Restaurant : RUMAH MAKAN CIBIUK
Location No. 1-G, Jalan Putra 6, Taman Putra Kajang, Selangor (close to Seksyen 7, Bandar Baru Bangi)
Type of restaurant : Sundanese Cuisine

High Point : Fast service in taking orders, entertain request, most polite, great ambiance, 
Low Point : Almost none! Even the restroom is unbelievably comfortable and clean. 

Rating (out of 5 star)
  • Food quality & presentation :  
  • Service :  
  • Price :  
  • Food choices :  
  • Atmosphere                         :  
  • Restroom Cleanliness           :  
  • Chances we'll go back         :  ★ (Yeahh...!! )



Baru2 ini, berhampiran dengan Seksyen 7, Bandar Baru Bangi,
sebuah restoran berasaskan makanan Sunda telah pun dibuka.
Rumah Makan Cibiuk, 
nama diberi bersempena dengan sebuah nama tempat di Jawa Barat, Indonesia.



Restoran ini menjadi tumpuan di kalangan penduduk setempat semenjak ianya dibuka kerana hidangan makanan Sunda yang kena dengan selera masyarakat kita yang juga gemarkan makanan Indonesia.
Kita kan serumpun..tidak berbeza seleranya.


Sedikit sebanyak pengenalan mengenai Cibiuk untuk bacaan pelanggan yang berkunjung ke restoran ini.



Suasana di dalam restoran yang berhawa dingin.
Pelanggan boleh memilih untuk makan di kerusi makan
atau


\
bersila dengan santai sambil melayan alunan musik nusantara.
Sungguh mengasyikkan.



Sebaik sahaja anda duduk,
buku menu akan diletakkan dengan sopan dihadapan anda.
Anda akan kagum dengan aura 'kesopanan dan kesusilaan' di sini.
Sampai kita nak bercakap dengan staff mereka pun jadi 'ter'sopan sama.
Sebab itu aku bagi 5 bintang untuk service.





Belum sempat pun anda memilih menu, teh o panas akan dihidangkan kepada anda. 
Dan belum sempat pun teh itu habis dihirup, makanan pun tiba. 
Bagus bukan?


Kaunter ulam ulaman dan aneka sambal.
Peria itu tidak pahit kerana dicelur dahulu bagi menghilangkan pahitnya.


Nasi Paket Ayam Bakar Cobek


Sambal Cili Benggala (Bell Pepper Sambal)
Wajib cuba rasa.


Lotek ini lebih kurang seperti Pecal.
Persiapkan air di tepi pinggan.
Agak pedas kalau dimakan begitu sahaja.


Aneka sambal.
Jika anda makan nasi disini, anda boleh mengambil aneka sambal tanpa dicaj berasingan.
Jadi, jika anda penggemar sambal mangga...silalah melayan.
Sambal tomato muda juga sedap!
Hati2, sambalnya PEDASSSS

Sebab pedas lah, makan nasi tak cukup sepinggan..hehe


Hidangan lauk dan sayur sampingan.
Ayam bakar, ikan sepat masin, tempe goreng, tauhu goreng,
jering muda goreng (sedap! seperti rasa buah berangan),
dan ulam timun salad.


Bagi mereka yang memilih untuk mengambil menu lebih dari seorang,
nasi akan dihidangkan dalam belanga besi seperti ini.
Nasi ini bukanlah nasi kosong, tetapi rasanya sedikit seperti nasi minyak.
Sedap dan wangi.



Sate ayam Cibiuk agak menarik kerana dagingnya ringan dan mudah untuk dikunyah.
Mungkin dagingnya diketuk dulu sebelum dicucuk pada lidi.
Kuah sate pula tidak berapa pedas.



Untuk hidangan pencuci mulut, aku cadangkan Mini Pavlova.
Inilah pavlova yang paling sedap yang pernah aku makan. 
Pavlovanya tidak berapa manis berbanding dengan kebiasaannya 
dilapisi dengan krim putar yang lembut dan lemak kemudiannya 
dihiasi dengan potongan buah2 masam2 manis seperti strawberry dan kiwi.

Satu perkataan untuk ini..
Nikmat!

Aku kerap mencadangkan restoran ini kepada teman2 
yang mencari2 tempat makan yang menarik di kawasan Bangi/Kajang. 
Pengalaman menjamu selera disini sesungguhnya berbeza, 
seolah2 anda berada di restoran mewah kerana layanannya. 
Makanannya juga tidak kurang enaknya.

Jika anda penggemar sambal, datanglah ke Cibiuk.


Disclaimer: 

1) Ulasan yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar, pendapat peribadi penulis dan mungkin juga bergantung kepada selera penulis sendiri.

2) Rasa itu adalah subjektif. Penulis tidak, dan tak akan bertanggungjawab jika pengalaman anda berbeza atau tidak seperti yang diharapkan.

3) Pendapat dan komen adalah dialu-alukan. 

4) Kepada pemilik restoran/gerai/kiosk, sekiranya ulasan yang diberikan adalah negatif, sila ambil perkara tersebut sebagai satu ulasan yang prihatin dari pihak penulis. Penulis mengulas dari sudut pandangan sebagai seorang pelanggan.

5) Penulis tidak menerima sebarang bayaran samada dalam bentuk wang atau bukan wang bagi menulis ulasan ini.