Lately aku anak beranak suka sangat makan makanan Jepun.
Bagi aku, makanan Jepun unik, berwarna warni dan rasanya pelik2.
Kalau setakat nak makan dekat area rumah, kitaorang ke Miyagi Seksyen 15 B.B.Bangi.
Jarang sekali nak ke Sakae Sushi atau Sushi King sebab tak banyak pilihan.
Atas 'sushi train' tu, asyik sushi tu je la.
Kalau buat side order, melampau la lamanya menunggu.

Bulan Februari lalu, bff Yong belanja Yong makan di Genji Hilton PJ for lunch buffet.
Sejak dari hari tu, aku nak ke situ lagi.
Great ambiance, abundance of choices to choose from dan yang penting, harga berbaloi2.

Kelmarin (Sabtu 31/3/2012), aku yang masih dalam wad PPUM minta kebenaran untuk
keluar bawak anak2 dan mak makan di Genji. Tapi doktor tak bagi kebenaran.
Duh~~ Aku ni yang memang jenis degil, outlaw sikit..dengan selamba tipu nurse,
kata nak makan kat bawah je.
Mak geleng kepala bila aku suruh tolak aku ke parking kereta.
Aku tak kira la...nak makan Jepun, nak makan Jepun!

Yang seronoknya jadi OKU ni,
bila sampai depan hotel, aku boleh parking kat lobi tanpa perlu bayar sesen pun..miahaha.
Tempat VIP OKU ni memang terbaik. Jimat sen, terus masuk lobi.
Siapa kata jadi OKU tak best?

Oleh kerana hari ini takde lunch buffet, tak ramai orang dalam restoran.
Berbanding dengan haritu masa aku makan dengan bff, tempat duduk yang kami dapat punya la tak best.
Dekat emergency door. Ntah hapa2.
Hari ni boleh pilih memana je. Wohoho..

Sambil mata merenung menu, pelayan memenuhkan meja kitaorang dengan chopstik,
tentsuyu (tempura dipping sauce), Idako (seasoned baby octopus) dan minuman (ais kosong dengan cold green tea je).


Ini Chuko Idako. Mula2 takut nak rasa sebab kalau masam sangat, aku tak gemar.
Tapi si Danish ni memang suka sangat makanan Jepun dan berani mencuba,
semulut je dia makan. Lepas tu dia bagi komen "Mommy, sedap la baby oktipus ni!"

Lepas dia kata sedap, barulah aku makan. Owh..memang sedap!
Kesian baby octupus yang belum sempat membesar.
Terbayang rupanya yang kiut masa berenang.
Alahai..

Belek punya belek, tak tahu nak pilih apa.
Harga pulak umang aih mahal.
Senang cerita, aku pilih 2 set. Boleh rasa macam2 jenis masakan.


Ini pilihan pertama Yong. Matsukaze Bento. Harganya RM120 (kaching!!!)
Yang boleh dilihat dari gambar ni, ada California maki. Yong tak merasa langsung sebab semua dihadap si Danish. Soft Shell Crab Karaage tu sedap juga. Rasa ketam salut tepung goreng KFC.
A little bit salty kalau makan macam tu saja. Kalau dengan nasi putih memang sedap.

Yang tak nampak tu, Maguro and Kampachi Sashimi.
Suprisingly mak aku boleh perabih makan sashimi tu.
Aku pun tak leh makan habis. Tak tertelan sebab lembut2 isi ikan tu..erghh.

Mak aku tanya "kalau mak buat sashimi guna ikan kembung, jadi tak?"
Hishh..mak ni

Then ada Tempura Moriawase. Tempura kat sini memang best.
Sebab mak tak tahu benda hijau tepi tempura tu apa, dia letak la banyak2 atas tempura sebelum dipping dengan tetsuyu. Pastu muka dia merah.
"Huiih..apa pedas ni Noor Zeeda?" (mak memang panggil aku dengan nama penuh)

Pastu aku gelak kuat2, kesian mak.
"Mak, tu WASABI..memang pedas. Kena letak sikit je...hahaha"

Shake Shioyaki tu sedap. Grilled salmon. Saiznya tidaklah besar. Setakat boleh rasa je la.

