Aku selalu terfikir, seronok juga ye kalau perempuan pun boleh kahwin empat.
Kenapa lelaki je boleh. Sungguh tak adil. Berat sebelah. Berat nanang.

Petang tadi sedap bersembang dengan Lily, kawan lama masa sekolah dulu.
Secara tiba-tiba muncul topik ini. Dan perbincangan tentang perkara ini membuatkan
kami berdua rasa sungguh bahagia.
Oh bahagianya jika wanita boleh berkahwin 4.

Semuanya bermula begini bila aku beritahu Lily yang hujung minggu ni aku mungkin akan pulang menjenguk opah di kampung.

Lily: "Laaaa....then ko g ngan sape? Xde sesapa temankan ko ngan anak2 ke?"
Aku: "Adik ipar aku and best fren aku temankan nanti ke sana"
Lily: "Kalo x leh aku suh Aaron Aziz ke ..David Craig ke.. temankan ko ..hihihih"

Aku: "Aaron Aziz? Ok..cantik gak tu. Ko sms dia bagitau aku tunggu kat R&R Rawang.."
Lily: "Tapi die angkut bini ngan anak2 die skali. Kalo ko nk yg bujang aku suh je Fahrin Ahmad"
Aku: "Aku ni, kalau leh kawin 4..nak gak..hahaha"

Selepas dari ayat tu, aku dan Lily jenuh berlawan tulis "hahaha"

Mula terbayang senario kalaulah perempuan boleh berkahwin empat.

1. Di dalam bilik bersalin.

Suami biasanya dibenarkan

bersama isteri sepanjang proses kelahiran bayi.
Kat keliling katil tu saja dah 2 kiri, 2 kanan. Dua orang kat atas pegang kepala isteri.
Dua orang kat bawah pegang kepala lutut bini.
Doktor dapat berdiri kat celah kangkang je.

Bila bayi dah dilahirkan, bermulalah proses pengecaman awal.

Suami A: "Eh..hidung pesek ni. Bukan anak I. Hidung I mancung ok. Ni mesti anak B"
Suami B: "Cakap baik2 sikit, kulit aku cerah. Baby ni tak secerah aku. Ni muka C la.."
Suami C: "Jangan main tuduh2 sembarang bro. Asal gelap je anak aku, asal gelap je anak aku."
Suami D: "Don't look at me bro. I'm caucasian. That baby look Asian to me."

2. Bilangan anak dalam keluarga ini dah lebih dari geng bas sekolah.

Pantang habis nifas je, dah kena servis.
Dah la anak keluar macam-macam warna, setahun sorang pulak tu.
Biasanya sorang mak boleh lahirkan 16 anak dengan sorang suami.
Kalau ada empat suami, mathematically boleh buat average 64-70 anak, in a lifetime.

Breast tu, kalau dah menyusukan 5 dozen anak, dia punya labuh, boleh jadi hantu kopek.
Anak2 cuma menyusu, yang bapak2 tu sambil menyusu sambil menguli.
Tepung pun kalau terlebih uli, bantat doh dibuatnya.

Oleh sebab labuh sangat sampai cecah pusat, bila pakai kain, boleh selit terus.
Kira bagi kemas la, tidak la dia swing merata.
Kalau nak pakai bra pun, breast kena gulung2 dulu, baru leh masuk dalam cup bra.
Dah macam proses buat popia pun ada. Kopek popia gitu.
Puting kat mana pun susah nak locate.


3. Musim bola, EUFA, World Cup, EURO, Spanish La Liga..or setakat Piala Suzuki.

Isteri akan rasa seperti diabaikan sebab semua keempat2 suami ni berkumpul depan tv dengan penuh khusyuk. Kalau sorang lagi jerit "GOL!!!!!" pun dah buat kita terperanjat macam nak pecah jantung.
Cuba kalau empat orang jerit. Tak ke macam kat mapley?

Then ada pulak team Biru versus team Merah. Lebih parah bila diorg suruh kita pilih side.
Kalau pilih biru, yang merah merajuk. Vice Versa.

4. Stokin busuk, baju basah, surat khabar dan rokok.

Darab empat, kena panggil pegawai kesihatan tiap2 bulan untuk menyukat tahap kualiti udara dalam rumah. Atau mungkin pegawai tu akan cakap

"bagus rumah puan ni. Bebas nyamuk sebab ramai dalam rumah ni buat fogging.
Litupan asap menyeluruh, dicampur dengan bau2 yang agak bertoksik.
Susah nyamuk nak membiak ni."


5. Hobi suami.

Suami A gila kereta. Suami B gila motor.
Suami C gila PC Games. Suami D gila clubbing.

Hobi isteri?
Cari suami lain yang takde hobi.

6. Kalau para suami tinggal berasingan dengan isteri.

Katakanlah giliran seminggu seorang.
Maknanya kain seminggu la tak berbasuh, dapur seminggu la tak berasap,
baju anak2 nak pergi sekolah seminggu jualah tak bergosok.
Kemudian salah seorang dari empat ni akan merajuk.
Bukan sebab tak ikut giliran.

Giliran memang tak miss, tapi setiap kali sampai giliran dia...isteri pulak cakap
"Sorry B, I period. Tak boleh nak entertain you. Next month ye?"

Next month,
"Sorry B..bukan I sengaja, tapi bila giliran you je, I cuti. Sorry......"
It's hard to be Mr. B. You have no idea.

Andainya aku dapat berkahwin 4 = hantu kopek popia

Nay....