Lama sungguh tak menulis entri. Malas, tak larat, procrastination..everything negative in the world.
Macam2 perkara terjadi sepanjang tak menulis ni.
Tapi perkara yang sangat konsisten berlaku...teman2 rapat tanya "ko dah tak memblogging lama, kenapa?"

Haiseh..bila tanya soalan cepuperak macam tu, jawapan Yong hanya seulas senyum kerang.
Malas..malas..malasss....garghhh!!!

Oklah...untuk tidak mengecewakan hati orang yg tiap2 kali tengok muka Yong, mengharapkan miracle yang Yong menulis lagi..inilah peristiwa yang berlaku sepanjang kehilangan Yong di muka blog.

Hari Pertama Puasa:

Sudah lama dirancang, nak berbuka puasa di rumah opah yang sangat comel dan dirindui.
Ternyata, kepulangan cucunda ke rumah opahnda tidak sia2.
Opah masak Sambal Udang Petai..BEST IN THE WORLD!!!
Plus..kari ayam yang super pekat dengan santan... (cholestrol ALERT!)

Yong ada terbaca, petai boleh menghasilkan serotonin. Apalah serotonin ni?
Urmm...kalau google Serotonin, boleh le baca in details fungsi serotonin ni.
Kalau ikut cara mudah nak faham...fungsinya mengawal emosi dan sistem tubuh.
Supaya boleh relaks. Kekurangan serotonin ni akan membuatkan seseorang ni mengalami keresahan, stress dan bermulalah episode mengamuk tak ketahuan punca.

Jadi, petai ni mampu memberikan serotonin yang diperlukan untuk merasa bahagia..gitu.
Sejak mengetahui rahsia kebaikan petai...Yong mula enjoy petai.

Kali pertama Yong makan petai dengan kuantiti yg banyak (lebih dari 4 biji), masa makan nasi goreng petai di cafe milik kawan Yong. Lepas makan...rasa happy semacam. Serius..tak tipu.
Happy tu pesen lain woo.. happy yg melayang punya happy. Syok tau!

Since that...asyik nak makan petai je.
Lepas makan..walaupun ada orang kasi hangit Yong punya hati, tapi sebab adanya serotonin yg lebih sikit dalam sistem tubuh, hati manyak senang wooo. Takde mood nak cari gaduh pun.

Nak dijadikan cerita di bulan puasa yang barakah ni, opah masak pulak Sambal Udang Petai yang maha sedap rasanya. Kesedapannya membuatkan Yong makan nasi 2 pinggan. Pecah rekod pecah pinggan, sudah baca harap balas.

Sebab sedap la sangat kan..Yong tak sedar Yong makan petai tu terrrrr.....lampau banyak.
Mau lebih dari 15 biji sekali hadap. Bersahur pun makan sambal tu lagi.
Sudahnya.....

Excessive serotonin syndrome berlaku.
Yong passed out! Yong tak boleh bukak mata. Dia punya lalok, sama je macam lepas kena bius sebelum surgery. Gila la masa tu..Yong ingat it's time to die je dah. Dah rasa irregular heartbeat.
Me unresponsive to anything. Can't even breath properly. Takut wooo...

Bila Yong rasa macam nak out dah (serious, rasa macam nak masuk stage koma weh), Yong minta mak hantarkan Yong ke hospital. Maka..bergegaslah kami ke Hospital Teluk Intan.
Haiyooo...sungguh scary hokeh. Sepanjang dalam kereta, Yong berzikir tak sudah2, siap mengulang dua kalimah syahadah..takut kang tak leh sebut bila dah pengsan.

Sampai hospital, terus bluwerrkk..
Pening2 lalat, lalok, lemah, lalok, lalok...LALOK~

Masuk jumpa doktor, tak cakap pun pasal makan petai.
Kang kena gelak lak. Malu je.
Cakap makan antibiotics (nak menyalahkan ubat le konon..wakakaka)
Doktor suruh bagi sample darah dan urine.
Orait...settled.

Sementara tunggu result, Yong disuruh masuk ke bilik rawatan sementara, untuk dimasukkan air.
Lepas la 2 botol baru result sampai.
Result clear, takde apa2 pun yang membimbangkan. Urine pun negative.
Heh...takda apa rupanya.

Sebelum dibenarkan pulang, Yong diberi beberapa jenis vitamin untuk menguatkan balik badan ni.

Dalam perjalanan pulang, singgah beli air kelapa untuk buka puasa. Ha, kantoi jugak puasa tahun ni.
Ingatkan dapat merasa puasa penuh..gagal juga akhirnya.

Sampai di rumah opah, terus plonking atas sofa opah tanpa menghiraukan sedara mara yang datang bertandang. Yong tak feeling well, okeyh..bukan menyombong. Ai baru balik dari sepital..so eskius me.

Alhamdulillah...esok tu dah rasa segar bugar. Tapi kantoi lagi la puasa..sebab takut nanti lalok lagi.
Ubat mesti mau makan maa....

Kesimpulan dari drama itu tadi, kalau la suka makan petai sekalipun...janganlah makan terlampau banyak. Sikit2 tu bagus sebab serotonin tu macam happy pills.
Tapi kalau dah makan banyak sangat...sila baca zikir banyak2 sebelum pengsan, atau out terus...hew hew.

Sumber:

1) Symptoms of Too Much of Serotonin
2) Serotonin in Petai (Parkia Speciosa)