Laksa ni macam ganja.
Kalau tak dapat, rasa macam nak mati.
Tak dapat nasi takpe lagi.
Tak dapat laksa..Yong macam gila meroyan.
Merayap sana sini cari laksa.
Kelmarin, dah maghrib baru teringin nak makan laksa.
Melepas gian di Nu'In Bangi...tapi laksanya dah tak sedap.
Kuah tak pekat. Banyak serai.

Kebiasaanya, setiap minggu Yong tak akan missed makan Laksa Kedah.
Tak dapat di Laksa Merbok, Yong mentekedarah di sini.
Suhaimi Laksa Kedah.
Lokasi: Jalan P10/11, berhampiran ESSO & SHELL kawasan perindustrian Bangi. Kalau nak mudah, sebelum sampai Tol Kajang dari arah Bangi, anda akan nampak 2 stesyen minyak ini, masuk sahaja simpang sebelah kiri.
Akan kelihatanlah di pandangan mata kasar anda, gerai laksa ni.


Laksanya memang sedap, kuah pekat, serving portion pun banyak.
Harga RM3.50 sahaja.

*ni review Yong, orang Kedah. Cheq kata laksa kedah ni sedap*


Dalam hidangan laksa ni, diletakkan potongan telur rebus, hirisan timun, bawang dan daun selom.


3 generasi hantu laksa (me, the 2nd generation dah lama licin mangkuknya. Nampak?)

Disclaimer: 

1) Ulasan yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar, pendapat peribadi penulis dan mungkin juga bergantung kepada selera penulis sendiri.

2) Rasa itu adalah subjektif. Penulis tidak dan tak akan bertanggungjawab jika pengalaman anda berbeza atau tidak seperti yang diharapkan.

3) Pendapat dan komen adalah dialu-alukan. 

4) Kepada pemilik restoran/gerai/kiosk, sekiranya ulasan yang diberikan adalah negatif, sila ambil perkara tersebut sebagai satu ulasan yang prihatin dari pihak penulis. Penulis mengulas dari sudut pandangan sebagai seorang pelanggan.

5) Penulis tidak menerima sebarang bayaran samada dalam bentuk wang atau bukan wang bagi menulis ulasan ini.