Angiogram di Pusat Perubatan University Malaya, Kuala Lumpur

(while I'm writing this, I'm having noodle in cup..slrupppp, ada sapa2 terliur?)

Masih bersiaran dari PPUM Kuala Lumpur.
Hari ni Yong menempuh pengalaman menjalani prosedur angiogram.
Sehari sebelum prosedur, Dr. Raymond (very young and nice nerdy person) kata
"you are an educated lady. Why don't you google about this procedure to now more about it".
Well doctor,...you just gave me a bad idea.

Malam tu Yong google artikel about Angiogram.
Tak berapa nak nampak la idea sebenar.
So Yong buka Youtube.
Hamik ko nah!
Mengeletar dah seluruh inci badan Yong yang berlapikkan uniform pesakit PPUM.



Tak berani tok sah le tengok.

Lepas tengok beberapa video dan baca artikel2 dari internet,
semakin naik Blood Pressure.

Pukul 2 petang tadi Yong ditolak ke Unit Radiologi.
Brother yang tolak katil Yong sembang2 bodoh bagi Yong relaks.
Tapi sampai je depan doktor, Yong dah nak terpengsan2.
Dia keep telling Yong yang tak sakit pun prosedur ni.
Tapi kepala Yong dah terbayang2 video tu.
Mak ayuhai....tebuk kat celah peha...apa tak seramnya?
Nak beranak 3 pun tak setakut ni weh!

Masuk dalam bilik angiogram...nampak pulak bergantung2 catheter panjang2.
Dah sudah.....

Nampak doktor tolak troli surgery...hati mula sebak.
Doktor sapu antiseptik kat tempat target.
Mengalir air mata.
Doktor tutup badan dengan kain surgery....mula bunyi sedu2..
Doktor cucuk tempat target dengan bius...bunyi nangis dah sikit2.
Doktor masukkan catheter.....terus melalak!





Haihhh....trauma betul.
Yong: "Doktor...huhuhu (nangis), bila....huhuhu (nangis), nak....huhuhu (nangis lagi), habis ni.....(nangis)"
Doktor: "Lama lagi...sebab saya tak dapat imej yang saya nak."
Yong: "waaaaAAAAAA!!!" Serius Yong nangis...haihhh...

Sakit tu rasanya idak le sakit sangat kalau nak compare dengan beranak.
Tapi sebab traumatize dengan video tu...terbawak sampai time prosedur.
Tu le yang overreacted sikit.

Lepas habis prosedur, air mata mengalir2 macam paip juga.
Sebab kena tekan2 kat kawasan target tu untuk hentikan pendarahan.
Then dibawa semula ke wad.
Dinasihatkan tidak bergerak langsung selama 6 jam.

Sekarang sudah lebih dari 6 jam dan Yong mula menaip.
Tapi sengal ku punya 'ehem' sebab segala mak neka catheter la, contrast la, buat lintas lalu kat situ tadi,
rasa mcm period pain dah ni.

*hishhh.,...popo depan katil ni dah mula ngigau dia dah! "Ah Meng arrr"..."Ah Tong arrr"...."Ah Siew arrr". Semua nama lapan anak habis dijeritnya sampai pagi. Sapa pun tak boleh tidur. Damn!*
.
.
.

Allah swt menjadikan penyakit dan penawar itu berpasangan

Awal bulan September, Yong ke Singapore.
Yong bersyukur dapat melancong dengan Yop.
Rezeki itu datang dari Allah swt.
Yong pun terfikir masa naik bas dari Sentosa ke Harbourfront.
"Ya Allah, murah sungguh rezekiku, banyak sungguh nikmatku. Tapi aku tahu datangnya nikmat, akan datangnya ujian. Permudahkanlah ujianku nanti."

Tidak lama selepas Yong berdoa, ujian pun tiba.
Esok harinya Yong dapat ujian.
Yong mula sakit kaki sebab terlampau banyak berjalan.
Sakit sehingga nak turun katil pun tak boleh.
Muntah2, demam2, sakit2 seluruh badan.
Mengesot ke bilik air. Ditolak dengan kerusi roda selama berminggu2.

Sekarang Yong di hospital.
Doktor kata Yong kena tinggal di hospital selama 2 bulan.
Jangkitan kuman pada kaki Yong.
Menangis2 Yong mendengar prosedur yang bakal dilakukan ke atas Yong nanti.
Ujian demi ujian, menggantikan nikmat demi nikmat.
Allah tu Maha Adil.
Alhamdulillah..Yong bersyukur.

Dua hari lepas, sebelum tidur, Yong buka website Darussyifa.
Yong baca cerpen pendek, pengalaman ustaz yang mengubati pesakit.
Menurut ustaz tersebut, Allah jadikan penyakit dan penawar itu berdekatan.
Cuma kita perlu tahu apakah penawar itu.