Paling bawah sekali tu, Beef Teriyaki. Dagingnya lembut je.
Agak masin, jadi mak yang dapat chicken teriyaki pun, dia tak usik.
Sebab mak ni ada darah tinggi. So lidahnya tak leh masuk dengan makanan sedikit masin.


Ini menu mak. Hana Bento. Harganya RM98 (takde bunyi kaching..duit dah habis)
Masa pelayan letak lacquer box ni depan dia, terus dia sms best friend,
nak bagitau "makanan sikit, macam mana nak kenyang?"

Dalam dok kata sikit tu, baru separuh jalan dah kata perut penuh.
"Eh, kenyang juga makan benda sikit2 ni ye Noor Zeeda."

Mak..mak..
Tapi aku memang impress dengan keberanian mak aku mencuba makanan Jepun.
Jarang sangat orang tua nak makan makanan yang asing bagi diorang.
Lagi aku impressed bila mak makan Sashimi sampai licin.
Mak..anakmu ini memberikan tabik spring!
Kalau macam ni, senang lah nak bawa mak ke Jepun...ye dak?

Set ini juga didatangkan bersama garden salad, Chawan Mushi, nasi putih, jeruk, fresh fruits dan Miso Soup.


Chawan Mushi ni biasa je rasanya. Tak la sampai nak hirup licin.
Kastard telur ni dikukus bersama cendawan, udang dan isi ketam.

Kuat rasa cendawan dari rasa yang lain2.

However, salad yang guna dressing soy sauce tu sedap juga bila jadi appetizer.
Aku rasa lagi sedap dari guna Thousand Island.



Danish memang hantu sushi.
Tadi ditelannya semua California Maki sampai orang lain tak merasa.

Dah habis, diminta tambah lagi.
Tak puas katanya.
So aku pun order la Soft Shell Crab Maki.

Saiz Maki ni agak besar dari yg selalu dihidangkan di Sakae Sushi atau yg beli kat Cold Storage tu.

Makan dua potong pun dah rasa kenyang. Ada 8 potong semuanya.
Yang ni nak masuk semulut agak payah juga compare dengan saiz California Maki yg datang dengan set.Yang tu kecil sikit.

Harga, RM36...fuhhh!
Anak nak makan punya pasal, mahal pun takpelah, janji nak makan.


Aku suka tengok anak2 berselera makan. Tandanya diorang sihat.
Alhamdulillah.

Sebelum balik, bebudak dua orang ni yang memang hyperaktif, buat restoren ni macam taman tema.
Masuk keluar dining room, main sorok2.
Aduhai...nakalnya!!


Kalau nak dining kat Genji, fikirkan dulu matlamat..chewah!
Nak berdating sambil melayan perasaan, datanglah hari biasa.
Tapi make sure duit dalam wallet cukup, sebab harganya agak mahal.

Tapi kalau matlamatnya ialah untuk melantak semahunya,
mencuba segala yang ada, dengan harga yang munasabah,
datanglah untuk lunch buffet pada hari Ahad atau dinner buffet pada hari Sabtu.
Memang pecah perut kalau nak makan segala yang dihidangkan.
Tapi betul2 puas hati.

Cuma yang tak best, bila time buffet ni, ya rabbi penuh orang macam makan buffet buka puasa.
Kalau lambat sampai restaurant, dapat la tempat yang paling tak strategik.
So, tips untuk datang time buffet, tempah awal, datang awal, datang time gila lapar amat.



Disclaimer: 

1) Ulasan yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar, pendapat peribadi penulis dan mungkin juga bergantung kepada selera penulis sendiri.

2) Rasa itu adalah subjektif. Penulis tidak dan tak akan bertanggungjawab jika pengalaman anda berbeza atau tidak seperti yang diharapkan.

3) Pendapat dan komen adalah dialu-alukan. 

4) Kepada pemilik restoran/gerai/kiosk, sekiranya ulasan yang diberikan adalah negatif, sila ambil perkara tersebut sebagai satu ulasan yang prihatin dari pihak penulis. Penulis mengulas dari sudut pandangan sebagai seorang pelanggan.

5) Penulis tidak menerima sebarang bayaran samada dalam bentuk wang atau bukan wang bagi menulis ulasan ini.