Anak2 Yong ada 3 orang.
Dua tinggal dengan Yong. Danish dengan Sophea.
Yang kecik Wafi, tinggal dengan mak sedara Yeop di Pahang.

Bukan tak sayang anak kecik tu..sayang sangat2!
Sapa tak sayang anak weh.
Tapi kaki Yong tak mampu nak bergerak kuat nak dukung dia,
nak kejar dia. Bila Yeop ada kat rumah, baru kitaorang jaga anak kecik ni.
Sebab abah dia kuat le nak dukung2, main lari2 ngan anak2. Yong pandang je la...

Yong pun dah tak boleh nak bawak anak2 berjalan2 cuti sekolah ni.
Jadi Yong cuba penuhkan aktiviti menarik dalam rumah.
Walaupun dalam rumah, anak2 Yong excited hari2.
Diorang tahu, mommy gonna come out with her new science experiments.
And it's should be more fun that playing outside.

First experiment dengan Danish and Sophea,....MILK RAINBOW.

Bahan2 yang digunakan:
1) Piring leper besar.
2) Fresh milk
3) Food colouring (beli le macam2 warna. Merah, hijau, kuning, biru)
4) Syringe
5) Cecair pencuci pinggan.
6) Cotton bud

Kalau dah ada bahan2 ni..boleh tengok video ni untuk full instruction and dapat tengok betapa menariknya hasil experimen ni.




Yong tak dapat cari food colouring yg dalam bekas picit2 tu,
jadi gunalah syringe..tak le kotor tangan bertempek2 macam2 warna.
Sudahnya tangan korang jadi macam marble kek plak.

Selain dari experimen,
si Danish ni suka belajar tentang sains. Dari kecik memang macam tu.

Ingat lagi Yong masa umur dia baru cecah 2 tahun.
Cakap dah jelas. Dia memang bijak. (bukan mak yg perasan anak pandai, tapi he is definitely something)

Masa umur dua tahun tu la, dalam kereta...on the way nak balik rumah.
Hari hujan. Dia pandang ke luar tingkap sambil tengok rumah2 di tepi jalan.
Rumah2 kat tepi jalan tu kebanyakannya atas tanah tinggi daripada jalanraya.

Sekali tengah dia elok termenung tu, dia pandang Yong.
"Mommy, kenapa bila hujan, air, tanah dengan daun2 turun ke bawah, tapi rumah tak turun?"

Okay..this might sounds normal question for you, but it is quite impressive for 2 years old child.
Dalam hati Yong, " did he just asked me that? He just two!"

Macam2 lagi soalan sains yang rajin dia tanya. Banyak juga yang membuatkan mak ni terpaksa google..almaklumlah, mak bukan pandai sangat pun...sekolah tak habis...hahaha.

Recently dia buat soalan in one breath:

"Mommy, macam mana baby tu jadi?
Macam mana dia masuk dalam perut mommy?
Macam mana pulak dia keluar?"

Hamik ko nah! Bukan soalan tergantung tu.
Soalan penuh dari mukadimah buat anak, sampai jadi anak habis ditanya.
Mind you, he is now 6.

Mula2...rasa macam nak menipu je. Cerita pasal fairytale ke..bohong sunat ke.
Tapi si Danish ni sangat kuat memorinya.
Kalau Yong tipu, alamatnya...Yong ajar dia jadi bodoh le. Oh..no! No! No!
Yong tak mahu bila besar nanti dia kata:
"Mommy ni dulu tak pegi sekolah ye?
Danish belajar kat sekolah pasal human reproduction process, lain dari apa yang mommy ajar."

Ha...tak ke mampus Yong malu kang?

So..Yong mengadap lagi internet cari animation yang sesuai untuk budak besar Danish ni senang faham.
And luckily, life with internet is great. Semua ko nak ada. Di hujung jari je!
Ni animation video yang Yong dapat, dan Yong tunjukkan pada budak berdua ni.

Ini video tentang persenyawaan.
Yong juga explain kat dia..telur perempuan di area mana (yong tunjuk kawasan bikini line Yong),
dan sperma dia tempat mana asalnya.
So bila Yong cakap sperm tu kat scrotum dia (sambil tunjuk kat dia punya), dia sengih2 malu.
hehe..nak belajar mana boleh malu2.....



Lepas persenyawaan, of course kena tahu macam mana perkembangan bayi dalam rahim.
So dari video ni, dia dapat lebih pemahaman.



Bila dia dah faham, Yong pun dah explain dengan mudah. It's time for revision.
Yong nak tengok sejauh mana dia faham process ni.

Ni le hasilnya. Dia lukis dan explain balik kat Yong.

Photobucket

Yong tersalah eja umbilical cord. Bukan bord, cord. Dah upload baru nampak...eheh.

So...bila anak2 interested nak tahu tentang science or anything, jangan malas mengajar.
Kalau ibu2 diluar sana boleh melayan facebook siang malam atau tengok drama bersiri melayu yang tak membina minda, adalah baiknya spend masa tu dengan menambah ilmu anak2 yang baru nak kenal dunia.

Okaylah, anak2 Yong dah bangun.
It's time for volcano project and learning about what makes day and night. Chow!