Readers boleh baca cerpen ustaz Darussyifa dari link ini.

Kisah satu
Kisah dua
Kisah tiga
Kisah empat

Sekarang Yong nak cerita pengalaman Yong selepas membaca cerpen2 tersebut.
Sebelum Yong tidur, Yong pasang doa syifa yang dibaca ustaz berkali2 sehingga Yong mengantuk.
Yong pun baca sekali.

Yong berdoa supaya Allah tunjukkan yang mana satu penawar untuk penyakit Yong.
Moga penyakit Yong pulih sepenuhnya, insya-allah.

Untuk pengetahuan readers,
Yong sekarang ni terkena jangkitan kuman pada kaki, dimana sebelum jangkitan berlaku,
ada luka yang masih belum sembuh sepenuhnya.
Jadi bila Yong berendam dalam bathtub di hotel tanpa menutup kawasan luka dengan pembalut luka kalis air, kuman masuk ke dalam luka tersebut dan menyebabkan jangkitan. Kaki mula bengkak. Merah dan panas.

Malam tadi, ketika hampir2 terlelap, Allah menggerakkan hati Yong.
Mengingatkan Yong tentang bunga kuning yang anak Yong selalu main setiap hari sebelum naik kereta untuk kemana-mana.
Yong selalu tanya anak Yong, kenapa suka main bunga tu.
Tak pernah dia jawab.
Malah, sebelum Yong ke hospital, dia letakkan bunga kuning tu di tepi telinga Yong,
nak bagi cantik kononnya.



Yong tak tahu itu bunga apa.
Tak pernah pun hajat di hati nak tahu jenis apa.
Yong tengok bunga tu hanya sebagai hiasan yang diletakkan di kawasan parking untuk mengindahkannya.

Yong suruh mak Yong tolong petik bunga tu dan bawa ke Darussyifa,
kalau2 ustaz tu boleh tolong ruqyahkan.
Tapi ada caranya memetik penawar untuk dibuat ubat.


PETUA PENTING PERSEDIAAN BAHAN UBAT

1. Memberi salam kepada nabi Ilyas sebelum mengambil sesuatu tanaman (pokok, daun, bunga dan sebagainya) untuk buat ubat, caranya; " Assalammu'alaikum wahai nabi Ilyas, saya hendak mengambil pokok ini untuk merawat penyakit …….(sebut nama penyakit) yang di hidapi oleh …..(sebut nama pesakit)"
2. Baca Surah Al-Fatihah sebelum memetik atau memotong pokok tersebut
3. Jangan tindih bayang. Pastikan pokok tersebut tidak terlindung bayang badan kita ketika mengambilnya. (Samaada bayang cahaya matahari di waktu siang atau bayang bulan dan lampu suluh di waktu malam).
4. Ambil tumbuhan yang segar – tidak dimakan ulat, tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda.
5. Gunakan Periuk yang dibuat daripada tanah untuk merebus bahan ubat.
6. Bila mengacau bahan ubat, pergerakan pusingan hendaklah mengikut pusingan tawaf ka'abah (anti clock wise).

JENIS-JENIS AIR UNTUK RAWATAN
Bahan asas utama untuk semua jenis rawatan ialah air. Berikut ialah senarai jenis air mengikut turutan yang paling baik;
1. Air Zam-zam (yang paling baik)
2. Air jernih biasa yang telah dibacakan Surah Yaasin oleh 40 orang atau lebih.
3. Air dari kolah di Masjid yang digunakan untuk wuduk
4. Air hujan malam Jumaat yang ditadah terus dari langit
5. Air Mineral semulajadi
6. Lain-lain air mutlak yang jernih serta suci


Jadinya Yong pesan mak Yong untuk mengikut cara2 yang betul untuk mengambil bunga tersebut.
Bila mak Yong bawa ke Darussyifa,
Ustaz: "Bunga apa ni makcik?"
Mak: "Entah, anak makcik suruh ambil."
Ustaz: "Takpelah, dah niat pesakit untuk guna bunga ni, dengan izin Allah, jadilah ia sebagai penawar."

Maka ustaz pun meruqyah bunga yang Yong suruh petik untuk dibuat penawar.
Bersama dengan air mineral sebotol besar untuk dibuat minum dan sapu di tempat luka.

Bila mak Yong sampai ke hospital, Yong ambil bekas bunga tu dan cuba meneliti jenis bunga yang mak petik.
Yong tak kenal bunga ni. Tak pernah ambil tahu apa namanya, atau kegunaannya.
Yong browse melalui internet mengikut rupa bunga dan daunnya.
Allah Maha Besar, Allah Maha Kaya.

Ini yang Yong dapat setelah meneliti betul2 mengikut struktur daun dan bunganya.

It's Bellis Perrinis atau lebih kita kenali dengan nama Daisy.
Cuma bukan dari jenis Daisy yang dijual di kedai bunga.
Ini adalah jenis yang melata untuk hiasan tutup bumi.
Bunganya kecil.



