Yesterday, makan di Genji Hilton, PJ dengan mak and bebudak.
Today, makan Jepun lagi!
Kali ni di Hanazen Jaya One,
about 5 minutes drive from PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya).

Masa mula2 sampai masuk ke restaurant ni, decor tak la berapa menarik kalau nak dibandingkan
dengan beberapa restaurant makanan Jepun yang pernah Yong pergi.
Decor yang paling menarik bagi Yong, ialah di Miyagi B. B. Bangi.
Terasa seperti berada di negara matahari terbit itu.
Di sini, biasa2 sahaja.

Pekerja di sini pun macam malas2 nak susun chopstik elok2 atas meja.
BERTERABUR!
Tapi takpe, sabar dulu. Penilaian paling penting di sini, bukan hiasan semata,
tapi kecekapan layanan dan yang paling penting, rasa dan harga.

Kami diberi buku menu yang punya la besar.
Ada dua buku. Satu buku ala carte dan satu lagi untuk hidangan set.
Belum apa2 lagi, air liur dah rasa mercik2.
Wahhh...banyak sangat pilihan sampai tak tahu nak pilih.
Kalau tak silap, hampir lebih seratus jenis.
Air liur meleleh, mata kelabu asap!

Sebab terlampau banyak pilihan, aku minta set je senang.
Tak perlu serabut kepala.
Dan aku memilih, Hana Teppanyaki Bento


Dengan harga cuma RM45, sekilas pandang,
set ini lebih berbaloi dari set yang aku makan di Genji (RM120).
Ada dua udang galah sederhana besar, Enokitake mushroom,
Salmon and Scallop Teriyaki (scallop besar punya!),
dua bekas fresh salad, Chawan Mushi, fresh fruits, Miso Soup, Takigomi Gohan (mixed fried rice)
dan fried garlic yang crunchy dan sedap.

Aku mulakan membuka selera dengan fresh fruits yg segar, kesegaran yang nyata alami.
Then bila aku suap Takigomi Gohan ke dalam mulut, WOW
It tasted so good.
It even taste whole lot better bila makan dengan Salmon Teriyaki.
I must say too, Salmon Teriyaki paling best juga yang aku pernah rasa.
So flavorful!

Enokitake mushroom tu pun sedap, udang galah pun segar dan terbaik dari laut (eceh),
fresh salad yang refreshing. Disebabkan portion makanan ni agak besar bagi aku,
sampai tak terusik Chawan Mushi dan Miso Soup.
Jadi, tak boleh nak komen rasa untuk itu.

Set ini sangat best bagi aku sebab aku tak boleh berhenti makan.
Especially Takigomi Gohan yang sedap amat ni.
Semuanya yang ada di dalam lacquer box ni SEDAP, SEDAP, SEDAP!




Bff aku tak nak makan heavy, so dia choose to order Aburi Salmon Maki.
Untuk saiz hidangan ini, harganya cuma RM18.
Few times juga dia offer aku suruh rasa, tapi aku sibuk melayan set aku yang super yummy,
tak boleh nak pandang lain dah.


Another fren of mine juga order sushi. Kanimayo Avocado Maki.
Harganya juga RM18.
Interestingly, bila plate ni sampai, mata aku macam bersinar2.
Cantiknya sushi ni!
Warnanya memukau mata.
Dalam gambar ni tak menunjukkan warna sebenar sebab penataan cahaya yang agak suram dalam restoran.
Tapi, bila hidangan ni ada depan mata, warna hijau terang dan kuning isi avocado tu sangat menyerlah.
Plate warna hijau muda yang digunakan menaikkan lagi keserian warna sushi ni..chewah!


Beef Teriyaki (well done) ni pun nampak inviting.
Harga RM30 sahaja.
Dagingnya sangatlah juicy dan lembut.


Selain dari itu, ada satu dessert yang menarik perhatian kami.
Itachoco Monaka. Ice Cream in Waffle.
Harga: RM9.90

Di tengah ice cream tu, ada kepingan coklat.
Sayang sekali, seperti yang aku katakan, sebab aku terlampau obses dengan set makanan aku,
dessert ni pun aku tak usik padahal nafsu nak merasa memang ada.
Lain kali mesti cuba, mesti mau.


Kesimpulannya, Hanazen menawarkan sangat banyak pilihan makanan jepun yang sedap
(ikut tekak aku memang osem sangat) dengan harga yang munasabah.
Kekurangannya, cuma pada part layanan. Tak berapa prihatin tentang kekemasan susunan chopstik
dan juga bila nak refill air pelanggan.
Tapi perkara tu menjadi minimal bila makanan yang disediakan sangat memuaskan hati dan perut aku.

Mungkinkah aku akan datang lagi.
Hello....sangatlah!
I'm in love with this restaurant. Makan Jepun!



Jika berminat untuk mencuba makanan di sini, silalah mencari lokasi ini

Hanazen

43-G, Block C, Jaya One
72A, Jalan Universiti, 46200
Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 603 7954-8000



Disclaimer: 

1) Ulasan yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar, pendapat peribadi penulis dan mungkin juga bergantung kepada selera penulis sendiri.

2) Rasa itu adalah subjektif. Penulis tidak dan tak akan bertanggungjawab jika pengalaman anda berbeza atau tidak seperti yang diharapkan.

3) Pendapat dan komen adalah dialu-alukan. 

4) Kepada pemilik restoran/gerai/kiosk, sekiranya ulasan yang diberikan adalah negatif, sila ambil perkara tersebut sebagai satu ulasan yang prihatin dari pihak penulis. Penulis mengulas dari sudut pandangan sebagai seorang pelanggan.
5) Penulis tidak menerima sebarang bayaran samada dalam bentuk wang atau bukan wang bagi menulis ulasan ini.