Bila si suami turun ke dapur

Samada korang kahwin dengan chef atau tidak,
yang pastinya lelaki punya bakat memasak yang jauh lebih hebat dari kita.
Jangan kau tak percaya!
Antara minat atau tak je diorang ni.

Contohnya, macam Yop.
Dulu mana dia reti masak langsung.
Nak goreng telur mata pun marah2.
Salahkan telur sebab telur kuning pecah berderai bila masuk ke kuali.
Telur mata jadi telur dadar.

Tapi, semenjak Yong berehat ni,
dan Yop pula bakal menetap sendiri di Perth atas nama kais pagi makan esok pagi,
kais petang tak tahu bila boleh makan,
maka Yop dengan rela hati turun ke dapur mendalami ilmu memasak.

Yong cuma duduk bersandarkan sofa empuk sambil melayan fb, memberi resipi dan bahan2.
Gula garam pandai2lah tabur sendiri.

It turns out, almost everything he cooked, were absolutely delicious!
Yang paling sedap setakat ini, sambal terung.
Dua hari berturut Yong hadap sambal tu.

Macam2 dah Yop masakkan untuk kami anak beranak.
Dialah ke pasar, dialah ke dapur.
Ada sekali tu, Yong ajar dia bahan2 untuk buat nasi goreng.
Hasilnya, walaupun pedas berdengung (memang disengajakan),
tapi tak sangka si Danish suka sangat,
siap pesan kat Yong. Katanya, tiap2 kali balik dari sekolah, dia nak makan nasi goreng ni.
Haihh...sedap betul air tangan abah dia rupanya!

Antara menu yang berjaya mendapat pujian;
Sup Kambing
Kari Kambing Mamak Style
Sambal Terung
Nasi Goreng Special
Rendang Ayam Minang

Harini Yop di dapur tengah masak Nasi Lemak,
Kangkung Cendawan Goreng Ikan Masin (bau yg perghh, sodap woii) dan sambal ikan bilis.
Perut ni dah separuh nyawa tunggu bila nak siap sebab tak lunch lagi.
Ni dah pukul 3 petang Ayang oii.. (chewah, demand mcm aku lak yg jadi laki)



Jadi para suami sekalian, mungkin anda tidak sedar sebenarnya bakat memasak anda lebih hebat dari isteri jika diasah. Memang kebanyakan suami yang pandai turun ke dapur, mendapat pujian dari anak2 dan isteri.
Bukan puji nak sedapkan hati, tapi memang betul2 HO LIAO!
Jadi, sekarang ni ayat "kalau nak tawan suami, tawanlah perutnya" sudah tak relevan sebab lelaki pun boleh masak lebih best dari isteri.

Kita tukar ayat ni kepada "bila suami jadi chef keluarga, rumahtangga bahagia"..hoho!!



(korang jangan kaji pulak dapur Yong yang tak semenggah mana. Ni bukan rancangan Casa Impian)
.
.
.

Mak terbang ke Mekah, Yong lari dari hospital...

21hb September haritu,
Yong dimasukkan ke PPUM kerana prostesis yang baru diimplankan bulan Julai haritu terkena infection. 30hb September, Yong masuk bilik pembedahan.
Kejadian yang lebih details boleh dibaca pada entry sebelumnya.

24hb October,
mak Yong dan mak andak dipanggil Allah swt sebagai tetamuNya ke tanah suci Mekah.


Labbaik, Allahumma labbaik, labbaika laa shariika laka labbaik, innal hamda wanni’mata laka wal mulk, laa shariika lak.


dan bermaksud

aku datang memenuhi panggilan-Mu, Ya Allah! aku datang memenuhi panggilan-Mu..
aku datang memenuhi panggilan-Mu, (Tuhan) yang tidak ada sekutu bagi-Mu, aku datang memenuhi panggilan-Mu
Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan kekuasaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu…


Yong ni bukan boleh teringatkan mak.
Asyik nak teghoyak je kata orang Perak.
Sampai lembab lenjun tudung sejadah tu kengkadang bila panjatkan doa untuk keselamatan mak dan mak andak semedang diorang di sana.



Sebelum mak berangkat ke Mekah,
Yong bagitau mak yang Yong nak mintak keluar dari hospital dulu.
Nak berehat kat rumah.
16hb November nanti ada satu lagi pembedahan.
Idak le lalu Yong nak menunggu bagai pungguk rindukan bulan di wad.

Kalau dikira balik...dari 21hb Sept,
nak menyampaikan ke 16hb November untuk surgery,
pastu berehat lagi di hospital sampai sembuh (makan masa 2 minggu atau lebih),
tak ke lebih dari 2 bulan tu?

Yong sanggup duduk sangap kat rumah
mengadap wallpaper corak batu2 kat rumah Yong
dari tenung langsir hospital warna peach siang malam pagi petang.

Tapi mak tak izin.
Katanya nanti takde sapa nak uruskan Yong.
Bukan tu saja, dia tahu yang Yong tak reti2 duduk diam.
Rajin terlebih, especially part nak buat kerja rumah.
So....bagi mengurangkan tekanan perasaan mak yang nak menunaikan ibadah,
Yong pasrah.
Takpelah mak...biar mak tak naik darah tinggi,
anakmu ini jadi psycho lalak sorang2 kat hospital ni pun takpe.
Sayang mak punya pasal, kan?

Tapi, sesudah je mak selamat berlepas ke Mekah,
Yong mula sengih2 dengan doktor2.
Yong tanya, "Doktor, kalau saya nak balik rehat kat rumah boleh tak?"
Doktor angguk, Yong sengih lebih buruk dari kerang busuk....ngee~~
Ah,,,dah tak kira apa dah!
Terus call Yop mintak datang hangkut segala barang2 Yong.
Wouhuuu!!!!!

