Let's look back way....way....before both of you got married.

Masa tu awak minat Tok Ti (Siti), si dia minat Kiss. Awak pun tak tahu apa benda KISS tu.

Si dia ni memang sangat tak suka Tok Ti. Tapi dia suka sangat kat awak.
Dia tak heran pun Tok Ti makan ke tidak, tapi dia risau awak tak makan.
Awak pula tak paham sebijik-butir pun lagu Kiss, tapi awak paham sangat sms jiwang rindu dia..eceh!
Masa tu, perbezaan bukanlah penghalang.
Setuju?
Ayat cliche.."kami cuba memahami diri masing2" (sambil muka senyum malu2..duhh)

Semakin lama awak dengan si dia, semakin terasa perbezaan itu merapatkan.
Si dia cuba membeli hati awak dengan belikan CD terbaru Siti.
Tu pun suruh member dia belikan. Malu takut orang kedai ingat dia peminat Siti.
Muka brutal pecah rumah, tapi dengar lagu Cindai... "hendaklah hendak2 ku rasa..ala sayang..."

Dan awak belikan pula T-Shirt bundle KISS dengan harapan dia suka.
Padahal awak punya la takut tengok muka ahli group ni mcm hantu setan je.
Sampai termimpi2 kena baham dek vocalist band tu.
Tapi, sayang punya pasal kan...rela.



Tengok..masing2 cuba memahami.
Lepas tu cak pong cak pong bunyi kompang.
Tak menyabar kau Jah!

Tapi bila dah berkahwin, perbezaan pendapat, minat, jadi masalah besar pulak dah.
Si husband minat sangat tengok bola. Awak dah menggelegak darah bila tengok dia sanggup bangun 2-3 pagi mengadap tv semata2 nak tengok EURO/UEFA/ EPL/Spanish La Liga.
Mulut membebel marahkan husband sebab sayang bola dari bini.

Takde dah nak support minat husband macam sebelum kahwin dulu.

Husband pun satu, dah tahu bini suka jalan2 tepi pantai..bawak la dia.
Ini tak, kalau diajak..katanya bosan tengok laut. Bukan dapat apa pun.
Dah tak faham minat dan keperluan isteri untuk menenangkan fikiran, setelah penat menguruskan rumahtangga.
Tahukah kamu wahai suami2 sekalian..apa yg diminta oleh isteri kamu adalah perkara yang mendatangkan pahala yang besar.

Empat perkara (memandang) yang dilakukan yang beroleh pahala.
1. Memandang Al Quran (apatah lagi membacanya, menghafal dan memahami maksud ayat2nya)
2) Melihat Kaabah
3) Melihat wajah ibubapa dengan penuh kasih sayang
4) Lautan

Daripada Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

"Melihat pada tiga perkara adalah ibadah.
Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan." - (Riwayat Abu Nuaim)

dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah". 
(Riwayat Abu Daud). 


So suami2, kalau isteri mengajak nak lepak2 di tepi pantai di hari minggu, pergilah walaupun awak tu tak minat nak duduk atas pasir. Sedap lagi duduk atas sofa empuk di rumah.
Isteri nak buat ibadah tu.

Tapi..permintaan isteri biasanya jadi ucapan bisu. Pura2 tak dengar.
Dan isteri pun merasakan yg si suami tidak lagi memahami.
Terbit rasa tiada persefahaman.
Besarnya jurang perbezaan.

Yang paling teruk sekali berlaku di ambang pilihanraya ni.
Suami menceraikan isteri kerana perbezaan fahaman politik atau ideologi.

Dua2 berkeras mempertahankan fahaman masing2...seolah2 fahaman itulah yang membayar duit kenduri kendara masa kahwin dulu, seolah2 fahaman itulah yang membesarkan anak2 dan bini (dari slim sampai debab), seolah2 fahaman itulah yang membayar duit ansuran bulanan kereta dan rumah yang diduduki sekian lama.

Pada pandangan peribadi Yong, politik tidak perlu menjadi intipati dalam hubungan kekeluargaan.
Politik itu adalah perkara luaran, sampingan. Melainkan kamu sendiri ahli politik dan makan minum kamu ditanggung parti.

Seorang isteri ini, perlukah dia taksub dengan pemimpin (lelaki) sesuatu parti, yang nyatanya bukan suami dia sendiri? Mengiakan segala kata pemimpin tersebut dan membangkang cakap suami yang berhak ke atasnya?

Juga perlukah seorang suami memaksa isteri memahami ideologi/doktrin yang diagungkannya?
Sedangkan isteri ini tidak suka obsession suami terhadap pemimpin parti tersebut yang seolah2 menganggap pemimpin itu maksum, lebih mulia dari segala manusia di muka bumi ini.

Maka..suami pun menceraikan isteri. Atau isteri minta diceraikan.
Hanya kerana seorang pemimpin parti politik?
Perlukah?

Punca perpecahan institusi ini bukanlah kerana bola, pantai, atau parti politik.
Puncanya adalah kerana ego.
Masing2 tidak mahu lagi memahami perbezaan pandangan masing2.
Aku+aku - kau+kau.

Tiada lagi beli CD Tok Ti yang baru..padahal dah 3 CD Tok Ti keluar lepas kahwin haritu.
Juga tiada lagi baju bundle KISS. Bila husband minta nak tengok konsert KISS, bini ugut nak lari balik rumah mak pak.
Bila isteri penyokong parti rakit, suami panas hati dan ceraikan isteri sebab tak nak naik parti sampan dengan dia.

Apakah ini?

Adakah jalan penyelesaiannya?


Comel kan? Jom kita buat parti macam ni!
"Saya sebagai pemimpin parti akan menjanjikan cupcakes, candies, lollipops dan segala yang manis untuk anda semua." Heh.

Woot!! Tersimpang pulak.
Sambung balik penjelasan tadi.

Back to basic. Kalau dia penyokong parti sampan ke, rakit ke, motobot ke...sokong je lah.
Janji dia sayang awak. Janji awak dengan dia jadi suami isteri sehingga ke akhir hayat.
Ego awak, tolaklah ke tepi.

My point is, dalam marriage ada jurang perbezaan dari pelbagai aspek.
Kalau jurang itu dalam, turunkan aras ego awak tu.
Maka..makin dekatlah awak dgn perbezaan itu, dan mudahlah awak saling memahami.
Andainya jurang itu dalam..tapi awak tinggikan lagi aras ego..semakin jauhlah awak dari dasar jurang itu.

Humm...tak faham ayat Yong?
Mari melukis. Buruk tapi asal faham udah ye..


Sorry..takde drawing. Tak reti.
Tapi berpandukan pada gambar di atas, boleh imagine ye?

Kalau kita sayang kat partner kita, walau sedalam mana jurang itu,
kita sanggup scuba sampai ke bawah walaupun sedar bahaya yang mendatang.
Tapi kalau ego kita makin tinggi...lebih tinggi dari Mount Everest tu..maka sorang akan jadi hidupan laut, sorang lagi jadi hidupan muka bumi.
Dan berpisahlah jua....

"Asyik kita je nak faham dia..dia takde pun nak faham kita.."

Humm...kalau ini terlintas di kepala awak, Yong tak tahu nak jawab apa.
I can't deal with  a wet blanket at the moment.

Chow2 with lotsa love!