Semalam, 30 November 2012
Sekali lagi aku dan team member (kaki walk),
menyertai acara jalan kaki amal Walk for Light
demi mengumpulkan derma bagi membantu insan2 tanpa deria penglihatan.
Hasil kutipan derma akan digunakan bagi menerbitkanAl Quran dan terjemahannya
dalam tulisan braille.
Sasaran kutipan adalah RM15,000
Aku rasa bangga dengan budak2 Mass Comm UiTM yang bertungkus lumus menganjurkan program seperti ini dengan sokongan dan bantuan dari
Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam (PERTIS).You guys rawks!
Aku dan team sampai agak awal.
Jadi anak2 terpaksa berlari berkejaran di taman untuk menghilangkan rasa bosan.
Ini adalah kali yang ke-4 (kalau tak silap), kami menyertai program amal seperti ini.
Cuma kelainan di sini ialah, program ini bukan dianjurkan oleh syarikat gergasi seperti AVON, KFC mahupun ESTEE LAUDER.
Agak kurang banyak dari segi perlaksanaannya.
Tiada aktiviti sampingan untuk anak2 ataupun jualan barangan/makanan.
Sebaiknya, walaupun program ini hanya mensasarkan tidak lebih dari 200 orang,
namun jika penganjur komited untuk mengumpul jumlah derma yang lebih besar,
mungkin mereka boleh set-up booth yang menjual barangan dan makanan.
Hasil jualan juga boleh disalurkan kepada tabung kutipan.
Deanna Sophea in her dream. Picking her own cherries.
Van Milo di belakang Syira hanya beroperasi sehingga jam 9 malam.
Walk bermula sejam kemudian.
Walk bermula sejam kemudian.
Muka team yang tak sabar nak memulakan walk amal.
Mar agak pissed off bila walk tidak dimulakan mengikut masa yang dirancangkan.
Kami memang tak suka flag off lambat.
Kalau boleh biarlah punctual.
Well...takde pun event yang kitaorang pergi pernah start on time.
Mesti lewat.
Alasan biasa...tunggu VIP.
Duhh!
Anyway,
ada something interesting while waiting for the walk to begin.
Biasanya aktiviti warming up ni tak mendapat penyertaan sangat.
Masing2 malu nak berjumping2.
Tapi with these students, wah...seronok betul!
No malu2..just shake your booty kids!
Agak ralat juga bila aku perhatikan majoriti peserta program ni,
adalah pelajar2 UiTM sendiri.
Dimana orang awam?
Aku mengandaikan orang awam tidak dapat turut serta beramai2 kerana
program ini dibuat pada malam hari bekerja.
Sekiranya dibuat pada malam hari minggu, mungkin penyertaan akan lebih dari ini
Wakil dari PERTIS mengalunkan bacaan ayat2 dari Al Quran dan terjemahannya.
.
Penyampaian mock-cheque berjumlah RM15,000 hasil kutipan dana dari acara Walk for Lights 2012.
Alhamdulillah, satu jumlah yang besar dapat dikumpul hanya melalui satu event yang simple.
Tahniah diucapkan kepada penganjur dan penaja tunggal event iaitu Permata Sentosa Enterprise.
Aku tak tahu Permata Sentosa Enterprise ni syarikat apa atau apa jenis perniagaannya.
Namun begitu, syarikat ini telah menaja sepenuhnya acara Walk for Lights 2012 dan turut memberi sumbangan sebanyak RM2,000 kepada PERTIS pada malam itu.
Good job!
Let's move on to what happen during the walk.
100 peserta yang pertama mendaftar telah diberi peluang untuk berjalan tanpa mata (blind folded)
sambil dipimpin sendiri oleh orang2 cacat penglihatan.
Bagi kita yang punya penglihatan normal (atau rabun teruk macam aku ni),
kalau ditutup mata terus, mau jalan jatuh tersungkur.
Dengan merasai sendiri pengalaman berjalan sejauh 2km tanpa menggunakan mata,
barulah peserta sedar ia adalah satu cabaran yang amat sukar untuk dilaksanakan.
Bersyukurlah dengan nikmat penglihatan yang Allah berikan.
Jangan ada mata tapi sibuk memandang perkara2 yang diharamkan dalam Islam.
Ok, here comes the truth.
We came early.
We drank up the whole Milo van.
We did our warm up exercises.
Flagged off..and march on!
Barely 100 metres, we stopped walking.
"Alamak..hujan la girls..patah balik, patah balik!"
Duhh
Jadi, kitaorang ni dengan muka ala2 bengkek duduk la bawak khemah.
Bukan apa, aku tak nak anak2 aku ni nanti demam selsema.
Tu je alasannya.
Tapi Miss Editor (Mar) buat ala2 marah bossy style.
Ye ye je sound bebudak UiTM ni, kononnya tak punctual la apa.
Kesian tau kat bebudak ni. Tapi aku senyap je.
Let the boss do the talking.
Budak2 ni pulak macam kena marah dengan dekan,
beria2 mintak maap ampun bagai.
Kelam kabut diorang ambilkan makanan untuk kitaorang.
Siap bagi hamper lagik!
Wah..diorang betul2 takut dengan Miss Editor ni!
Lepas dapat makanan (bihun goreng je pun),
melantak macam kebulur dalam kereta.
Walk nya tidak, makan lebih2 pulak.
Jadinya, inilah kali pertama kitaorang back off dari meneruskan walk.
Padahal inilah walk yang paling pendek jaraknya.
Only 2km!
Cheh..100 meter pun tak lopeh.
Anyway,
anda percaya pada karma?
Here is one nice example for you to ponder.
Sepatutnya kitaorang walk untuk orang2 cacat penglihatan.
Tapi kitaorang back-off.
Cheating bukan?
Then, lepas balik dari Shah Alam..aku ajak team minum2 dulu sebelum balik.
So we went to Austin Steakhouse in Bangi.
Dah pesan Chicken Marryland la, watermelon juice bagai...
less than 5 minutes of waiting
.
.
.
Ini je yang kami boleh nampak dalam restoran.
BLACKOUT!!
Ha..padankan dengan muka memasing.
Orang suruh pergi Walk for Lights..ko memonteng.
Alih2 memang sungguh kitaorang terpaksa Walk for mencari Lights
sebab dalam restoran takda lights langsung.
So, start kereta..cari restoran yang ada lampu dan dapur.
Karma kicked us hard!
Post a Comment