Seronok dapat duduk rumah sebab rasa normal.
Dengar 3 orang budak kecik mengekek gelak,
menjerit2 main, merambu2 air mata menangis, terpekik2 mengamuk.
Sungguh harmoni bunyi-bunyian itu...owhhh...
Lebih seronok sebab dapat cakap kuat2, jerit2 marahkan anak2...haha!!
Lepas juga tension Yong..ngee~~



Tapi sepanjang duduk di rumah ni, tiap kali mak call dari Mekah,
Yong buat isyarat jari kat semua orang suruh senyap.
Takut mak tahu Yong balik rumah.
Tapi ada la sekali si kenit Wafi ni terjerit apa ntah,
mak Yong pun tanya..."budak2 ada di situ ke? (di hospital)"
Yong kata "A'ah."
Yong punya la berdoa supaya mak tak tanya bebudak ni ada di mana.
Kalau sebut ada di rumah...memang rosak program!


Dalam banyak2 perkara yang berlaku di rumah,
yang paling best ialah bila Yop turun dapur jadi masterchef..hihi.
Sebelum ni, nak suruh goreng telur pun belum tentu menjadi.
Katanya susah nak bagi telur kuning tu tak pecah.


Tapi kini tidak lagi.
Yong dapat merasa air tangan Yop yang penuh dengan kasih sayang.
Yop masakkan nasi, lauk Kari Kambing (mamak pun tak leh celen), 
Sup Kambing (budak2 kata sedap sangat).
Semalam pulak, Yop masak Terung Masak Tumis Cili Api dan Asam Pedas Ikan Patin.
Sedap oiii...Yong mengadap lagi lauk tu masa breakfast pagi tadi.






Wah...seronok jadi bini Yop...waka waka ey ey!
.
.

Terima kasih kepada teman2 dan ahli keluarga yang ikhlas :)

Kini Yong menginap di wad 6U

Alhamdulillah, ada beberapa teman dan ahli keluarga telah pun datang menziarah Yong di sini.
Rasa seronok, hilang sunyi bila ada yang datang bertanya khabar berita dan melayan sembang dengan Yong.
Malah yang datang membawa makanan yang sedap2 tu, alhamdulillah, dapatlah Yong makan dengan penuh selera. Maklumlah, dah hampir jemu dengan makanan hospital yang sama je rasanya setiap hari.


Disini Yong ingin berkongsi ilmu dengan teman2 tentang hukum dan adab menziarah orang sakit.
Pada mereka yang telah melawat Yong atau orang sakit yang lain, banyak berita gembira untuk anda.
Bacalah dan senyumlah pada mereka yang telah pun melakukan ibadah ini :)



"Hukum menziarahi orang sakit adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang sangat dituntut."




Sabda Nabi S.A.W.
"Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di jalan syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya hingga petang dan begitulah sebaliknya."
Terdapat banyak hadits yang menyebutkan tentang anjuran dan kelebihan menziarahi orang sakit, antaranya sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bermaksud:-
“Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru (malaikat) akan berseru kepadanya: “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!.
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)

Antara adab-adab ziarah pesakit (menurut kitab Fiqh Sunnah).
Hendaklah tujuan melakukan ziarah itu ikhlas kerana Allah Ta‘ala dan dengan niat yang baik seperti kerana rasa kasih dan sayang, persaudaraan, tanggungjawab dan sebagainya, bukan disebabkan niat dan tujuan yang tidak baik, juga bersifat duniawi semata-mata seperti ingin merebut harta dan kemewahan.
1. Ketika berada disisinya, hendaklah kita sentuh dan pegang tangannya kemudian letakkan tangan di dahinya dan tanya tentang penyakit dan keadaannya sekarang.
2. Doa dan ceritakan tentang kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, Rasul dan Nabi dan juga orang beriman supaya pesakit itu tidak merasa resah gelisah terhadap kesakitan yang dialaminya. Menyampaikan ucapan yang baik, dapat menghiburkan hati si sakit dan menguatkan jiwanya. Contohnya beri ucapan: “Tidak apa-apa insyaAllah lekas sembuh.”
3. Berikanlah nasihat-nasihat yang baik serta ucapkan perkataan “Sabarlah sakit ini adalah salah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah kerana sakit ini juga, seseorang memperolehi ganjaran pahala yang banyak”.
4. Jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang telah disediakan untuknya. Sekiranya kita makan makanan tersebut, hilanglah pahala ibadah ziarah itu.
5. Sunat dibacakan doa untuknya yang bermaksud:
“Ya Allah ! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dariMu jua, sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit”. (Riwayat at-Tirmizi)
6. Pendekkan waktu ziarah. Sebolehnya, kadang-kala si pesakit ingin tidur, atau ingin makan ubat dan tukar pakaian. (kecuali si sakit mengkehendaki sebaliknya)
7. Wanita boleh menziarahi lelaki. Dalil: Aisyah ra pernah menziarahi Bilal bin Rabah ra yang sakit demam panas
8. Boleh juga menziarahi orang bukan Islam. Dalil: alBukhari meriwayatkan dalam bab menjenguk orang musyrik.
Sunat:
Hukum menziarahi orang sakit adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang sangat dituntut. 
Menziarahi orang sakit tidak hanya terbatas kepada sahabat atau jiran tetangga yang sakit sahaja, bahkan disunatkan juga menziarahi saudara Islam yang tidak dikenali hatta musuh atau orang yang pernah menyakiti kita.
Hukum menziarahi kafir dzimmi yang sakit pula pada dasarnya adalah harus, namun disunatkan menziarahinya jika dia dari kalangan ahli terdekat atau jiran, atau kerana berharap supaya dia memeluk Islam.
Doa mendoakan orang sakit:-
Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insyaAllah.
Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau.
“Tiada seorang muslim yang menziarahi orang sakit yang belum sampai ajalnya, kemudian membaca doa ini tujuh kali nescaya disembuhkan penyakitnya itu.” At-Tarmizi & Abu Daud.
Kelebihan menziarahi orang sakit.
Bersabda Nabi s yang bermaksud :
“Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya,
maka seolah-olah dia berjalan di dalam syurga sehingga dia duduk.
Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya.
Jika dia berkunjung pada waktu pagi,
maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoaknnya hingga petang dan begitulah sebaliknya
(Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah & Ahmad).




