Ikan patin Sg. Pahang memang Raja segala ikan.
Bila masak ikan patin dengan tempoyak, perghh la hai...

Semalam, dapat juga Yong makan lagi ikan patin ni.
Ikan patin Sg. Pahang rasanya lain.
Lemaknya berwarna putih, isinya pun putih.
Rasanya manis dan lembut.


Semangkuk ikan patin ni berharga RM10. Mahal?
Tak juga. Sebab separuh ikan patin ni boleh makan 2 orang.
Tapi biasanya orang makan tak share pun.
Sedap maa...
Tempoyak yang digunakan juga banyak. Kuahnya pekat.

Kau tahu berapa mahal nak buat tempoyak?
Kalau tak tahu, cuba beli tempoyak kat Giant, mini market.
Dengan RM4 ringgit, ko dapat la sesudu dua tempoyak.
So, untuk semangkuk separuh patin besar ni dengan kuah gulai tempoyak pekat,
harga yang dikenakan sangat reasonable.


Air Jagung ni feveret Yong. Yang hijau jadi topping tu buah kabung yang diwarnakan hijau.
Sedap juga pekena air jagung ni lawan dengan pedas gulai tempoyak.
Memang melegakan. Rasanya lemak2 manis.

Harga dah lupa. 
Sorry!


Tak sah makan gulai asam tempoyak ikan patin tanpa ulam2 dan sambal tempoyak.
Sambalnya sangat sedap sebab tempoyak yang digunakan adalah dari durian baru.
Manis lagi rasanya. Nampak banyak je sambal tempoyak tu kan?
By the end of our meal..licin piring tu weh.
Lega perut..

Untuk 2 mangkuk gulai asam tempoyak ikan patin, sepiring sambal tempoyak, ulam2an, nasi 3 pinggan, 2 potong ikan patin goreng, air jagung dan sirap, harga yang telah dibayar ialah RM37.
Mana da mahal kan?

Untuk mereka2 yang membawa mulut mengatakan ikan patin masak tempoyak kat Temerloh mahal,
mengetuk orang luar (orang luar bayar mahal), dan segala desas desus, sudah2lah merapu.
Pi makan ikan sardin.

Ikan Patin Lovers...jom ke Temerloh sekarang juga!


Disclaimer: 

1) Ulasan yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar, pendapat peribadi penulis dan mungkin juga bergantung kepada selera penulis sendiri.

2) Rasa itu adalah subjektif. Penulis tidak dan tak akan bertanggungjawab jika pengalaman anda berbeza atau tidak seperti yang diharapkan.

3) Pendapat dan komen adalah dialu-alukan. 

4) Kepada pemilik restoran/gerai/kiosk, sekiranya ulasan yang diberikan adalah negatif, sila ambil perkara tersebut sebagai satu ulasan yang prihatin dari pihak penulis. Penulis mengulas dari sudut pandangan sebagai seorang pelanggan.

5) Penulis tidak menerima sebarang bayaran samada dalam bentuk wang atau bukan wang bagi menulis ulasan ini.