Apa gunanya Bellis Perrinis?
Diketahui sejak zaman perang Rome lagi, bunga ini digunakan untuk mengubat luka selepas perang.
Mengurangkan kesakitan luka, mengecutkan bengkak dan mmperbaiki tisu dalaman.

"It acts upon the muscular fibers of the blood-vessels. Much muscular soreness.
Lameness, as if sprained. Venous congestion, due to mechanical causes.
First remedy in injuries to the deeper tissues, after major surgical work.

Bellis perennis treatment for Skin ailments:
Boils. Ecchymosis, swelling, very sensitive to touch.
Venous congestion due to mechanical causes. Varicose veins with bruised sore feeling.
Exudations and swellings. "



Sesungguhnya Allah jadikan penyakit dan penawar itu berpasangan.
Ternyata sakit yang Yong alami sekarang ni, penawarnya sangat dekat dengan Yong.
Moga Allah swt kembali memulihkan Yong seperti sediakala.
Kesihatan itu adalah nikmat.
Kesakitan itu adalah ujian.
Ia juga datang berpasangan


Wallahualam....

De bella Litchin for slimming?

Recently mak andak Yong sembang tentang kawannya yang bekerja di NST.
Kata mak andak, dulu kawannya bulat tembun,
sampai nak cari seluar slack pun jarang jumpa saiz yang betul2 kena.
Peha tak muatlah, punggung tak muatlah, perut tak boleh kancinglah.
Macam2 masalah bila beli seluar.
Sudahnya, pergi kerja pakai skirt je.

Sepanjang bekerja pun, takde sesiapa yang nak mengorat.
Kawan ramai, tapi teman lelaki tak ada yang sudi.
Umur dah makin meningkat.

Kemudian ada orang introduce kawan mak andak ni DeBella Litchin.

Photobucket


Selepas makan sachet ni secara disiplin selama 3 bulan,
badan yang montel dah jadi sangat langsing.
Gorgeous Melampau!
Kawan mak andak dah boleh pakai seluar jeans,
tucked'in lagi!

Bukan itu sahaja, lesung pipit yang tak pernah nampak di pipi,
dah nampak jelas.
Lelaki mula memandang gadis bertubuh langsing ni dan manis berlesung pipit.
Ramai yang menghulur salam perkenalan.
Malah ada pengarah produksi menawarkannya job sebagai pelakon.

Yong dengarkan aja cerita mak andak.
Maklumlah, Yong tak kenal siapa kawan mak andak tu.
Tapi mak andak yang sekarang ni berat badannya 80kg akan mula makan Litchin ni selepas hari raya.
Dah berbulan mak andak berpuasa, dan berbuka pun hanya makan sayur bayam tanpa nasi, tapi tak juga kurus2.
Kalau Yong buat macam tu, bukan kata kurus,
 mau anoreksia dah jawabnya Yong nanti.
Baru demam dua hari pun pipi dah cengkung..hahaha!

Boleh la tengok testimonial bergambar mereka2 yang dah pun mencuba Litchin ni.
Yong nak try tak boleh la pulak sebab takde lemak pun yang nak dibuang dah..hehe.

Photobucket


Penyanyi Aishah adalah duta produk ni.
Sememangnya dia tembam sangat2 sejak meningkat usia ni.
Tapi menurutnya, lepas menggunakan produk ni, berat badannya makin menyusut.
Yong nak tengok juga kalau2 dia boleh jadi selangsing Maya Karin ke...Fazura ke...


Photobucket

Tapi pada mereka2 yang memang tak ada masa untuk bersenam aktif seperti Yong ni,
(actually masa awak tu banyak, malas je lebihnya kan?..hahaha),
maybe boleh cuba ambil produk ni untuk 10 hari.
Minum satu sachet sebelum breakfast, dan satu sachet sebelum tidur.
Set untuk 10 hari hanya RM290 sahaja! (err...RM290 cam mahal je..huhuhu)
Kalau betul2 berkesan, why not la kan?

Photobucket

Kalau nak produk ni, boleh roger2, calling2 Yong.
Pada mereka yang nak tunggu testimoni mak andak Yong sendiri,
sebulan lepas raya nanti Yong upload gambar dia.
Orang tua tu dah tak sabar nak kurus meringan badan sebelum naik haji hujung tahun ni insya-allah. Ringan badan, senang nak gerak di sana nanti...dak gitu?



Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin









Kenapa masih gemuk sedangkan puas berdiet.