Kepada teman-teman yang telah datang menziarah dengan hati ikhlas dan mendoakan kesembuhan pada Yong, Yong doakan semoga Allah swt mengurniakan kesihatan dan kebaikan yang berterusan dalam hidup, dunia dan akhirat, insya-allah.
.
.
.

Panjang umur lagi aku rupanya...

30hb September 2011 baru-baru ni,
Yong ditolak masuk ke bilik pembedahan untuk membuka tulang besi Yong untuk dihantar cuci, polish, wax, bagi shiny and new (padahal baru je beli), sebab terkena infection.
Ada dua pembedahan yang dilakukan pada hari tu.
Pembedahan ortopedik dan pembedahan plastik.

Hehehe....oh, bukan nak bedah plastik bagi muka gojes Yong bertambah gojeses,
tapi sebab kulit yang kena infection tu perlu dibuang.
Jadi kulit yang dibuang perlu digantikan.
Dan tempat yang paling sesuai untuk diambil, di belakang bahu Yong.
(sib baik la bahu takda parut jerawat ke, panau ke...kalau tak sungguh la menyedihkan)

Sehari sebelum tu kena anxiety attack.
Padahal surgery sebelum ni ok je pun.
Siap kena buat ECG, ambil darah dari arteri sebab nak tengok kalau Yong diserang heart attack.

Kemudian pembedahan pun bermula...(tak ingat pukul berapa)
Something bad happen.
Menurut kata doktor...ketika pembedahan dilakukan,'
suddenly blood pressure Yong dropped ke 50/30.
Heart beat jadi lemah, muka mula sembab, kelopak mata bengkak.
Macam2 cara doktor buat untuk memastikan Yong terus bernafas and survive the operation.
Masa tu Yong tak tahu apa2..mimpi pun tidak.
Akhirnya mereka berjaya memulihkan Yong tapi gagal menyempurnakan pembedahan plastik dengan jayanya disebabkan tekanan darah Yong yang rendah.
Yong ditolak keluar dari bilik pembedahan dan dimasukkan ke ICU untuk observation.

Bila Yong sedar (selepas 2 jam pembedahan), kedua2 belah tangan Yong diikat di tepi katil.
Mulut Yong dipasang tracheal intubate, untuk memastikan Yong terus bernafas.
Saat tu lah yang paling menyedihkan sebab Yong nak cakap intubate tu menyakitkan tapi mulut dah dikunci menganga, tangan diikat, komunikasi langsung tak boleh.
Yong merayu dengan nurse guna air mata je tapi nurse tak faham.
Dekat luar bilik Yong dengar suara mak
"Ya Allah...ampunkanlah segala dosa2nya..."

Yong menanti saat untuk extubate.
Lepas sahaja dicabut alat pernafasan tu, Yong minta air.
Tu pun suara tak keluar.
Yong guna bahasa isyarat.
Nasib baik nurse faham.

Diambilnya tiub air sebesar ubat titik Eye-Mo.
Tak boleh banyak takut tersedak agaknya.
Memang buat basah lidah je...bukan basah tekak pun.

Esoknya, walaupun penangan ubat bius masih belum hilang,
Yong ditolak masuk sekali lagi ke bilik pembedahan.
Untuk menyelesaikan pembedahan plastik yang tidak sempurna semalamnya.
Dibius lagi.
Yong tak sedar lagi untuk hari keduanya,

Selepas pembedahan (dari pukul 10 pagi- 2ptg),
Yong ditolak semula masuk ke ICU.
Intubate untuk kali kedua.
Tapi kali ni Yong dah expert,
Yong gigit penahan lidah tu.
Selesa sikit.
Kalau tak...rasa macam nak tercekik.

Doctor extubate Yong sebelum malam.
Dapat minum milo panas pakai straw...minum sikit2.
Takpelah...janji tak lemah sangat.

Malamnya, Yong dipindahkan ke wad biasa bila keadaan Yong dah stabil.
Sebelum tidur, Yong dicucuk dengan morphine untuk menghilangkan rasa sakit.

Apa jadi bila dua kali general anaesthetic dicampur dengan morphine?
Yong nampak Oumpa Loompa, Charlie and The Chocolate Factory, iklan cat dinding,
hasil seni abstrak, monster, alien dan sebagainya.
Puas mata merenung dinding nak pastikan Yang yong masih di bumi.
Tapi kadar imaginasi tak terkawal tu menghilangkan dinding,
menjelmakan khayalan yang memang super merepek.
Funny but weird.
Lalok tahap barang baik punya...haha!

Esoknya doktor nak cucuk morphine lagi.
Yong kata 'no thanks!'
Tak nak dah melayan hantu bulu warna warni sebelah katil yang asyik transformed jadi belon kemudian meletop.
Tak kuasa nyah!



Angiogram di Pusat Perubatan University Malaya, Kuala Lumpur

(while I'm writing this, I'm having noodle in cup..slrupppp, ada sapa2 terliur?)

Masih bersiaran dari PPUM Kuala Lumpur.
Hari ni Yong menempuh pengalaman menjalani prosedur angiogram.
Sehari sebelum prosedur, Dr. Raymond (very young and nice nerdy person) kata
"you are an educated lady. Why don't you google about this procedure to now more about it".
Well doctor,...you just gave me a bad idea.

