan sebab tak ada petis
tapi sebab kuah dia dah cukup rasa, petis pun tak payah letak.
Tak ada potongan nenas, cuma salad dan timun.
But it's ok sebab kuah laksa Ah Cheng ni secukup rasa @ sedap sangat!

Suhu kuah laksa juga mempengaruhi rasa laksa.
It should be piping hot.
Dan Ah Cheng Laksa lulus cemerlang!

Dengan tagline "BETUL-BETUL FROM THE NORTH"
dan sebagai seorang yang 'betul2' datang dari North, 
aku sangat bersetuju dengan tagline yang digunakan.

Assam Laksa Ah Cheng sememangnya menepati piawai rasa Assam Laksa Penang yang asli.

Disini bukan sekadar Assam Laksa yang menjadi tarikan,


Curry Laksa pun boleh tahan sedapnya.
Kuah karinya pekat, saiz hidangan juga besar.


Wait!
Mana gambar Assam Laksa yang digembar gemburkan tu?
Ada gambar Curry Laksa je.

Well...kalau nak gambar, kena tunggu nafsu nak makan laksa datang lagi.
Haritu pekena terus lega kempunan.
So, ini hari makan Curry Laksa je le.
Lenkali eh aku upload.

Whateva it is..Assam Laksa Ah Cheng memang first class.
Business class pun boleh la..


Disclaimer: 

1) Ulasan yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar, pendapat peribadi penulis dan mungkin juga bergantung kepada selera penulis sendiri.

2) Rasa itu adalah subjektif. Penulis tidak, dan tak akan bertanggungjawab jika pengalaman anda berbeza atau tidak seperti yang diharapkan.

3) Pendapat dan komen adalah dialu-alukan. 

4) Kepada pemilik restoran/gerai/kiosk, sekiranya ulasan yang diberikan adalah negatif, sila ambil perkara tersebut sebagai satu ulasan yang prihatin dari pihak penulis. Penulis mengulas dari sudut pandangan sebagai seorang pelanggan.

5) Penulis tidak menerima sebarang bayaran samada dalam bentuk wang atau bukan wang bagi menulis ulasan ini.