Ye, harini hari jadi Yong.
Sepatutnya Yong juli juli bintang tiga seronok sebab panjang umur lagi cecah 32 tahun.
Banyak b'day wishes yang Yong terima harini dari muka buku (bluweerrkk...I hate Najwa).
Ok..dari facebook.

Disebabkan harini ada perkara yang membuatkan Yong naik darah,
Kalau Yong guna ganti diri 'aku' selepas ayat ni, faham2 je le.
Tak dapat tahan menahan dah emosi ni.

Lepas bf Yong balik, Yong ingat nak makan sikit kek, bihun goreng tu and sambung tidur.
Mata memang dah berat nak tutup.
Perlu diketahui, sekarang ni Yong dipindahkan ke bilik 2 katil.
Minggu lepas single room, pastu 4 bedded room.
PPUM ni bagi Yong merasa semua jenis bilik gamaknya.

Ok..kembali kepada perkara yang membuatkan Yong hangin ni.
Sesudah bf Yong balik, Yong nak sambung tidur.
Nak merehat badan sebelum start blogging semula.
Belum pun sempat mata tutup...tu diaaaaa
Sekampung Sg Penchala datang berbondong2 masuk bilik Yong.
Punya la meriah macam la ada pesakit nazak.

Alah...makcik ni jatuh motor patah pinggul je,
Relaks la...pasaipa habis sekampung mai?
Kot ya pun..hangpa dok dekat ja..bila2 pun boleh mai jenguk.
Awat kena naik satu bas nak ziarah?

Aku tak kisah la (start dah ganti nama 'aku'),
Tapi yang datang bukan buat apa pun...bersila ramai2 kat lantai
Aku pun tak paham.
Kalau nak bacakan Yassin...alhamdulillah, aku pun nak join.
Ni tak...dok senyap macam ada orang baca talkin.

Masing2 macam kepung pesakit. Pebenda ntah.
Aku cuba memahami konsep ziarah pesakit macam ni.
Tapi pemahaman tak kesampaian.
Lagi satu,...lantai hospital ni kotor la wey.
Segala jenis kuman dari gangrene, darah kotor,
apa bagai lagi aku pun tak lalu nak imagine, 
semua ada kat lantai.
Yang dok bagi anak2 kecik dok kat lantai pasaipaaaaaa……????

Kemudian ada sorang budak jantan ni memang nak kena pelangkung dengan aku.
Sudahla aku tak suka budak Najwa tu..
dia leh lak nyanyi kuat2 lagu Muka Buku (bluwerrkkkk..kuwek..kuwek..)
Aku nak solat pun dia dok pulun nyanyi.
Mak pak dia ni tak ajar ke time orang solat jangan bising, especially menyanyi.
Ni tak...buat derk je.
Sebab budak takde sivik ni la, aku kena ulang solat asar dua kali.
Masuk rakaat ke-3 aku lupa aku dah ke-4 ke atau ke -3.
Tu pun masa kali kedua solat,
doa antara dua sujud aku terhenti sebab aku lupa apa aku baca.
Aku rasa nak sekeh budak tu masa tu juga...hempuk ngan mak pak dia sekali.

Ok..lepas sekampung sungai penchala,
mai  pulak sekampung padang jawa.
Wad de fish??
Time ni aku dah rasa nak melalak lagu Linkin Park sekuat2nya.

Ni lagi sengal pakcik sorang ni. ...
marahkan guard kata guard 'bongok' sebab tak bagi dia masuk.
Sapa bongok?
Pakcik oooiiiii...guard tu tak bagi masuk sebab bukan waktu melawat.
Korang ingat PPUM ni kroni korang punya ke?
Hiarghhh...aku nak mengamuk!!!

Sekarang ni Yong punya volume headphone adalah yang paling maksimum.
Lagu Linkin Park back to back.
Chester..ko jerit la kuat2, I love you.
Pada pelawat yang menaikkan darah aku
dan juga bakal menyebabkan aku pekak sebab volume headphone gile tinggi ni…..
People....Go To KARAK!
"Tok Malam....amik diorang ni. Getik aku nengoknye."




Oh Yong...kamu seorang yang cukup sabar.
Bersabarlah…..
.
.
(nota tambahan:
Tetiba ada pakcik ni sedekah aku RM5. Hehe..mesti dia ingat aku budak sekolah.
Dalam aku dok hangen satu badan, dapat lima ringgit.
Kalau hangin selalu, mau dapat RM50 sehari ni..hoho!)