Malam tu Yong google artikel about Angiogram.
Tak berapa nak nampak la idea sebenar.
So Yong buka Youtube.
Hamik ko nah!
Mengeletar dah seluruh inci badan Yong yang berlapikkan uniform pesakit PPUM.



Tak berani tok sah le tengok.

Lepas tengok beberapa video dan baca artikel2 dari internet,
semakin naik Blood Pressure.

Pukul 2 petang tadi Yong ditolak ke Unit Radiologi.
Brother yang tolak katil Yong sembang2 bodoh bagi Yong relaks.
Tapi sampai je depan doktor, Yong dah nak terpengsan2.
Dia keep telling Yong yang tak sakit pun prosedur ni.
Tapi kepala Yong dah terbayang2 video tu.
Mak ayuhai....tebuk kat celah peha...apa tak seramnya?
Nak beranak 3 pun tak setakut ni weh!

Masuk dalam bilik angiogram...nampak pulak bergantung2 catheter panjang2.
Dah sudah.....

Nampak doktor tolak troli surgery...hati mula sebak.
Doktor sapu antiseptik kat tempat target.
Mengalir air mata.
Doktor tutup badan dengan kain surgery....mula bunyi sedu2..
Doktor cucuk tempat target dengan bius...bunyi nangis dah sikit2.
Doktor masukkan catheter.....terus melalak!





Haihhh....trauma betul.
Yong: "Doktor...huhuhu (nangis), bila....huhuhu (nangis), nak....huhuhu (nangis lagi), habis ni.....(nangis)"
Doktor: "Lama lagi...sebab saya tak dapat imej yang saya nak."
Yong: "waaaaAAAAAA!!!" Serius Yong nangis...haihhh...

Sakit tu rasanya idak le sakit sangat kalau nak compare dengan beranak.
Tapi sebab traumatize dengan video tu...terbawak sampai time prosedur.
Tu le yang overreacted sikit.

Lepas habis prosedur, air mata mengalir2 macam paip juga.
Sebab kena tekan2 kat kawasan target tu untuk hentikan pendarahan.
Then dibawa semula ke wad.
Dinasihatkan tidak bergerak langsung selama 6 jam.

Sekarang sudah lebih dari 6 jam dan Yong mula menaip.
Tapi sengal ku punya 'ehem' sebab segala mak neka catheter la, contrast la, buat lintas lalu kat situ tadi,
rasa mcm period pain dah ni.

*hishhh.,...popo depan katil ni dah mula ngigau dia dah! "Ah Meng arrr"..."Ah Tong arrr"...."Ah Siew arrr". Semua nama lapan anak habis dijeritnya sampai pagi. Sapa pun tak boleh tidur. Damn!*
.
.
.

Allah swt menjadikan penyakit dan penawar itu berpasangan

Awal bulan September, Yong ke Singapore.
Yong bersyukur dapat melancong dengan Yop.
Rezeki itu datang dari Allah swt.
Yong pun terfikir masa naik bas dari Sentosa ke Harbourfront.
"Ya Allah, murah sungguh rezekiku, banyak sungguh nikmatku. Tapi aku tahu datangnya nikmat, akan datangnya ujian. Permudahkanlah ujianku nanti."

Tidak lama selepas Yong berdoa, ujian pun tiba.
Esok harinya Yong dapat ujian.
Yong mula sakit kaki sebab terlampau banyak berjalan.
Sakit sehingga nak turun katil pun tak boleh.
Muntah2, demam2, sakit2 seluruh badan.
Mengesot ke bilik air. Ditolak dengan kerusi roda selama berminggu2.

Sekarang Yong di hospital.
Doktor kata Yong kena tinggal di hospital selama 2 bulan.
Jangkitan kuman pada kaki Yong.
Menangis2 Yong mendengar prosedur yang bakal dilakukan ke atas Yong nanti.
Ujian demi ujian, menggantikan nikmat demi nikmat.
Allah tu Maha Adil.
Alhamdulillah..Yong bersyukur.

Dua hari lepas, sebelum tidur, Yong buka website Darussyifa.
Yong baca cerpen pendek, pengalaman ustaz yang mengubati pesakit.
Menurut ustaz tersebut, Allah jadikan penyakit dan penawar itu berdekatan.
Cuma kita perlu tahu apakah penawar itu.

Readers boleh baca cerpen ustaz Darussyifa dari link ini.

Kisah satu
Kisah dua
Kisah tiga
Kisah empat

Sekarang Yong nak cerita pengalaman Yong selepas membaca cerpen2 tersebut.
Sebelum Yong tidur, Yong pasang doa syifa yang dibaca ustaz berkali2 sehingga Yong mengantuk.
Yong pun baca sekali.

Yong berdoa supaya Allah tunjukkan yang mana satu penawar untuk penyakit Yong.
Moga penyakit Yong pulih sepenuhnya, insya-allah.

Untuk pengetahuan readers,
Yong sekarang ni terkena jangkitan kuman pada kaki, dimana sebelum jangkitan berlaku,
ada luka yang masih belum sembuh sepenuhnya.
Jadi bila Yong berendam dalam bathtub di hotel tanpa menutup kawasan luka dengan pembalut luka kalis air, kuman masuk ke dalam luka tersebut dan menyebabkan jangkitan. Kaki mula bengkak. Merah dan panas.

Malam tadi, ketika hampir2 terlelap, Allah menggerakkan hati Yong.
Mengingatkan Yong tentang bunga kuning yang anak Yong selalu main setiap hari sebelum naik kereta untuk kemana-mana.
Yong selalu tanya anak Yong, kenapa suka main bunga tu.
Tak pernah dia jawab.
Malah, sebelum Yong ke hospital, dia letakkan bunga kuning tu di tepi telinga Yong,
nak bagi cantik kononnya.



