Tarikh: 23 September 2012
Waktu: 7 pagi
Tempat: Presint 3, hadapan Istana Kehakiman, Putrajaya

Inilah kali pertama aku join event seperti ini.
Sebelum ni tak tahu pun ada kewujudan event berjalan melenggang mak limah ni.
Yang aku tahu ada marathon, triathlon, run itu run ini.

So sebaik sahaja aku dibebaskan dari menjadi tawanan PPUM,
aku terus ke butik AVON
untuk mendaftar sebagai peserta event yang dianjurkan oleh AVON ini.
Hanya RM40 untuk yuran pendaftaran, 
aku diberi beg galas hitam, t-shirt event, bandana, 
voucher pembelian barangan AVON 
dan beberapa sample tuala wanita jenama Kotex
serta tisu basah antiseptik jenama Kleenex.

Acara dijadualkan bermula pada pukul 7 pagi, 
jadi aku ni kelam kabut la bangun pukul 5 pagi, 
untuk make sure kitaorang tak terlambat tiba.

Nak manage 4 orang pepagi bukan keje mudah.
Bapak budak, budak2 tiga orang,
diri sendiri lagi.
Dah bangun awal pun, lewat jugak!
Pukul 7.10 am baru nak gerak dari rumah.

Apa tak nya
Pagi ni jugak la bunian nak sembunyi seluar pink anak dara aku.
Sampai harini tak jumpa. Cilakak ko bunian!
Pagi ni juga la baru teringat dua2 kamera tak charge bateri lagi.
Charged kamera, henset plak lupa.
Kelam kabut itu ini..finally dapat gak bergerak dari rumah.

 Itu pun menyempat singgah kat Petronas nak beli air mineral dan roti buat bekalan.

Mencari tempat parking memang mudah
sebab tentu2 takde polis nak letak surat saman kan?
Hantu la kalau nak saman jugak.



Suka pakai bright colour macam ni.

Ni baru nak warming up.
Masa ni la break wilcha nak buat hal.
Tayar dah tukar baru, brek plak jem.
Dugaan...


Masing2 buat muka kelat sebab tak dapat belon.
Tapi aku paham sangat sebab apa diorang masam muka.
Tak pernah hayat kena bangun pukul 5 pagi, harini kena paksa..haha.
Nasib ko la budak2, mak ni nak buat charity work la konon.



Inilah kaki aku yang menggerakkan aku dari garis permulaan sehingga ke garisan penamat.
Tanpa bff aku ni, this would not even be possible.
4.5km tu memang tak mampu aku buat kalau aku handle wilcha ni sendiri, 
especially jalan yang sedikit membukit.


Being on wilcha, it is super duper easy to get an attention.


"Kak Zeeda! Kak Zeeda!"
Oh apakah?

Wah...staf nurse PPUM nampak aku terus excited.
Aku pun overly excited sebab tahu orang yang aku kenal turut serta dalam charity event seperti ini.


Ada macam girls band tak?

Yang cacat tu drummer
(sebab main drum duduk je kan)

gadis mineral water tu penyanyi,
(penyanyi kena minum air banyak)

yang tak pakai kasut tu bass
(aku tak tahu apa signifikannya kasut dgn gitar)

awek yang pegang sunglasses tu dj

Dan ku namakan kumpulan ini
PINK LESU

Anyway...
4.5km tu bukanlah satu perjalanan yang jauh
Tu kata mak aku la
Sebab masa mak kecik dulu,
dia berjalan sejauh 5 km untuk ke sekolah.
5km pergi, 5 km balik.
Mak memang wonderwoman!


Masa sampai di finishing line,
tetiba ada makcik ni bagi button empat segi ni,
"Nah dik..adik dapat hadiah best dress.
Boleh claim kat booth hadiah ye!"

Eh?
Best dress?
Maybe sebab kesian kat aku yang berwilcha kot?

Hahahaha..
Best2! Kesian and dapat hadiah memang aku suka.
Dapat cadar pengantin woot woot!

Semoga cadar pengantin ni buat aku
berseri2 seperti di malam pengantin
nyeh nyeh


Setelah puas meletihkan badan,
aku bawak Mar (bff) and my entire family ke PD.
Cari Restoran Asam Pedas.

Lega!