Ramai yang hairan kenapa Yong yang beranak 3 ni masih memakai seluar saiz 26 (kadang-kadang 25), baju bersaiz S, sedangkan ada yang baru beranak seorang dah tambah 3-5 inci saiz pinggang, punggung pun lebih lagi.
Kalau diikutkan lifestyle Yong, yang asyik buat jalan2 cari makan,
macam tak percaya saiz tak naik2.
Kenapa?
Yong pun heran juga..kenapa ya?
Genetik?
Tak mungkin sebab genetik, sebab Yong pernah bulat masa anak dara dulu.
Saiz seluar cecah 28-29. Maybe orang kata tu saiz kecik juga.
Tapi memandangkan Yong pun jenis petite, tinggi 154cm aje, so kalau pakai seluar saiz tu, memang bulat le.

Current weight Yong 44kg.
Masa Yong nak bersalinkan anak2 Yong, berat Yong 52kg.
Tapi masa Yong bulat time anak dara dulu, berat Yong 55kg.
So, time Yong bulat tu, memang montel sungguh.

So, kenapa dah anak 3 tak montel balik?

Yong cari perbezaan dan sebab musabab kenapa Yong chubby dulu tetapi tidak sekarang.

1) Berjaga malam and midnite snack.
Masa Yong bulat dulu, Yong masih belajar di IPTA.
Dah resam budak tengah study, malam le waktu yang paling ideal untuk buat assignment, lepak ngan kawan2 kat mamak pekena teh tarik, atau lari jap kat KL gi cucuk bulan bintang...ngeh~ngeh~ngeh! So bila dah berjaga malam, tentunya Yong makan malam.
Which by right, makan malam memang main factor of weight gain.

Bila malam, supposedly sistem badan kita akan berehat. Replenish and restore.
Sebaiknya kita kena start berpuasa 3 jam sebelum tidur.
Tapi bila dah pekena nasi lemak malam2, sejam lepas tu menguap sakan,
sedap pulak kalau tidur.
Dang!! Maka, resipi penaik badan memang menjadi.

Ini petikan dari artikel yang Yong dapat dari website, menerangkan kenapa late night snack is bad...really bad!


LATE NIGHT SNACKING & EFFECTS ON GROWTH HORMONE

What happens when we fall sleep?
As much as 90% or more of all HGH (human growth hormone) is released in 5 short pulses during deep stage rapid eye movement (REM) sleep. If you miss your scheduled 8 hours of sleep, your secretion of HGH will be less than optimal and the benefits of maximal HGH release will be effected.
According to researcher Dr. Bill Misner Ph.D., "allowing the body to settle into a fasting state 3 hours prior to bedtime totally clears gastric-related digestive activity, allowing the maximum 5-pulsatile human growth hormone (HGH) bolus to be released from the pituitary gland. The mechanism of postprandial diurnal pulsatile growth hormone peak is largely dependent upon lowering blood levels of free fatty acids, blood sugar (including insulin) which in general takes 3 hours before levels reach their respective nadir." 
In his book Natural Hormonal Enhancement, Rob Faigin states,
"studies show that fasting prior to sleep can heighten sleep-related growth hormone output.
Allowing ample time after consuming carbohydrate before retiring to bed will help maximize nighttime growth hormone release." 
Research also shows that HGH released at night has an amazing effect on the mobilization of fats transferred into the energy cycle rather than being stored as fat.
By eating your last meal of the day 3 hours before bedtime, you can help your body release maximal HGH which in turn will help you lose fat and achieve a leaner physique
!


Then, kalau nak dibandingkan selepas kahwin and ada anak ni,
kalau Yong berjaga lewat malam pun, jarang sekali Yong nak usik makanan.
Biasanya Yong makan siap2 kat office pukul 3-4 petang.
Lunch Yong a bit awal sikit lah, dalam pukul 11-12.
Heavy breakfast adalah wajib.
Jadi malam dah tak makan, pukul 9 boleh tidur kalau takda apa2 urusan luar.

Kot kalau Yong lapar sangat malam2,
Yong makan juga la Char Koey Teow ke, nasi lemak ke,


tapi Yong tak akan terus tidur sebab nak menidurkan anak bukan senang weh.
Banyak betul ragamnya.
Dalam dok kalut2 suruh anak tidur ataupun melayan fb..3 jam sudahpun berlalu.

So, bila Yong head to bed, body Yong dah dalam ideal state to sleep.
That is one of the reason I did not put on weight despite makan sampai terjeluak..hahahaha!!


2. Stress/ Tekanan
Masa belajar memang stress. Tapi dah ada anak lagi la stress!
Anak + keje + bill + marriage life + dugaan = Allah saja yang Maha Mengetahui.
Tapi kenapa stress masa belajar buat Yong berisi bab-bab sedangkan lepas kawin selim melim


Masa belajar, kalau stress, Yong akan makan. Tension sikit, cari jajan.
Beli twisties la, kebab la, nasi goreng ikan masin, burger McD, minum teh ais, milo ais, makan aiskrim, makan chicken chop.