Yong tak tahu itu bunga apa.
Tak pernah pun hajat di hati nak tahu jenis apa.
Yong tengok bunga tu hanya sebagai hiasan yang diletakkan di kawasan parking untuk mengindahkannya.

Yong suruh mak Yong tolong petik bunga tu dan bawa ke Darussyifa,
kalau2 ustaz tu boleh tolong ruqyahkan.
Tapi ada caranya memetik penawar untuk dibuat ubat.


PETUA PENTING PERSEDIAAN BAHAN UBAT

1. Memberi salam kepada nabi Ilyas sebelum mengambil sesuatu tanaman (pokok, daun, bunga dan sebagainya) untuk buat ubat, caranya; " Assalammu'alaikum wahai nabi Ilyas, saya hendak mengambil pokok ini untuk merawat penyakit …….(sebut nama penyakit) yang di hidapi oleh …..(sebut nama pesakit)"
2. Baca Surah Al-Fatihah sebelum memetik atau memotong pokok tersebut
3. Jangan tindih bayang. Pastikan pokok tersebut tidak terlindung bayang badan kita ketika mengambilnya. (Samaada bayang cahaya matahari di waktu siang atau bayang bulan dan lampu suluh di waktu malam).
4. Ambil tumbuhan yang segar – tidak dimakan ulat, tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda.
5. Gunakan Periuk yang dibuat daripada tanah untuk merebus bahan ubat.
6. Bila mengacau bahan ubat, pergerakan pusingan hendaklah mengikut pusingan tawaf ka'abah (anti clock wise).

JENIS-JENIS AIR UNTUK RAWATAN
Bahan asas utama untuk semua jenis rawatan ialah air. Berikut ialah senarai jenis air mengikut turutan yang paling baik;
1. Air Zam-zam (yang paling baik)
2. Air jernih biasa yang telah dibacakan Surah Yaasin oleh 40 orang atau lebih.
3. Air dari kolah di Masjid yang digunakan untuk wuduk
4. Air hujan malam Jumaat yang ditadah terus dari langit
5. Air Mineral semulajadi
6. Lain-lain air mutlak yang jernih serta suci


Jadinya Yong pesan mak Yong untuk mengikut cara2 yang betul untuk mengambil bunga tersebut.
Bila mak Yong bawa ke Darussyifa,
Ustaz: "Bunga apa ni makcik?"
Mak: "Entah, anak makcik suruh ambil."
Ustaz: "Takpelah, dah niat pesakit untuk guna bunga ni, dengan izin Allah, jadilah ia sebagai penawar."

Maka ustaz pun meruqyah bunga yang Yong suruh petik untuk dibuat penawar.
Bersama dengan air mineral sebotol besar untuk dibuat minum dan sapu di tempat luka.

Bila mak Yong sampai ke hospital, Yong ambil bekas bunga tu dan cuba meneliti jenis bunga yang mak petik.
Yong tak kenal bunga ni. Tak pernah ambil tahu apa namanya, atau kegunaannya.
Yong browse melalui internet mengikut rupa bunga dan daunnya.
Allah Maha Besar, Allah Maha Kaya.

Ini yang Yong dapat setelah meneliti betul2 mengikut struktur daun dan bunganya.

It's Bellis Perrinis atau lebih kita kenali dengan nama Daisy.
Cuma bukan dari jenis Daisy yang dijual di kedai bunga.
Ini adalah jenis yang melata untuk hiasan tutup bumi.
Bunganya kecil.



Apa gunanya Bellis Perrinis?
Diketahui sejak zaman perang Rome lagi, bunga ini digunakan untuk mengubat luka selepas perang.
Mengurangkan kesakitan luka, mengecutkan bengkak dan mmperbaiki tisu dalaman.

"It acts upon the muscular fibers of the blood-vessels. Much muscular soreness.
Lameness, as if sprained. Venous congestion, due to mechanical causes.
First remedy in injuries to the deeper tissues, after major surgical work.

Bellis perennis treatment for Skin ailments:
Boils. Ecchymosis, swelling, very sensitive to touch.
Venous congestion due to mechanical causes. Varicose veins with bruised sore feeling.
Exudations and swellings. "



Sesungguhnya Allah jadikan penyakit dan penawar itu berpasangan.
Ternyata sakit yang Yong alami sekarang ni, penawarnya sangat dekat dengan Yong.
Moga Allah swt kembali memulihkan Yong seperti sediakala.
Kesihatan itu adalah nikmat.
Kesakitan itu adalah ujian.
Ia juga datang berpasangan


Wallahualam....

Hari Raya di Utara

Sejak dua menjak ni Yong rasa macam Allah swt bagi rezeki melimpah ruah pada Yong,
sampai Yong takut.
Bukan apa, nikmat yang datang tu biasanya neutral.
Ada nikmat, ada kesulitannya juga.

Mula2, seminggu sebelum raya Yop bagitau, dia tak dapat beraya dengan kitaorang.
Terpaksa hadiri kursus di Singapore. Kursus tamat pun raya ke -3.
Yong tak la syahdu sangat. Yong dah alah bisa tegal biasa.
So sehari sebelum raya Yong pun keluar pepagi buta,
cari hair saloon, al-konon nak buat perming gaya urmmm...entah, gaya sesapa la.

Punya la ramai orang nak buat rambut raya, rasa nak batal hajat je.
Tapi sebab Yong datang 'special handling' (bertongkat), maka Yong dilayan serta merta..yezzaa!!
(ni satu nikmat, alhamdulillah)

Decide punya decide, nak buat permanent ke temporary perming.
Last2, Yong kata kat hairstylist,
"just make it temporary. I just want to see how it looks on me"

Wash, blow and permed.
Tadaaa...dah macam crop circle atas kepala Yong.
(maaf takde gambar sebab culture shock..)
Yong pun balik rumah dengan harapan biarlah rambut ni molek esok pagi
(diingat semula, esok hari raya!)

