Yong tak tahu nak gambarkan perasaan bila diberitahu bahawa salah seorang sahabat Yong
telah dijemput Ilahi semalam. Setelah 18 tahun tidak berjumpa, hanya tahun lepas akhirnya kami berkesempatan bertemu semula.
Sahabat Yong ini seorang yang lemah lembut, sejak dari sekolah lagi.
Periang, comel (walaupun dah jadi ibu).

Mengikut kata teman yang menyampaikan berita sedih ini,
arwah meninggal dunia selepas koma hampir sebulan, selepas melahirkan anak.
Jangkitan kuman dalam darah katanya.
Tapi tidak dapat dipastikan.
Itu tidak penting.
Allah menjemput kita dalam pelbagai cara.

Norli, aku yakin engkau adalah insan yang terpilih dan sangat disayangi Allah swt.
Pergimu sebagai As Syahid, indahnya gelaran itu.
Tak dapat aku bayangkan betapa bahagianya engkau yang kini dinanti di pintu jannah.

Aku doakan engkau bahagia dan tenang di alam barzah.
Juga aku doakan semoga suamimu, anak2mu dan ahli keluargamu tabah mengharungi hidup tanpa engkau disisi mereka.

Norliza Zuhairy...Al Fatihah untukmu.
29 Oktober 1979 - 25 Jun 2012