The list can go endlessly. 
Tapi lepas kahwin dan dapat anak yang ramai ni, nak makan pun tak sempat habis nyah!
Sesuap dua, anak2 Yong dah jerit nak itu nak ini.
Bila keluar makan, suap mulut anak2 dulu. 3 orang...kekadang 2 je,
kalau wafi yang kecik ni ada di Pahang.
Tapi lepas suap diorang ni, perut Yong pun dah kenyang.
Bukan sebab sambil Yong suap diorang, Yong suap mulut Yong,
tapi sebab selera dah putus berperang dengan perangai diorang yang masa makan pun nak bergaduh.

Jadi, kebanyakan masanya, Yong hanya jamah ala kadar je.

Setakat lapik perut.
Walaupun stress, tapi bila Yong nak start makan and dengar diorang menjerit2 gaduh, nafsu makan Yong terhenti. Kalau Yong sambung juga makan, bertambah stress jadinya and ada yang melayang pinggan mangkuk ni. Haaa....tu le bezanya. Kurangkan makan mengurangkan stress...hehehe. Pelik tetapi benar.

3. Aktiviti harian

Masa belajar dulu, Yong hanya kemas bilik sendiri.
Setakat kemas katil, sapu lantai, jalan kaki pergi kuliah, library, jogging petang2...lebih kurang itu je la aktiviti harian. Tak banyak sangat tenaga yang Yong guna.

Lepas kahwin, Yong kena kemas satu rumah.
Basuh bilik air, masak, basuh pinggan, kain baju, hantar anak pergi sekolah,
pergi kerja, beli groceries, pergi bank, cycling 2 kali sehari, mandikan anak,
segalanya dari bukak biji mata waktu pagi sampai tutup mata waktu dah pagi juga,
kekadang tak tutup pun mata sebab berjaga malam dek anak demam,
badan ni memang dah macam tak rest. Dalam kepala pun tak berhenti2 bekerja.
Dalam dok tidur yang sekejap tu pun, fikir esok nak pegi buat itu, buat ini...
Selagi ada energy dalam badan ni, diguna semaksimum mungkin.


Kesannya, berat badan tak naik2, mata makin lebam...huhuhu...

4. Happy

Sekarang ni Yong dalam happy state.
Walaupun stress tapi happy.

Bila Yong buat exercise (cycling), Yong happy.
Happy sebab Yong ada goal untuk dapat shape yang Yong nak.
Dalam minda Yong,
"when I get that firm legs, tight buttock and flat abs, that would be perfect for me."
Sesetengah orang paksa diri sendiri untuk exercise sampai setiap kali mula nak senaman, peluh belum menitik, dah macam nak menangis.
Kenapa kena frustrated bila letih bersenam?
You should be frustrated because you are failed to push your body to the limit.
Bersenam sikit macam nak pengsan. Rasa sengal situ sini.
Yong lebih frustrated kalau Yong tak dapat bersenam, macam sekarang ni.
Lepas surgery, Yong kena berehat 3 bulan.
Walaupun tak bersenam, tapi Yong buat juga sit-up, jalan2 waktu petang dengan anak2.
You must do something to get something.
Yong happy kalau Yong slim.
What about you ladies out there?

Cuba fikir sejenak, bila kita terjumpa kawan lama,
and suddenly kawan kita kata
"eh, you dah makin slim la. Tak nampak macam dah ada anak.
In fact, badan ko lebih cantik dari zaman anak dara dulu."

Apa rasanya?
Sedih? Nak nangis? Rasa nak lempang kawan tu?
No right?
Malah, senyum meleret lagi ada lah!
Merah pipi, kembang hidung bila dipuji macam tu.
Lagi best kalau dipuji oleh lelaki lain.
Mak aihh..saham ada lagi nampaknya..hahaha!!
Happy kan?
Exactly, itu point Yong sebenarnya.

Tapi kalau kawan kita jumpa kita and cakap..
"wah..ko dah makin sihat sekarang ye. Senang hati ek?"
Kita pun paham ayat berlapik tu. Kita boleh la jawab dengan tenang..
"ha'ah, cukup makan, hati senang."
Tapi dalam hati..."aku tau le aku dah gemuk, suka hati aku le"
Tu dalam hati, tapi dalam hati tu juga...bukan hati senang. Hati manyak sedih.
Sedih sebab dapat perception yang macam tu dari teman sendiri.
Lebih sedih kalau dapat komen macam tu dari lelaki lain.
And kekadang, untuk menenangkan diri sendiri, kita pun kata dalam hati,
"eleh, kurus sangat macam papan lapis bukan cantik pun. Takde aset"
Tapi kalau lalu tepi jalan terpampang gambar model iklan slimming centre,
mata pandang tak berkedip.
Tengok perut yang kempis itu, tengok peha yang panjang dan mulus tu,
hati pun berkata "cantiknya ..."

