Aku pernah menetap di Ipoh semasa zaman persekolahan dulu.
Dari tahun 1992-hingga awal tahun 1995.
Tidak lama, tetapi cukup untuk meninggalkan memori manis dan wangi.
Wangi sewangi bau kopi.

Kenapa kopi?
Zaman tu kalau nak beli baju raya, kena pergi Super Kinta.
Walaupun Super Kinta tak sehebat Super Komtar (aku duduk di Penang dari kecik sampai tahun 1991),
tapi cukup hebat bagi penduduk setempat untuk membeli barang2 yang berkualiti.
Di dalam bangunan yang sama juga berkongsinya Pasar Besar Ipoh.

Pasar Besar Ipoh, memanglah tak dinafikan baunya busuk alahai.
Kembang kempis hidung menahan bau2 hanyir ikan, darah ayam, lembab sayur..erkkk.
Maka, setiap kali aku meneman mak ke sini untuk membeli barang2 basah, aku akan ke satu sudut lain.
Bukan ke Super Kinta, tapi ke tingkat 2 pasar, 
kawasan menjual biji kopi panggang.

Baunya sungguh wangi, mengatasi bau hanyir pasar.
Aku akan ralik memerhati
tong2 biji kopi dan mengintai 
bagaimana mesin pengisar menukarkan biji2 kopi itu kepada serbuk kopi. 
Setiap kali ia dikisar, naiklah bau wangi itu.


Walaupun sekarang ni banyak restoran berkonsepkan kopitiam dan menawarkan Ipoh White Coffee,
tapi aku lebih suka kalau dapat membancuh kopi sendiri di rumah.
Setelah singgah sebentar di Ipoh Railway Station untuk melegakan perut (itu je pun tujuannya, haha),
aku bawa penumpang/pelancong dalam negara ni ke Pasar Besar Ipoh,
dengan harapan kedai menjual biji kopi ni masih beroperasi.

"Mar, ko gi la naik tingkat 2 tu (sambil tunjuk arah), belikan aku 2 bungkus.
Ngah, ko ikut le ye, tolong tangkapkan gambar.
Aku tunggu dalam kereta (grin)."

Bukan apa,
parking kat depan pasar..almaklumlah, bukan senang nak dapat.
Baik je aku tunggu dalam kereta.




Tadaa....masih beroperasi dengan jayanya.
Pelanggan setia berbaris menunggu.
Kebanyakan mereka adalah peniaga restoran yang masih mementingkan keaslian Ipoh White Coffee.
Sebab itu mereka sanggup berulang ke sini untuk mendapatkan stok.




Kata White Coffee..kenapa biji kopi tu warna hitam juga?
Oh..begini.

Kebiasaannya biji kopi dipanggang bersama gula dan marjerin.
Tapi White Coffee ini adalah hasil biji kopi yang dipanggang hanya menggunakan marjerin.
Jadi warnanya sedikit cerah berbanding Black Roasted yang biasa.

Namun begitu, menurut wikipedia,
"The generic term "Ipoh white coffee" in Chinese is commonly means white,
has nothing to do with the colour in this instance,
but is rather a reference to the way how the coffee is roasted.
In Chinese, Bái also means 'without, or unadulterated
,
nothing has been added to the coffee during the roasting process".

.

Kalau nak tahu kesedapan rasa Ipoh White Coffee, kena cari chinese kopitiam. 
Ok, don't scratch your head just yet. Lemme bring you to the right place. 
Tak nak la time minum kopi nampak Bah Kut Teh lak kan, haha.

Let's pekena Nasi Ganja, Wangge Wangge!




Kalau masuk je waktu lunch..siaplah beratur.
Tapi yang beratur ni bukanlah untuk makan di situ, tapi untuk bawa pulang.
Kami yang baru first timer, bersungguhlah beratur menunggu giliran. 
Bila dah sampai kat depan meja lauk, disuruhnya duduk. 
Nanti ada orang datang ambilkan pesanan katanya.

Oh..gitu. Kalau tahu, lama dah dapat nasi..heh!


Tu dia...Nasi Kandar Ayam Merah Ipoh atau lebih dikenali dengan nama Nasi Ganja

Atau juga dikenali sebagai Wangge oleh penduduk tempatan.


Menurut kata kawan aku, kalau datang ke sini, 
akan kedengaran suara menyebut "wangge wangge" yang bermaksud "mari mari" (come inside)
Tapi mungkin sebab waktu kami sampai dah beratur panjang, dan meja di dalam pun penuh, 
dah tak ter'wangge' gamaknya. 

Wait, kenapa dipanggil Nasi Ganja?


Nampak seperti nasi kandar biasa, bukan?
Oh NO NO! Ni bukan sekadar nasi kandar. 
Sekali kena mau kena lagi..dan lagi..dan lagi...

Haihh...tarikan nasi ganja ni buat kita jadi ketagih. 
Rasa kari yang berbeza dengan kari kandar Penang.
Kari ni lebih rempahnya, lebih merah dan sedikit pedas.

Berhingus habis makan lauk kari ni.

Yang uniknya nasi kandar ni, ada sambal kelapa.
Sepanjang aku makan nasi kandar Penang,
tak pernah pula nampak sambal kelapa.
Atau aku yg rabun..err.

Anyway, Sambal Kelapa sedap, Kari Daging yang aku makan tu superb,
ipar aku kata Ayam Goreng dia sangatlah flavorful,
and Mar pulak, makan macam tak jumpa nasi 30 hari.
Kesian aku tengok.

Oh..hampir terlupa cerita kopi tadi.
Disini aku telah memesan kopi ais. 

Mak aihhh....kopi ni pun letak ganja ke?
Kopi ais paling best yang pernah aku minum. Pekat, pahit, cukup lemak manis.

Ketagihan!! 
Ipoh..my new favourite town, hoyeh!