Sampai rumah, Yong pun sembang jap kat ruang tamu dengan mak.
Sekali tengah dok ralit sembang, Yong dengar suara parau dalam bilik.
Uisshh....jantan mana pulak dalam rumah ni?

Wahahahaha!!! Yop balik!! Suprise-suprise!
Punyala rasa excited terlebih.
Jom kita nyanyi lagu raya DJ Dave bagi menyambut kepulangan Yop..hoho!




Maka, lengkaplah hari raya tahun ini kami 5 beranak.
Cuma ada beberapa perkara tradisi hari raya yang Yop refused nak buat and that what makes it a bit less ... happy. I wish we could have that kind of raya again,the true spirit of raya.
Kesian anak2 Yong yang kecil2 ni tak merasa indahnya raya seperti yang sepatutnya.

ಥ_ಥ

Photobucket

Well, this picture says it all.
Wafi = Sleepy
Yong = Overly Excited
Danish = Budak yang hari2 kira berapa hari nak raya, tak sabar nak beraya!
Yop = Kalau boleh tak nak bergambar sekeluarga di pagi raya.
Sophea = Merajuk tak tentu pasal.

Selamat Hari Raya buat teman2 Yong.
Semoga Hari Raya anda penuh dengan keceriaan dan kebahagiaan.
.
.
.

Kenangan Mungusik Kelbu...part 2

Sejak malam itu, di Restoran Razak,
Yong menjadi kamcheng dengan Juntai dan pendiam.
Tapi Yong lebih rapat dengan Juntai sebab dia peramah, mudah borak.
Pendiam jarang2 nak keluar topik.
Nak kata kerek, mungkin tidak.
Cuma dia pendiam.

Yong ingat Yong pernah tanya Juntai,
"wei 'pendiam' tu tak suka aku ke? Apsal dia tak bercakap sangat dengan aku?"

Yong lupa apa jawapan Juntai.

Anyway, si pendiam ni dah habis belajar. Tengah kerja.
Yong tak tahu dia kerja apa, dan tak berminat pun nak tahu.
Yang Yong minat, dapat keluar makan, ada orang belanja.
(dari muda sampai sekarang...ku fikir maaaakan aja!)

Alkisah, tersebutlah satu kisah seribu satu malammmm....
Adalah satu malam, yang amat memalukan Yong, giler babi punya!
Yong teringin nak makan ciken cop.
Duit takde nak makan. Dah la tu, menatang alah tu sepinggan dekat RM12.
Mana ke datang duit?
Makan kat kolej yang RM3 pun rasa nak nangis.
Itupun, kalau nak makan sedap, kawan Yong ajar.
"ko amik lauk best2 dulu, letak kat bawah sekali, pastu ko tutup dengan nasi byk2..then baru ko letak lauk yg murah2. Ha...baru dapat makan best!"

Tapi sebab Yong jujur, Yong tak pernah buat.
Walaupun tak buat, sakit juga hati bila makcik cafe tu goncang2 bekas polisterin.
Dia ingat Yong sembunyi lauk. Huh!

Yong teringin nak makan ciken cop.
Pendiam yang sedang bergaji tetap ni buat offer.
"Kau nak makan ciken cop, aku belanja. Dengan satu syarat.
Kau kena nyanyi!"

Ha???
Nyanyi??
Macam gampang punya syarat
Lahanat punya mamat!
Tapi... sebab punya la kebulur tambah kempunan, Yong setuju.
Dalam hati..."pendiam ni memang kuangajo!"

Yong pun dengan terketar2 pulun la pikir,
lagu pe la Yong nak lalak dalam keter ni,
Pikir punya pikir, Yong pun pasang mood.
Memang rasa macam gampang tapi kulalakkan jugak lagu ni,,,wadahel!



Si pendiam tunaikan janji.
Sudahla Yong nyanyi lagu ni macam nak menangis,
kalau tak belanja jugak ciken cop malam tu...
memang kena makan pelempang anak dara le si pendiam ni.

Selain dari itu, ada jugak kes yang hampir serupa di Restoren Razak,
tempat pertemuan pertama kami (ayat drama habis!)

Masa tu Yong keluar dengan diorang la jugak.
Plus geng2 bas sekolah pendiam ni.
Punya la ramai!
Adala dekat 10 orang lelaki.

Pendiam ni rupanya jenis yang bapak pembuli!
Sebabkan hari tu Yong sanggup menyanyi pitching lari semata2 untuk makanan,
dia offer pulak benda lain.

Si pendiam: "Kalau ko boleh ajak Faiz tu keluar tengok wayang dengan kau, 
aku belikan apa je kau nak. Kau nak apa?"


Yong dengan kebodohan melampau ni pun jawab:
"Ok, no problem. Kalau dia kata dia setuju keluar tengok wayang dengan aku, 
aku nak kau belikan aku jacket jeans Levi's".
Masa tu tengah hawt tau jacket tu. Mahal nak mampus! Dekat RM400 regenya.

Si pendiam setuju.
Yong pun dengan penuh inspirasi,...amik lajak,
duduk tepi Faiz ni...tanya dia dengan penuh berhemah.

"Ko keluar tengok wayang dengan aku nak?"
Part soalan ni, Yong cakap kuat2 bagi semua dengar, termasuklah si pendiam.

Tapi Yong jugak bisik2 kat si Faiz lepas tu,
"Ko cakap je ok. Aku bukan nak keluar ngan ko betul2. 
Aku nak 'si pendiam' tunai janji dia je. Please! Please!"


Si Faiz ni punya la terdesak sebab Yong dok mengadap pipi dia,
sampai mamat ni nak makan roti canai pun tak senang,
so terpaksa la dia cakap ok...

Yes! Yes! Yong dah terbayang jacket jeans Levi's depan mata.
Wouhuuu!!