Photobucket

Nak tipu siapa? Sudah-sudahlah menipu diri sendiri.
Tak guna.
Bukan dapat apa.

4. Pil perancang
No..no...Yong tak pernah ambil pil perancang selepas kahwin.
Sebelum kawin tak yah cakapla, buat pebenda ambil sebelum kahwin, nak rancang apanya
Ni just menyenaraikan faktor yang mungkin membuatkan ramai perempuan bertambah saiz selepas kahwin.
Pil perancang kehamilan ataupun implant, memang membawa risiko kenaikan berat badan. Google sahaja 'contraceptive pill weight gain', banyak testimonial yang boleh dibaca.
Sebab itu Yong mengelak diri dari makan pil ini.

Tapi kalau tak makan nanti keluar sorang budak lagi...
Jangan panik!
Kalau suami tak nak pakai sarung, kita beli je morning after pill kat farmasi.
Sekarang Yong gunakan Postinor.
Makan hanya bila perlu.
Perlu means, you have to know bila waktu subur.
Kalau tak tahu, agak susah sikit la sebab this pill tak boleh makan kerap.
Kalau kita jenis yang period datang tak menentu, terpaksa lah bergantung dengan contraceptive pills.
Sorry la darling, nak buat cemana...tak dapek nak tolong.

5. Diet dengan berpuasa?
Previous entri Yong berkenaan dengan blood type diet.
Sila click link ni kalau nak baca semula entri ni
blood type diet type O ⇜ sila klik di sini
blood type diet type B ⇜ sila klik di sini
blood type diet type A ⇜ sila klik di sini

Maaflah, sampai sekarang Yong tak buat lagi entri untuk blood type AB.
Memanjang terlupa.
Insya-allah Yong akan cuba meluangkan masa menaip entri untuk ini.

Berbalik kepada chapter Diet dengan Berpuasa, ada juga yang bising2.
Puasa dah berbulan2, buka puasa pun makan sayur je.
Ikan bakar, ayam bakar, nasi tak usik pun..tapi berat badan masih sama.
Perut masih tinggi, peha masih montel.
Kenapa orang lain yang tak puasa tu senang je kurusnya?

Kalau ditanya, memang banyak sebabnya.
Tapi one of the reason is maybe, pilihan jenis makanan waktu berbuka/sahur tu tak sesuai dengan jenis darah.
Kenalpasti makanan yang tidak sesuai, dan cuba elakkan.

6. Makanan berkualiti
Apa bezanya RON 95 dengan RON 97?
Mahal tapi berkualiti, betul?
Berkualiti means pembakaran yang lebih optimum dan mengurangkan risiko kerosakan enjin, betul?
Jangan la minta Yong elaborate lebih2. Kita bukan dalam kelas kimia.
Yong cuma nak readers nampak persamaan minyak kereta dengan makanan harian kita.
Minyak kereta menggerakkan kenderaan kita, sama seperti makanan yang kita makan.
Menjana tenaga, menggerakkan kita.

Makanan yang kita makan tu, kalau lebih segar, lebih berkhasiat,
badan kita pun akan menerima sumber tenaga yang terbaik.
Pembakaran makanan pun secara optimum. Semua dibakar untuk tenaga,
tiada yang tersimpan menjadi enapan (lemak degil).
Tapi sekarang ni seperti susah kita nak mengelak dari makan sayuran yangdisembur dengan racun kimia atau
genetically modified foods.
Kalau ada sayur hidroponik pun, mahal bukan main.
Makanan yang sihat juga menyakitkan poket.



Instead of makan fastfood atau makan di kedai yang MSG nya dah berapa sudu ditabur nak kan sedap,
lebih elok kalau masak di rumah.
Tapi bahan masakan pun biarlah yang sihat.

Terus terang, susah nak praktikkan masak di rumah bila kita ni wanita bekerjaya.
Letih balik kerja, nak ke dapur pulak.
Malam dah nak terpengsan2.
Mudahnya beli di luar sahaja.

Tapi kalau beli pun, mungkin boleh minta something yang not too oily, spicy or salty.
Kekadang tu ok la.
Jangan la selalu sangat pekena nasi goreng yang minyak2 tu.
Minum pulak air manis2.
Balik mandi, tidur.
Bilanya nak bakar lemak dari minyak tu?
Bila nak burn calories dari air gula dan nasi tu?


