Pink Ribbon Charity Walk anjuran Estee Lauder Companies 
telah pun diadakan semalam, 
29 September 2012 di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara.

Tema tahun ini ialah
'Believe in the world without breast cancer
-know we're here until it's true'

Tujuan jalan kaki amal ini diadakan
untuk menunjukkan misi Estee Lauder dan masyarakat
yang mahu berjuang melawan kanser payudara
melalui kempen kesedaran, pendidikan
dan juga kajian perubatan

Objektif tahun ini ialah

1. Meningkatkan kesedaran dan mendidik rakyat Malaysia 
supaya menyedari kepentingan melakukan pemeriksaan awal kesihatan payudara. 
Pengesanan peringkat awal penyakit kanser payudara dapat menyelamatkan nyawa.

2. Untuk mewujudkan program kesedaran dan menyediakan pemeriksaan mammogram 
juga rawatan susulan secara percuma untuk golongan yang kurang berkemampuan.

3. Mengutip dana untuk kegunaan kajian penyelidikan kanser.

Maka, semalam aku sekeluarga, 
serta beberapa rakan yang lain telah pun menyertai
acara jalan kaki amal ini.

Sumbangan dari peserta hanyalah RM50 seorang.
Yong telah mendaftar 2 minggu sebelumnya di kaunter Estee Lauder Parkson Alamanda.
Kalau daftar online, seorang kena tambah RM5.
Daftar 3 orang dah kena RM15.
Dan duit RM15 itu bukan untuk charity, tapi untuk service fee.

I ain't gonna waste my money for nothing.

Setibanya tiba di Pusat Sains Negara,
kami diminta oleh petugas untuk mengambil t-shirt acara di bahagian atas bukit
berhampiran bangunan utama.


Turut diberi adalah pin dan runner bibs untuk setiap peserta.
Pada runner bib itu kami diminta untuk menulis tujuan kami 
mengikuti acara jalan amal ini.

Tempat persalinan lelaki dan perempuan disediakan berhampiran tempat tersebut.

Kami difahamkan setiap peserta akan mendapat beg saguhati
selepas kami menyudahkan walkathon.


Yang agak aku kesalkan, 
kegagalan penganjur untuk memberi info mengenai 
keadaan kawasan Pusat Sains Negara yang tidak mesra OKU. 

Terdapat terlalu banyak halangan tangga dan longkang tinggi 
yang membuatkan aku beberapa kali terpaksa bangun dari kerusi roda 
semata2 untuk melepasi halangan.

Ini adalah antara halangan jalan di kawasan Pusat Sains Negara, Bukit Kiara.



Oleh kerana kawasan ini agak menyusahkan aku untuk bergerak kemana2, 
ditambah pula dengan pergerakan beberapa motor berkuasa tinggi Harley Davidson 
di kawasan hadapan pentas, 
kami merasakan event anjuran Estee Lauder ini 
tidak sehebat event yang dianjurkan oleh AVON tempoh hari. 

Event ini juga tidak mesra kanak2.
Tiada clown, cosplay, mahupun belon.
Event ini lebih cenderung diadakan untuk golongan dewasa, 
middle class and above,
  bukan untuk keluarga.


Anak2 datang dengan basikal masing2.


Me dan Mar (bff).

Mar seorang yang sangat cekal menolak aku kemana sahaja.

This is what bff means.
Even when your frens suddenly became physically challenged individuals,
or sakit tenat ke, kena kanser ke, or jatuh miskin,
you'll stick with them.

Thru thick and thin.

She's a good hearted person.
One in a million.

And if I could pick a heaven for her..I'll choose the best.


Warming up exercise sebelum flag off.
We hate the waiting game.

There was nothing much for us to do while waiting.


Jaringan merah jambu

Sekali lagi kami kecewa dengan pihak penganjur yang gagal memberitahu
keadaan laluan untuk acara ini. 
Jalan yang berbukit, tidak rata menyukarkan pergerakan kami.