Oppsss....si pendiam ni memang dasar pembuli.
Masa tu gak dia cakap dengan muka kerek
"Ey, dia tak cakap dia nak tengok wayang dengan kau. Dia kata ok je. Ok? Ok? Ok apa?"


Reaksi Yong bila orang tak tepati janji setelah penat lelah Yong taburkan?

HUWAAAAAAAAAAA!!!!!!! (nangis kuat2 hokey!)
Yong berlari ke kereta kancil merah untuk menyorok menangis.
Dalam hati, "macam cilaka! pi mampus la kau pendiam!
Tak hengen aku tengok muka ko lagi. EVER!!"


(sehingga ke hari ni, janji itu tak ditunaikan..sekian!)


Ni la muka si pendiam yang bajet bagus. Buli!


Photobucket

Kenangan Mungusik Kelbu...

Mata tengok CSI,
jari menaip entry,
telinga mendengar rengek Danish nak susu,
otak memproses kenangan lama.

Dah sejak jadi mak ni, macam ada kuasa x-men.
Semua boleh buat sekaligus (exaggerate je ni...haha)

Weh...hari ni terasa sunyi jiwa Yong.
Time2 macam ni le tangkap jiwang..hoho!

Teringat masa Yong masih anak dara dulu..(ayat provokatip)
Masa tu Yong belajar di local universiti di Bangi.
Apakah nama universiti itu?
Penjawab yang tepat dapat dinner ngan Yong dekat nasi beriyani seksyen 15, Bangi.
Ha..cer teka! Cer teka!

Berbalik pada cerita Yong masa belajar ni.
Sangat tak suka join trend tenet2 dekat asrama, dewan makan mahupun dalam library.
Dengan erti kata lain, Yong memang anti jerat percintaan.
Bukan apa, Yong bukan jenis romentik. Tak pernah baca novel Ahadiat Akashah ke,
Judith McNaught ke...
Yong lebih melayan John Grisham..habis semua novel dia Yong khatam.
I like mystery!

Sebab itu Yong tak bley blah tengok couple.
Naik mual perut tengok kawan2 yang tersenget2, tersengih2, ternangis2 melayan bf.
Apa kes asyik bergayut siang malam dengan henset?
Bila nak bercakap ngan bf, masuk bawah selimut la,
bersidai tepi tingkap la, main puntal2 rambut la,
sungguh hebat penangan angau.

Dah la tu, semua perkara nak repot kat bf.
Nak makan repot, nak tido repot, nak gi kuliah repot....
nak picit jerawat pun nak repot.
Lemau betul!
Kat mak sendiri, takde lak nak repot camtu.

"Bi (singkatan pada Baby atau Babi, Yong tak pasti), I rindu kat bi.
Malam ni kita keluar kat seksyen 1 nak? 

Teringin la nak makan nasi padprik macam hari tu...pliiiiiizzzzzzz"

"Bi (mungkin juga singkatan pada Kelubi), I nak pergi mandi ni.
Tapi I nak basuh kain dulu. Nanti lepas I sidai kain, I call you balik ye. Rindu la bi...."


"Bi (nak kata singkatan pada Hubby, kan ke belum kawin?)
I nampak you dengan pompuan lain tadi. Siapa dia tu? 
Kenapa you buat I macam ni
I setia dengan you sorang je tau...wuwuwuw..." (dah nangis, boriiiing....)


Sebab kelemauan melampau tu lah yang menyebabkan Yong pasang niat.
Tak nak kapel geli2 macam ni.
Ada terdetik dalam hati,

"Tak hingin aku nak kawin. Biar aku duduk sorang bela kucing lagi best,
 dari lembik macam kuih seri muka tak jadi, bila bf buat perangai. Sengal!"


Dengan nekad itu le, Yong pergi ke kelas pakai baju kedut2,
jalan kaki tengah rembang pergi kelas sebab nak bagi kulit hitam berkilat, 

badan hangit peluh.
Lantak situ. Kalau mewangi kang ada orang ngorat.

Kalau pakai lipstick kang, ada orang tackle.
Biar buruk. Biar orang tak suka. Janji Yong takde pakwe.



Selain dari memburukkan diri, Yong juga pakai trademark lesbian.
Subang sebelah.
Saja je buat macam tu, so bila lelaki tengok, diorang geli nak approach.
Haha...aman dunia beta!

Di satu malam yang dingin di bilik asrama.
Yong kebulur amat.
Tanya roomate Yong
"ko takde ke kawan2 yang ada kereta?

Ajak la kawan ko keluar. Aku lapar gile ni!"

Rezeki memihak pada Yong.
Kawan roomate Yong datang jemput kitaorang pakai kancil kaler merah.
Makan dekat2 je, Restoran Razak, Jalan Reko.
Kawan roomate Yong nama Juntai.
Yong tak paham kenapa nama dia Juntai.
Orang lain pun terjuntai juga, tak la pulak guna nama mcm tu.
Mungkinkah lokasi juntaian itu di tempat yang aneh?
Mungkin...

Kitaorang keluar berempat.
Yong, roomate Yong, Juntai dan sorang lagi mamat kecik ni.
Mamat ni tak cakap banyak. Meh kita panggil dia sebagai 'pendiam'.
Most of the time, dia diam.
Sebab dia diam Yong jadi interested. Mysterious gitu (Yong suka misteri)

Tetiba si pendiam ni berkata2. Aik..nak warm-up kot.
Pendiam: "Kenapa pakai subang sebelah?"
Yong: "Saja. Kenapa? Tak boleh ke?"
Pendiam: "Tak lah. Takde apa2, tanya je"

Dan pendiam terus diam.
Yong pun terdiam.
Tanpa Yong sangka, Yong dilanda panahan asmara...wahahahaha!!! Kantoi!




.

