Tengahari semalam aku dapat makan makanan Jepun yang subhanallah sedap.
Terkenang2 kesedapannya.
Petang pula, ipar datang bawak sambal tempoyak kaduk yang sedap menjilat jari.
Makan dengan nasi, ikan goreng dan kacang botol, sungguh tak boleh nak berhenti makan.
Kena muhasabah diri, sebab selagi tak beringat, selagi tu sambal masuk ke mulut.
Udah le ada petai, esok buatnya kena urine test, perghhh..bauk kahang terbaek punya!

Sambal tempoyak daun kaduk di dimasak bersama pucuk ubi, cili api, daun kunyit,
serai, tempoyak (banyak2), petai dan juga udang. Hasilnya, sambal yang sedap dimakan dengan nasi atau dimakan begitu sahaja. Tapi kebanyakkan masa, aku meratah je sambal ni.



Aku je yang suka makanan ni. Mak aku yang memang orang kampung,
sangat tak suka dengan aroma sambal ni. Katanya nak termuntah.
Mak aku ni memang pelik sikit, orang kampung yang tak makan makanan kampung.
Ulam pun dia tak makan.
Kalau aku makan sambal tempoyak dengan ulam raja ke, pucuk gajus ke, kacang botol ke,
mak aku makan dengan daun salad bunga. Dia kata makan ulam macam kambing..lol.
Ulam tak makan, rebung tak sentuh, pekasam pun tak suka.
Mak..mak...sashimi lalu pulak ditelannya..hahaha.


Aku ni bukan boleh nampak pekasam. Mesti nak beli.
Tapi sejak dah tahu resipi buat sendiri, and senang pulak tu, baiknya buat je kat rumah.
Risiko pencemaran telur lalat tidak ada sama sekali.
Sebab lalat suka nau landing atas pekasam sebab baunya yang menyengat.

Aku fikir maybe sebab aku dah biasa makan makanan bandar masa aku kecik2,
bila kahwin dengan orang kampung, didedahkan pulak dengan masakan kampung,
terasa kelainan yang amat sangat. Rasa macam sedapnya orang kampung masak.
Bukan mak masak tak sedap, tapi mak ni urban sikit.
Sayur carrot, brokoli, shitakee mushroom, ikan laut, ayam, makanan western..yang tu pandai la mak masak.
Tapi kalau masakan kampung ni, serius mak tak pandai.

Aku makan jantung pisang, ulam2, sambal2, kebanyakkannya masa aku dah kahwin.
Masa mula2 aku makan ikan patin pun, mak hesitate nak cuba.
Dia kata tak lalu tengok rupa ikan tu.
Tapi bila aku suruh jugak2, paksa orang tua ni rasa,
ha..kan dah tersuka. Pantang tahu je aku nak ke Temerloh, mesti dia suruh beli ikan tu bawak balik rumah.


Minat aku dalam life sekarang ni, makan dan fotografi.
Sekarang aku terfikir2, apa lagi makanan yang aku nak rasa.
Masakan kampung memang feveret.
Masakan arab, dah jemu, selalu dapat kat area rumah.
Masakan Jepun, kira dah banyak kali juga.
Masakan cina, selalu sangat.
Hummm....masakan Afrika sedap tak agak2nya.
Kat mana ada ye?
Oh yes...aku teringin nak rasa Mexican cuisine. Mana mau cari??