Aktiviti bersnorkeling, mendaki batuan dan berkayak bersambung lagi.
Lebih banyak hidupan laut yang Yop jumpa ketika bersnorkeling.

Jerung, more jellyfish, kerangan beSAR!!

Kalau anda ada baca entri sebelum ini tentang kemusnahan terumbu karang disebabkan pemanasan global, anda mungkin tidak dapat membayangkan bagaimana dasar laut kita nanti.
Kesannya sudah dapat dilihat di kawasan terumbu karang kita sendiri.



Nampak seperti sisa simen dari construction site, bukan?
Cantikkah dasar laut seperti ini?
Inikah yang kita nak tinggalkan untuk anak cucu kita?

Kita memusnahkan hutan, kita juga memusnahkan laut.
Tidakkah kita manusia yang menghargai sesuatu yang indah?


Hidupan laut di perairan sekitar Pulau Gemia dan Pulau Kapas sememangnya menarik.
Syukur masih ada yang terpelihara.




Yong berharap ibubapa dapat mendidik anak2 mereka menghargai hidupan alam, flora dan fauna.
Ada yang tidak kisah kerana bagi mereka, duit adalah perkara utama dalam hidup.
Tapi menerapkan rasa menghargai alam lebih penting kerana kita bergantung penuh kepada alam untuk sumber makanan dan sebagainya.

Sekarang Yong nak bercerita tentang resort ini pula.
Sedangkan tajuknya Gem Island Resort & Spa, tapi cerita tentang resort tak juga masuk2..hehe.


Ini adalah kawasan kolam renang resort. Kolam ini tidak dijaga dengan elok oleh pihak resort.
Kolam renang utama agak dalam dan kotor. Berumpai dan airnya keruh. Di bawah itu pula pernah suatu ketika dulu dijadikan sebagai kolam renang kanak2, tetapi kini telah digunakan sebagai kolam pemuliharaan anak penyu.

Yong rasa resort perlu menggantikan kolam kanak2 di kawasan lain kerana anak2 Yong tidak dapat berenang di laut disebabkan 'serangan' obor2 yang banyak. Bagi Yong, kekurangan ini membuatkan resort ini tidak ideal untuk keluarga yg membawa anak2 kecil.




Inilah restoran resort. Hidangan makanan untuk buffet begitu mewah. Lauk pauknya banyak, cuma pilihan dessert tidak berapa. Hanya sekali Yong sekeluarga makan di sini, selebihnya makan di dalam bilik sahaja. Yong tak mampu berjalan dan tidak mahu juga naik darah mengawal anak2 yang sememangnya tak tahu duduk diam waktu makan.
Sebaiknya, makan di bilik, lebih tenang.

Kami pesan beberapa jenis makanan dari restoran sepanjang 4 hari kami di sini.
Harganya berpatutan, tidak seperti sesetengah resort yang sengaja mengenakan harga makanan yang agak mahal kerana pelanggan tidak ada pilihan.
Namun begitu, rasa masakan tidak kena dengan selera Yong.
Mungkin tukang masak di sini masak mengikut selera westerners yang tak makan pedas.
Sungguh meloyakan tekak bila makan Udang Masak Lemak Cili Api tanpa Cili Api.
Mee goreng juga tidak dapat Yong habiskan kerana mee nya tidak dicelur dulu. Rasa kapur sangat kuat.

Tidak ada makanan yang membuka selera kecuali semasa buffet.
Jadi Yong sarankan, sekiranya anda merancang untuk menginap di sini, ambillah pakej full board.
Lebih berbaloi. Tetapi tidak berbaloi untuk anak2 kerana harganya yang boleh dikatakan mahal untuk budak yang tak makan sangat. RM35 untuk kanak2 dan RM70 untuk dewasa.

Servis mengemas bilik dilakukan dengan cepat dan rapi. Yong tidak ada apa2 yang nak disentuh berkenaan itu.

Ada satu malam, sedang Yong mengelamun sambil pandang ke siling, tiba2 Yong nampak sepasang mata merenung Yong. Yong berbalas renungan.
Yong cuma takut benda itu melakukan terjun bebas atas katil Yong je.
Nak lari, kaki tengah sakit.
Nak gerakkan Yop, orang tua ni dah tidur mati.
So Yong lawan mata je la dengan cik tikus tu.
Sudahnya Yong yang tidur dulu. Cik Ti dah pergi mana pun tak tau...

Overall, Yong berpuas hati dengan Gem Island Resort & Spa.

Cuma yang Yong rasa tak seronok bila Yong tiba di Jeti Pulau Kapas,
sempat Yong berborak dengan Operation Manager resort tersebut.
Menurutnya, pihak resort lebih tertumpu untuk menarik pelancong dari Eropah (kulit putih tompok2, tinggi melayut, hidung berparuh) daripada pelancong tempatan (pendek, hidung pesek, kulit tan)

Apa ni? Double standard? Ingat local people tak mampu ke? Habis tu yang kitaorang bercuti di resort awak untuk 4 hari 3 malam tak mintak diskaun, tak pakai voucher tu apa bendanya?

Ni yang menyampah bila orang sendiri ditolak tepi, rakyat luar dirajakan. Chisss...