Episod seram tak jadi di Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas, Penang.

Tahun 1997;

Yong dapat tawaran melanjutkan pengajian peringkat matrikulasi UKM dalam bidang Sains.
Seronok ya amat yaww!! 
Mana taknya, result SPM makan tak cukup, tapi dapat pulak sambung belajar.
Rezeki tu..

Yong mendapat tempat pengajian di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Yong happy sebab Yong dibesarkan di Penang 12 tahun.
Kembali semula ke pulau ni, memang sangat dinanti.
Mak pun happy sebab anak dara sorang dia ni dekat dengan rumah dia. Di Sungai Petani.
Kalau belajar kat Penang, senang nak balik rumah mak bila cuti hari minggu.

Kompleks Tabung Haji ni baru je siap pembinaannya masa Yong mula2 masuk.
Katil baru, cat baru, peralatan baru, kawan baru, semangat baru.
Yang pasti, waktu tu tahu seronok je. Rasa macam dapat kebebasan.

Photobucket

Sepanjang belajar di sini, tak ada gangguan pelik2, maklumlah,
orang cakap tempat baru selalu kena kacau dek penunggu.
Tapi sepanjang Yong melilau dekat koridor bangunan pukul 2-3 pagi untuk pergi buat prep,
tak ada pulak Yong nampak kelibat pelik2 ataupun bunyi-bunyi yang menyeramkan.
Mungkin Yong bukan jenis yang peka kot?

Tapi bila hampir ke penghujung semester, makin banyak cerita2 seram yang Yong dengar.
Ada kawan Yong dari bilik lain, datang singgah guna bilik air di bilik Yong.
Keluar dari bilik air pucat lesi. Katanya dia nampak sesuatu yang menakutkan.
Yong terus bangun dan masuk bilik air.
Humm...tak nampak apa2 pun?
"Sialan elo, kamar mandi ku ngak punya apa2 barang kotor. Elo bilang apa sih?
Gue nggak ngerti...."

Kemudian dengar pulak cerita isteri kepada pengarah kolej kami
pengsan sebab menegur kelibat.
Yong tak pasti cerita ni benar atau tidak. Tapi mengikut cerita,
katanya dia nampak seperti seorang pelajar
merayau2 di ground floor pada waktu yang agak lewat.
Bila ditegur, terus budak yang disangka pelajar itu bertukar rupa.
Heeee....heeeee.....heeeEEEEE...!!!!

Ada juga cerita2 dari pengawal keselamatan bangunan.
Kata mereka, ketika berkawal di kawasan tangga,
mereka terserempak dengan langsuir.
Ada juga pelajar lelaki yang mengaku mereka nampak kelibat langsuir
di antena atas bumbung bangunan. Tak pasti juga cerita ini benar.
Mungkin sekadar untuk menakutkan pelajar perempuan.

Tapi ini episod yang Yong sendiri alami semasa
minggu2 terakhir di Kompleks Tabung Haji ni.
Esoknya dijadualkan peperiksaan Kimia.
Yong nak study lagi tapi Yong tahu tak ada gunanya.
Yong dah terlampau mengantuk.
Yong tinggalkan prep group dan terus ke bilik.
Kalau tak silap, bilik Yong bernombor 510.
Bilik paling hujung, tingkat paling atas, corner lot.

Lampu Yong biarkan terang sebab,
Yong tak nak roomates Yong masuk dan bukak tutup lampu.
Nanti tidur Yong terganggu.
Yong seorang je dalam bilik.
Semua masih sibuk dalam kelas buat last prep.
Yong letak buku kimia Yong atas meja dan terus menghenyak badan ke katil.
Yong nak tidur sangat2.

Baru nak tutup mata, Yong dengar bunyi perabot dialih-alih tempat.
Yong abaikan je.
Mungkin budak bilik sebelah mengalihkan almari atau meja.
Yong cuba tutup mata.
Tiba2 dengar bunyi helaian buku diselak2.

Yong bukak mata yang memang sedia berat sebab mengantuk.
Yong tenung buku kimia yang Yong letak atas meja.
Buku tu terselak macam berirama.
Buku diselak2...mula2 perlahan...flip-....flip-.....flip-....
lepas tu,....flipflipflipflip...
lepas tu perlahan balik, flip-...flip-.....flip-....flip-....
sambung balik dengan selakan laju.....flipflipflipflip.

Macam ada orang yang mengalihkan mukasurat buku tu,
tapi tidak ada sesiapa.
Yong tenung sampai buku itu ditutup semula sepertimana yang Yong tinggalkan tadi.
Dan buku teks itu setebal 2 inci.

Yong mengantuk sangat, jadi Yong tak peduli.
Yong terus sambung niat nak tidur.
Tapi mungkin 'benda' itu tak puas hati.
Dialih2nya almari yang sebesar almari hotel tu.
Kedepan..kebelakang.

Kalau diikutkan, andainya masa tu Yong tak mengantuk,
mungkin Yong dah melompat terjun dari katil dan berlari keluar bilik sebab takut.
Tapi mengantuk Yong lebih dari segalanya.

Yong ingat lagi apa yang Yong kata dalam hati waktu tu.
"Kalau ko nak main buku aku ke, almari ke, kain baju ke...main je lah.
Aku dah ngantuk. Nak tidor.
Jangan kacau aku, jangan buat bunyi, jangan tunjuk rupa sudah. 
Esok aku nak exam."

Zzzzzz.........(dah tak ingat apa dah time ni...lala-land)

Kengkawan MIT, Penang...korang2 takde own experience ke kat sini. 
Seingat aku, 'benda' tu duduk atas peha Kak Sakirah 
masa dia tengah duduk atas sejadah pakai telekung lagi. 
Sharmila kena 'tegur' dari luar tingkap bilik dia di tingkat 5. Korang tak kena?
Photobucket