Namun begitu, aku dan Mar tidak mahu mengaku kalah 
dan tetap meneruskan usaha kami untuk sampai ke garisan penamat. 
Beberapa kali juga kami hampir2 putus asa.

"Mar, ko nak tak naik ambulans tu"
"Jangan risau Zda, aku boleh lagi ni"

humm...

"Do you know how many feet we are from sea level?"
Mar gelak je sambil mengah2 menolak aku

Then ada few good people approached Mar.

"Miss, do you need any help?"
"Eh..it's ok. We've practised since last week"


excuse meh? prektis? really?

Every single time ada orang volunteer nak tolong
nak je aku cakap

"Oh yes..please"

but
Mar always said NO

Mar, I'm not sure 
if you really wanted to burn your calories
or
you are just 
one egoist diva...hahaha

JK!


Danish seperti biasa buat perangai tak puas hati
So Yop tulis ni kat runner bib dia

'I walk...mommy forced me to walk (suck!)'

And this made many people laughed!

There was also this one elderly guy who wrote nice words on his runner bib.
'I walk because I'm the 1% man who cares'

Lovely


Akhirnya Danish happy sebab dapat buat physical activity which is..walking.
Bila tanya Danish if he wants to do this again
he smiled and said yes!

Raising boys is not easy ok!

Boys = Physical activities
Girls = Dreaming activities

Senang jaga anak perempuan, kan?
Baring2 atas katil pun jadik.


We've made it!

After 3.5km of high and low terrain,
 we had to queue for our goodies bag pulak.

This is nonsense!
Unlike Avon, peserta kena habiskan walkathon, 
then kemudiannya mengambil beg saguhati dari pihak penganjur. 
Dalam beg tersebut disediakan air mineral dan sample barangan Estee Lauder.

Sepatutnya beg dan baju ini diberi awal, ketika peserta sudah pun membuat bayaran.
Jadi peserta boleh terus memakai t-shirt acara sebelum tiba di sini.

Air mineral itu juga sepatutnya diberi sebelum walkathon bermula,
 not when we were already dehydrated after the walk.

Yong nampak beberapa peserta marah kerana gagal mendapatkan goodies bag.
Mereka bukanlah tidak layak kerana 
mereka telah pun membuat bayaran yuran sebelum menyertai acara ini.

Reminding you..RM50

Tapi setelah beratur panjang, 
barulah diberitahu yang kami perlu menunjukkan runner bib
yang diberi sebelum acara bermula.
Ada diantara peserta yang telah menyimpan runner bibs mereka di dalam kenderaan 
ataupun dibuang kerana menyangkakan itu hanyalah kertas yang tidak penting.

Penganjur tidak menerima resit sebagai bukti.

Bagi Yong, ini adalah sesuatu yang memalukan.
Seolah2 peserta dilayan seperti anak2 kecil.


Tote bag dan sample barangan Estee Lauder
untuk para peserta walkathon.

While waiting for Yop yang mengambil kereta,
kami berborak di kaki jalan.
Sementara tu, ada sebilangan peserta yang menunggu bulan jatuh ke riba.

It was the lucky draw session.

Kami tak ambil peduli pun.
Jarang sangat nak bertuah.



Tengah sedap bersembang...

"Final prize for lucky draw goes to...
.
.
.

Shaharizad Shahadan!"

Say what??

"Calling once......calling twice....."

Kelam kabut Yong cari kupon dalam beg

"Syira...nah! 
Nah! 
Gi amik hadiah!"

Berlari sepantas kilat la si Syira ni sambil tangan tunjuk ke langit

Kitaorang pulak cuma menjerit2
dengan harapan ada orang dengar

"Waittttt!!!....Waittttt!!!!"

Yop...Yop..
He doesn't even walk on that day.
Tak jalan pun dapat hadiah eh?

Well, last week Yong dapat hadiah cadar pengantin.
Kali ni Yop pulak dapat hadiah.
Menyertai acara amal membuka pintu rezeki.

Amin

Oh...Estee Lauder, please pick another venue next time.
And be more organized.
Learn from AVON
They did well.