Yong ni macam takde pendirian untuk memakai tudung.
Kejap sarung, kejap bukak.
Lama betul berterusan macam ni.
Dari zaman sekolah lagi.
Setan betul. Nak marah setan buat pa?
Sendiri yang lemah iman...haihhh…

Sebab apa sat pakai sat lempaq tudung ni?
Masa terpikiaq nak pakai, hati tu macam lembut la kan.
Dapat hidayah. Teringat dosa dok menimbun tak surut2.

Lepas pakai, iman yg lebih nipis dari kulit bawang ni
tak dapat nak kekalkan tudung atas kepala lama2. 
Bukan susah pun pakai tudung.
Cantik pun ye. Terjaga sikit rasanya batas pergaulan.
Tak la kaki ni ringan sial pergi tempat2 tak senonoh.
Orang2 tua tengok pun sejuk hati.

Ya Allah Ya Rabb...kuatkanlah semangat dan iman ku untuk menutup aurat,
demi mendapatkan kasih sayangMu yang sangat hambaMu ini perlukan.
Janganlah hambaMu ini mendapat murkaMu Ya Allah.
Hanya padaMu aku memohon perlindungan.....

La ni dah ramai artis mula berhijrah ke arah yang lebih baik.
Bermula dengan Wardina. Actually maybe ada yang lebih awal dari dia.


Wardina ni cantik dan mempopularitikan kecantikan muslimah bertudung melalui iklan Sunsilk.
Jangan tak tau, iklan Sunsilk Wardina ni adalah iklan syampu pertama dunia
yang memaparkan gadis bertudung. Hebat kan Wardina?
Wardina telah berjaya memecah tradisi iklan syampu
yang kebiasaannya menunjukkan rambut model yang berkilau macam badan Edward Cullen
dan lembut bagai sutera.

Wardina berjaya mencuri hati ramai gadis (dan wanita dewasa)
untuk menyarungkan hijab atau tudung.

Banyak sungguh pahala yang Wardina dapat di dunia ni kerana berjaya menambat hati perempuan untuk menunaikan perkara yang diwajibkan, iaitu menutup aurat.
Alangkah beruntungnya kamu wahai Wardina Safiyyah.

Wardina bukan sahaja berjaya mengajak ramai muslimah menutup aurat,
malah beliau juga di dalam ceramah dan blognya, berjaya memberi tunjuk ajar
cara2 untuk mendidik anak2 dengan nilai2 Islam.
Again...you are blessed Wardina.

Sejurus selepas Wardina menerima hidayah dan melakukan perubahan,
ramai artis mula bertudung.
Ada juga artis2 baru yang masuk ke industri dengan memakai tudung seperti
Waheeda, Yuna, Bienda dan Heliza.

Kemudian, yang paling menarik ialah bila ramai artis yang kita biasa tengok seksi nak muntah,
menerima hidayah dari Allah swt untuk menutup aurat.
Ya Allah...kasihnya Engkau pada hamba2Mu walaupun telah banyak dosa dan kesilapan dilakukan.
SesungguhNya Allah sangat menyayangi kita, hanya kita sahaja yang kerap melupakanNya.
Hinanya kita bila pencipta kita tidak pernah berhenti melindungi dan memberi rahmatNya,
walhal kita masih lagi bongkak dan fikir dunia ini kepunyaan kita.

Alhamdulillah.
Di bawah ini adalah gambar2 artis yang telahpun berhijrah
dan mula hidup sebagai muslimah yang dicintai Allah swt.
Alangkah beruntungnya kamu semua kerana Allah swt telah memayungi kamu,
dan memilih kamu diantara hamba2Nya untuk menjadi lebih dekat denganNya.
Subhanallah.....


Farah Diana (AF)


Raja Farah


Irma Hasmie


Anne Ngasri


Catriona Ross


Siti Nordiana


Nur Khiriah


Akma (AF)

Jojie

Dan alhamdulillah, artis yang terbaru menerima rahmat dari Allah swt, Azizah Mahzan.


Apalah keras sangat hati ni nak berubah ke arah kebaikan?
Banyak sangatkah dosa di dalam hati sehingga gelap mata,
keras jiwa nak mencari kedamaian dan keindahan hidup sebagai seorang Islam.
Allah swt itu Maha Pengampun.

Bila di hati itu telah terbitnya keinsafan, segeralah berubah.
Kerana kita mungkin tak akan dapat peluang itu lagi.
Selagi ada masa, balutlah aurat dengan kain2 yang indah dan berwarna warni.
Janganlah kita menunggu sehingga orang lain tutupkan aurat untuk kita.
Kerana bila kain kapan yang berwarna putih itu sudah membaluti aurat yang selama ini dibuka,
penyesalan itu sudah tiada maknanya.