Photobucket

7. Be who you want to be
All in all, semuanya bergantung pada kemahuan diri sendiri.
Ada yang selesa memiliki bentuk badan yang langsing,
yang medium mahupun ada yang gembira dengan kecomelan bila chubby.
Yang penting apa yang kita nak, bukan apa yang orang lain nak.
Kalau kita nak langsing, usahalah.
Tak kan kita nak langsing,
orang lain pulak menitik peluh bersenam untuk kita,  berpuasa untuk kita.
Cuba tonton rancangan The Biggest Loser,
lihat betapa bersungguhnya peserta2 rancangan tu bersenam sampai terpengsan2.
Mula2 memang nampak susah. Nak naik tangga 5 tapak pun kaki dah terpeleot.
Tapi lepas beberapa bulan, bukan nak kata,
naik tangga 50 tapak pun lebih laju dari nak naik lima tapak masa mula2 dulu.
Yong jarang miss tengok The Biggest Loser ni.
Sebab setiap kali tengok, Yong dapat inspirasi, motivasi.
Kemahuan kita yang lebih penting dari segalanya.

Do any of you recognize her?
Kenal tak siapa dia ni?
Macam tak pernah tengok je....

Photobucket

Ok..
Lihat pula gambar di bawah ini.
Kenal tak siapa dia?
Pada yang pernah menonton The Biggest Loser,
kalau tak kenal tak tahulah apa kenanya mata kome tu?
Spero gamaknya.

Photobucket

Dua2 gambar di atas adalah orang yang sama.
Dialah Jillian Michaels,
trainer yang gila garang suka jerit2 marahkan peserta dalam rancangan The Biggest Loser tu.
She was chubby and unattractive but look at her now!
Her abs is to die for....owh!

Kalau nak langsing, tetapkan azam.
Azam kita, nak pakai seluar saiz apa, baju saiz apa.
Lebih elok kalau beli terus seluar jeans yang mahal, yang harganya beratus ringgit,
dan gantung kat bilik.
Alang2 kita dah beli beratus, tak pakai sayang sangat lah kan.

Yong takde lah goal nak pakai seluar saiz apa dah sebab yang Yong pakai ni pun dah kecik saiznya.
Kecik lagi kang, mau kena pakai seluar jeans Kiko...hehe.
Tapi goal Yong sekarang, untuk pakai two-piece bikini and look freaking awesome.
Hell no I'm not gonna wear that in public.
Just pakai depan cermin and puas hati dengan appearance Yong.
I will have that beach body (minus the boobs coz I don't have them..huhu)

And my other goal is,
to look like her when I turn 45.
She's 45 and goodness....mak tak kedip mata tengok yer!

Photobucket

Aishhh...lupa pula nak menambah satu lagi rahsia Yong menjaga kelangsingan badan.
Apple Cider Vinegar dengan Madu.
Bolehlah luangkan masa membaca entri dari link ini untuk keterangan lanjut.
Apple Cider Vinegar sila klik di sini
.
.
.

Kenapa nak diet guna teh pelangsing?

Makin banyak produk pelangsingan kat luar sana.
Kenapa kita kena makan/minum benda2 yang dalam masa yang sama memudaratkan tubuh dalam jangkamasa panjang? Tak sayang nyawa dah ke dek non??


Ada macam2 jenis produk pelangsingan
1) Teh pelangsing merunsing
2) Slimming shake your bon-bon
3) Pil pelangsing arteri
4) Sticker tempek2 kat tempat lemak2
5) Krim, gel geli2 sapu kat tempat banyak selulit
6) Mesin getaran jiwa pemecah lemak


Tapi kali ni kita bercerita tentang Teh Pelangsingan.

Photobucket

Contohnya, macam yang ni. Katanya guna Daun Jati Cina semata.
Yang kita ni pun percaya la..."oh, herbal, natural, selamat..bla~bla~bla"
Pastu ada lak testimoni kata, "kak gayah minum ni, lepas tu turun berat badan 5 kg dalam masa 3 bulan. Macam tak percaya. Lawas pulak tu. Ringan rasa badan."

Kak gayah ku sayang, Yong sarankan Kak Gayah belajar guna internet ye.
Kaji dulu pebenda Daun Jati Cina yang sangat mujarab ni.
Nama saintifiknya Kak Gayah tahu tak?
Meh Yong nak cerita.
Yong bukan herbatologist, bukan scientist, bukan nutritionist jua.
Yong rajin Google je.
So, to save your precious time, Yong elaborate je kat sini.

Daun Jati Cina atau nama lainnya Cassia augustifolia atau juga lebih dikenali dengan nama Senna.
Kak Gayah tahu kat mana nak dapat Senna yang murah dan senang?
Pergi je kat farmasi, mintak Senokot.
.
Photobucket


Kalau minum Senokot/Daun Jati Cina/ Senna ni apa kesannya?


Kegunaan Senna/ Daun Jati Cina
Senna mengandungi hydroxyanthracene glycosides ataupun lebih dikenali sebagai sennosides.
Glycosides merangsang aktiviti usus dan ini menyebabkan kesan lawas. 
Alaa...macam dah mematuk2 nak keluar adik besar tu...


