Lagi seminggu sebelum kita nak menyambut ramadan.
Mak nampak Yong sakan beli tudung bawal crown, dia pun bebel
"daripada kamu beli macam tu mahal, baik kamu jahit sendiri. Bukan susah pun jahit sulam ni. Pintal2 je"
Erk..

Petang itu mak pulang dengan sepelastik benang dan buku menyulam.
"Ha..mak beli benang2 ni. Nanti kamu jahit. Habis RM200 mak beli ni je. Nanti ganti balik duit mak!"
Erk..



Selang sejam mak datang bilik
"Dah siap jahit. Mana rupanya?...(mak belek2)..kah kah kah (mak gelak)"
"Berapa jam kamu buat bunga ni je..kah kah kah"

Erk..

Hadoi la mak..anak mak ni mana la reti menyulam.
Tak pernah masuk kelas menjahit pun.
Jahit butang pun tak reti..

Esoknya pergi cari baju raya anak2.
Sedondon merah hati kain kosong.
Cantik la pulak. Rasa nak beli juga sepasang.
Tapi tak nak bazir duit. Yong dah ada baju merah. Tapi corak2 la.

"Ha..ni baju Pia ni boleh jahitkan maniknya. Jom pergi beli manik."
*mata berkelip tak percaya.*

Habis RM150 beli manik2 assorted colours.
Semuanya kerana nak beraya.
Balik je rumah, Yong terus menjahit.
Selang 1/2 jam mak datang tengok.
"kenapa jarang sangat?"

"mak..orang baru pegang jarum 15 minit. Nanti la 3-4 jam lagi."
Hadoiyaiii...
Setengah jam mak datang lagi..dan lagi..dan lagi...

"Macam mana mak? Cantik tak?" Yong rasa cantik tapi nak dapat approval mak.
Tak approved kang, 1/2 jam sekali mak muncul dalam bilik.



"Cantik. Boleh le ambik tempahan ni. Nanti jahitkan manik baju mak, ada dua helai tau!"

NOOOOOOOO!!!!!
Yang ni pun hazab nak membuatnya. (ToT)


*satu projek terbengkalai dari kerajaan Zda Aziz*