NASI BERYANI ....
or BERIANI? Sedapnya weh..
Sanggup mencuba dari satu restoran ke satu restoran 
untuk mendapatkan nasi beryani yang betul2 kena dengan selera.

Dulunya aku suka makan nasi beryani di D'Tandoor
Setiap kali ada special days (birthdays, anniversary atau sekadar mengidam), 
aku dan laki aku pastinya ke D'Tandoor. 
Yang sedap di Ampang. Sekarang dah tutup..ishh.

Nak dijadikan cerita,
secara kebetulan semasa aku drive keluar dari kawasan PPUM, 
aku ternampak mamat delivery dengan kotak besi belakang motor tu tulis
'SYED Delivery'.
Aku tak tahu menu apa yang menarik, tapi aku salin nombor yang tertera tu. 

Oleh kerana rumah ke-2 aku di PPUM, makanan di sini dah jemu aku hadap.
Ada masanya nak makan sedap.

Setelah di'google', rupanya Syed Bistro ada deliver Nasi Beryani Bukhara.

Tanpa berfikir panjang la kan, terus aku call mintak diorang deliver.



There you have it! 

The BEST Briyani Bukhara.

Beras yang digunakan adalah basmathi panjang.  
Nasi ini tak perlu digaul dengan kuah untuk menaikkan rasa.
Love the texture, light and moist. Perfection!

Yang paling aku suka, acar buahnya.
I still have no idea buah apa yang digunakan.
Could be kedondong, or pala.. for many times I had it,
I still couldn't figure out what it was.
RM12 untuk Nasi Beryani Bukhara Ayam.
You'll get quater of a chicken, a hard boiled egg, acar and dalca.
Not even once have I wasted this delicious meal.
Sebab terlampau suka, aku order setiap minggu, selalunya pada hari Jumaat.
Kalau tak dapat, rasa macam kurang nikmat dunia.

Syed Bistro mempunyai banyak cawangan sekitar Selangor dan KL.
Puchong, Dang Wangi, Keramat,
Seksyen 11, 9, 14, SS6, Petaling Jaya dan Bangsar.
Sila klik link ini untuk melihat peta dan alamat


Kalau anda malas untuk keluar,
atau tidak berkesempatan untuk ke restoran,
boleh hubungi Syed Delivery di nombor berikut untuk penghantaran 
ke pejabat mahupun rumah.
Waktu penghantaran adalah pada pukul 12 dan 5 petang.

03 7955-3955

You should give it a try at least once.
You might get addicted to it..just like I do.
Me heart beryani.


Disclaimer: 

1) Ulasan yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar, pendapat peribadi penulis dan mungkin juga bergantung kepada selera penulis sendiri.

2) Rasa itu adalah subjektif. Penulis tidak dan tak akan bertanggungjawab jika pengalaman anda berbeza atau tidak seperti yang diharapkan.

3) Pendapat dan komen adalah dialu-alukan. 

4) Kepada pemilik restoran/gerai/kiosk, sekiranya ulasan yang diberikan adalah negatif, sila ambil perkara tersebut sebagai satu ulasan yang PRIHATIN dari pihak penulis. Penulis mengulas dari sudut pandangan sebagai seorang pelanggan.

5) Penulis tidak menerima sebarang bayaran samada dalam bentuk wang atau bukan wang bagi menulis ulasan ini.