Glycosides menambahkan cairan dalam usus, melembutkan najis. 
Bila cairan/bendalir bertambah, najis seolah2 menjadi lebih banyak dan besar. 
Besar Punya!! (bayangkan iklan maggi yang pegang ikan tongkol tu)


Senna/ Daun Jati Cina ni sebenarnya elok untuk :-
  • Burns
  • Sembelit
  • Demam
  • Kecacingan
  • Psoriasis (scaly, raised skin patches)
  • Skin eruptions
  • Melawaskan pembuangan adik besar
  • Tumors (ni Yong tak tahu)

Kesan dari pengambilan Senna/ Daun Jerat Cina

Hubungi doktor yang terdekat ataupun 
klinik panel percuma Kak Gayah kalau ada terkena simptom2 seperti ni;
  • cirit-birit
  • kejang otot perut atau kesakitan dalam perut
  • ruam
  • Kehilangan berat badan.
Herba ni juga boleh menyebabkan:
  • finger clubbing (rounded swelling of the fingertips and nails) Ni bukan cucuk bintang kat Zouk Club ye cik Amanda
  • fluid and chemical imbalances
  • jaw tightness. Simptom yang membuatkan kak Gayah susah tersenyum. Masam sokmo.

Kesan sampingan yang lain

Combining herbs with certain drugs may alter their action or produce unwanted side effects. 
Don't use senna while taking:
  • heart drugs called calcium channel blockers, such as Calan and Procardia
  • Indocin.
Perkara penting yang Kak Gayah kena ingat semasa mengambil teh pelangsing merunsing ni.
  • Jangan minum teh ni kalau Kak Gayah ada masalah radang usus, buasir ataupun buntut terkeluar (usus)
  • Jangan guna teh ini untuk melawaskan pembuangan adik besar setiap masa.
    Nanti bila tak minum, adik besar bertambah besar kat dalam dan tak nak keluar2.
  • Kalau nak minum juga, kena minum banyak air, makan serat2 seperti sayur-sayuran atau buah-buahan untuk melancarkan proses perkumuhan.
  • Bila rasa sembelit dah lega. Stop minum. Jangan minum teh yang mengandungi senna/daun jati cina lebih dari seminggu.
  • Berhenti bancuh atau minum teh ni kalau Kak Gayah terasa macam perut kejang atau mual2.
  • Kepekatan Senna/Daun Jerat Cina berbeza ketika penyediaannya.
  • Teh ni akan mengubah warna air kencing.

Kajian Menunjukkan..

Senna/ Daun Jerat Cina ni selamat digunakan dalam kuantiti yang minimal, tetapi penggunaan dos yang tinggi atau berterusan akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. 
Pakar kesihatan mencadangkan Senna/ Daun Jerat Cina hanya boleh digunakan ketika perlu dan tidak melebihi jangkamasa yang disarankan (satu minggu).


Antara kesan jangka panjang penggunaan laxative seperti Senna.


Melanosis Coli.

Regular use of herbal stimulant laxatives has been associated with a condition known as melanosis coli, in which the pigmentation of the lining of the colon changes to a dark-brown color. This change in pigmentation may be seen as early as four months following regular use of anthranoid-containing herbs and generally disappears within six month to a year following the cessation of the use of these herbs. Controversy remains as to whether melanosis coli is a harmless condition or a contributor to the development of colorectal cancer.


Colorectal Cancer


The jury is still out as to whether regular use of herbal stimulant laxatives contributes
to an increased risk of colorectal cancer.
Conflicting results have been seen in animal studies and studies on humans remain limited.
Research is also being conducted as to whether or not constipation itself
plays a role in terms of increasing the risk of the development of colon cancer.

Kalau Kak Gayah kata"eh...kak Gayah bukan ambil yang macam ni. Kak Gayah guna yang dalam uncang. Ramai orang minum. Ok jer?"
Kak..nak minum suka ati akak le...saya ni bukan kesah pun.
Bukan saya yang nak tercirit2 kan?
Tapi saya bagi info je. Tu pun cedok internet situ sini.
Tapi..kalau dah kata tak elok tapi kak Gayah nak gamble jugak...do as you please le, kan?

Kalau dalam uncang pulak, kena perhatikan kandungan bahan dalam teh tu.
Biasanya dia akan letak segala nama saintifik bagai untuk
mengaburi mata Kak Gayah yang 150/275 powernya tu.

Kak..nak kurus atau menurunkan berat badan, bukan dengan cara minum teh perangsang cirit.
Makan makanan yang kurang berlemak, senaman sikit masa tengok rancangan Mari Menari tu,
tak pun, amalkan blood type diet. Takde suruh makan makanan yang pelik2.
Makan apa yang sesuai, tinggalkan apa yang mungkin menggemukkan.
Win win situation, kan?


Iklan yang agak menarik dan ironik untuk melariskan jualan teh pelangsing

Photobucket

Memanjang nak ke tandas..sampai tertonggeng punggung gitu. Yawww!! Seksa!
.
.
.