Sekarang umur aku dah nak masuk 33 tahun.
Dalam jangkamasa hampir separuh abad ni (nak rasa dramatik sikit),
aku dah buat ramai kawan. Dan ramai musuh.
Nak buat kawan mudah, nak buat musuh lagi mudah.
Easy peasy.

Sepanjang 33 tahun ni, aku boleh ingat semua senarai nama teman2 yang pernah aku panggil 'best friend'. Bilangan yang pernah jadi best friends aku boleh dibilang dengan jari.

Seingat aku, best friend aku yang pertama, namanya Vaniaswary. A little girl, sama saiz dengan aku.
Though lain bangsa dan kepercayaan agama, aku senang dengan Vanis. But it was not long.
Mula berkawan masa darjah 4, sehinggalah akhir darjah 6. Masuk je sekolah menengah, lost contact.

Kemudian aku berkawan rapat dengan Suhailywati, or Sally. This too was a short relationship, until I met Airul. Airul jadi best friend aku sebab both of us ada satu persamaan. Adventurest.
Dengan Airul lah tempat aku meluahkan segala mimpi angau aku.
Angau pada seorang atlit kat sekolah ni. Punya la hensem hoii.
However, I'm not going to elaborate anything about him (wink)

Selepas 2 tahun berkawan dengan Airul, aku berpindah sekolah. Jumpa pula dengan Yusnita,
Yus..that's what I called her. Yus besar, tinggi lampai. Aku ni kecik, kiut.
Memang tak matching langsung. Setiap kali nak bercakap dengan Yus, aku macam bercakap dengan langit.
Time langit cerah, berkelip2 mata aku tahan silau.
Yus takde masalah nak tengok aku. Macam pandang ke tanah, cakap dengan ayam. Kiut le katakan...

Habis sekolah, habis jualah relationship aku dengan Yus. Berjumpa pula dengan seorang awek dari Johor yang sangat mudah mesra dengan sesiapa. Mula2 aku nampak dia, aku ingatkan lecturer.
Sebab spek mata dia besar gila. Bingkai sampai ke pipi. Mazwiyana nama awek ni.

We were best friend...which I thought could be forever, sampai lah ada satu ketika, after about 4 years of friendship, both of us misunderstood each other, in gents department. I made a silly mistake. I went out with the guy that she liked, though it was not a date. My purpose was to tell him that she liked him, instead that guy ada hati kat aku. Dah pulak! Luckily he was not even close to the type of guy that I like...so I backed off and lose both in the same time.

Then I met Maryani. Aku panggil Mar je, although she's one year older than me (coughing).
Aku senang dengan Mar sebab sama kecik sama tinggi. So bila nak bercakap, aku tak payah pandang langit, dia tak payah tenung tanah. Though we went separate ways couple of years back, couple of times too...but right until today, she's still by my side.

Sebab kenapa aku menulis entri ini selepas berbulan2 bersawang blog ni ialah kerana lately banyak aku nampak kawan2 datang dan pergi. It started with this one incident. Not my story, but my other friends.
Kedua2 mereka ni dah berkawan since belajar lagi. So kalau campur tolak, dah masuk 13 tahun berkawan. 13 years nok. Akil baligh dah tu.

Tapi sepatutnya relationship yg dah masuk fasa akil baligh atau usia boleh berfikir secara waras, tetiba goyah, hanya disebabkan sebiji kek. Bukan sebab berebut lelaki atau berhutang wang..tapi kek. Ini kerana kawan aku membelikan birthday cake untuk seorang lelaki, dan bukan pada teman karibnya. Perkara itu membangkitkan kemarahan teman karibnya kerana pada pandangannya, dia lebih berhak untuk mendapatkan kek itu atas dasar penghargaan, kerana dia merasakan persahabatan yang sudah bertahun terjalin, tidak pernah dihargai.

Malangnya, teman itu mungkin terlupa, jika dikumpulkan slices of cake yg pernah dimakan bersama atau dibeli, dah boleh dapat kek pengantin 10 tingkat. Buktinya pada lelemaks selulit kat peha dan perut tu. Tapi sebab sebiji kek yang sungguh unik, satu ikatan persahabatan yang sungguh lama...bertukar basi.

Aku tak faham kenapa ikatan persahabatan perlu penghargaan secara material.
Beli hadiah, beli kek, beli itu, beli ini. Apakah persahabatan itu diukur dengan nilai barangan?
Lebih mahal hadiah, maka lebih tinggi nilai persahabatan?
Are you buying your friends? Or does your friends need to buy you?

Malam ini, ketika aku menulis entri ini, jam menunjukkan pukul 4.45am. Dah sangat lama aku tak berjaga sehingga lewat begini. Tapi something membuatkan aku tak lena. Aku dapat merasakan yang aku juga bakal kehilangan seorang kawan.

Keterujaan aku menanti saat kawan aku ini melangsungkan perkahwinan membuatkan aku bersungguh2 ke mall untuk membelikan hadiah yang paling sesuai untuknya. Berwilcha ke sana ke mari walhal perut memulas2 (lactose intolerant..damyuh Hazelnut Latte!), akhirnya aku pilih kad ucapan dan hadiah yang bagi aku sungguh perfect.
Perfect sebab aku pun nak benda tu lama dah, but I've decided to let her have first.
I'll get one for myself afterwards. Nicely wrapped (not by me, I dunno how to wrap gifts), put it in my car and hope that I could give it to her by hand.
Yes, that was my initial plan.

Unfortunately, I can't even attend to her wedding. Lately my energy level is not so great. Anak jantan aku macam bunny bateri Energizer, aku bunny yg pakai bateri cap ayam tu. Melayan dia sorang je dah buat energy level aku depleting laju2. So, if I still go ahead, driving alone for few hours just to see her on her best day, I could ended up comatose for couple of days.

Well..not really comatose, just that I will be dead tired.
Kalau dah unresponsive pada alam sekitar, aku tahu aku wajib, bukan sunat muakad lagi dah,
mesti kena gi hospital. Lengan yang lembut ini kena cucuk jarum lagi, masuk air kat wad sementara. Happens before, not looking forward to that again.

Hari ini, di hari bahagianya, I'm still here, in my crib, with my active boy hoping that she had a blast. Yet, aku dapat merasakan her coldness towards me thus, this gave me this uncomfortable feeling.
Well, I guessed, when one is happy, the other should be sad. Like a Yin Yang thingy, perhaps.

If my absence on this one day made her feel angry, I may have the right to feel extremely sad for the months that I've spent in hospital..and not even once she came over.
Say what? Distance problem? Likewise darling.

Dalam persahabatan, aku cuma perlukan 3 perkara. Honesty, trust and understanding.
Need no cake, need no gift, no nothing.
Tiga perkara yg sangat susah diberi. Sangat tinggi nilainya. Lebih tinggi nilainya dari sepotong kek.

How I wish keeping hold a friendship is not a hardship as marriage-ship (don't sail away ye ships)
Sadly, what I'm seeing now, P is switching to T

FriendshiT
Demmit!


Note: The gift is still at the backseat of my car. Perhaps I could unwrap it tomorrow.