Yong sepatutnya berpantang makan setahun, atau dua...atau selamanya.
Implan kali ni macam tak serasi dengan kaki...memanjang kena infection.
Tiap kali makan seafood, maka bengkaklah ia.
Pabila bengkak, ke hospital lah kita.

Nak dijadikan cerita, punya la bagus pantang 2 bulan tanpa mendatangkan masalah,
tup2 bulan posa ni memacam teringin.
Masa ni la rasa nak bantai Sambal Udang Petai, Kari Ketam, Sotong Masam Manis..segala makneka.
Sudahnya..lagi seminggu nak raya, kaki pun bengkak..isk, isk!

Dengan tangisan pra Aidilfitri, Yong pun melepaskan anak kecik Yong si Wafi pada tangan Aki dan Wan nya untuk dibawa ke Pahang. Rasa menyesal campur pilu sebab terkenangkan anak2 sambut raya tahun ni macam anak2 yatim. Takde mak takde abah. Abahnya keje nu ha di perantauan. Mak pulak nak beraya di hospital. Apakah kemalangan ini?

Maka, check in lah Yong ni di PPUM pada hari Isnin, 13hb August 2012. Gila syahdu.
Biskut raya pun lupa nak bawak. Mak hantar sampai emergency je, pastu terpaksa balik sebab nak jemput Danish balik dari sekolah.
Dah siap daftar, Yong bawak kereta ke parking, unloaded luggage yg banyak giler, tolak wilcha slow2 sampai wad. Mak aih..nak tercabut kaki juga nyawa nak menyampaikan diri ke wad.
Bukan satu trip...malah 2 trip untuk tolak barang. Kaki sakit, jalan kecok2..tolak barang2 sendiri.
Sedisss...sobs.

Nurse semua tanya "hang ni pasaipa masuk wad nak dekat raya ni? Hang nak beraya kat hospitai ka?"
Ha'ah. Memang pun. Nak rasa pengalaman baru. Konon la kan.

"Nah, ni gelang raya", nurse sarungkan tag nama kat pergelangan tangan.
Tsk..tsk..emas putih.

"what a familiar face!" Prof Vivek cakap kat aku.
Yeah..I know.

Dr. Azura "kita buat debridement. Then you can go home for couple of days. Lepas kita dah dapat result dari swab tissue, kita call you masuk untuk antibiotics."

WHATTT??? Really???
Wahahaha!!! Bagus! Bagus!
Lega kepala.

Tapi sebelum tu nak gak cerita pengalaman beberapa hari di wad.
Kat wad ni, macam2 perangai patients. Especially yang tua2.
Kekadang aku gelak sorang2 bila diorg buat stunt.

Ada sorang makcik tua ni. Kira taraf opah la bagi aku.
Rambut inai kaler oren. Dah macam Lady Gaga pun ada.
Kaki makcik ni bengkak, kena Cellulitis.
Ada selulit pun masuk wad ke?

Haipp...cellulitis dengan cellulite lain hokey!
Ko jangan tersilap sebut. Cellulitis tu jangkitan kuman pada tulang.
Cellulite tu sebab ko banyak makan cheesecake.
Tu yang jadi macam gelombang ombak rindu kat peha, buntut segala.

Ok, makcik ni best. Hari pertama dia merungut2.
Habis katil digegar2. Dimarahnya nurse, kata nurse tak buat kerja la, nurse tidur la.
Dimarahnya anak2 dia "tak guna punya anak2. Hantar aku kat hospital nak dekat raya."

Malam tu kitaorang sebilik tak boleh tidur sebab dia bising ambil cawan plastik, ketuk katil.
Kelentung kelentang bising.
Then..dah nak dekat subuh, baru je kitaorang nak terlelap..tetiba disentap dengan suara tua
"ADOIIIII!!!"
"Haaaa....makcik! Nak pergi mana???? Kenapa sampai jatuh ni???"
"Makcik nak pergi buang air"
"Kenapa tak panggil nurse"
"Makcik ingat kamu tidur"


Kesian nurse yang keje night shift hari tu. Kena balik pukul 12tgh, then masuk shift balik pukul 4ptg.
Padahal nurse tu boleh balik pukul 8pagi. Masam muka dia tak cukup tidur esoknya.

Sejak insiden jatuh tertiarap tu, makcik tu semakin pasif. Takde dah ketuk2 cawan.
Takde dah mengomel marahkan sesiapa. Habis semua orang dijemput makan.
Dia lupa..orang lain puasa.

Ada hikmahnya juga makcik tu tersembam. Dapat la kitaorang tidur siang mahupun malam.
Sebab makcik tu pun tidur je sebab takut kena marah lagi. Alhamdulillah.

Bilik sebelah pulak lain ragamnya.
Mengamuk nak pak ket. "Aku nak pak ket, aku nak pak ket."
Siapakah 'pak ket'?
Kekasih gelapkah? Suami kah? Along kah?
"makcik, pak ket tu apa?" tanya nurse.
Then nurse sorang lagi datang..."makcik nak apa?"
"Aku nak pak ket..ni ..ni!" tangannya menunjukkan sesuatu.

"Laa...ini bukan pak ket namanya, ini blanket la makcik..hahaha" 
"Owh..makcik dengar orang sebut pak ket"

Sabar je la...

Ok..ada lagi cerita perangai patients bakal menyusul di entri lain.
Sekarang nak menjahit manik baju raya. Selamat Hari Raya Aidilfitri semua!

http://youtu.be/SaWlywNcbms