Perancangan awalnya nak makan malam di Restoran Mayang Sari.
Yong pernah makan di situ, dan makanannya sedap2.
Terutama sekali hidangan Ikan Siakap Masak Stim.

Tapi rezeki tak menyebelahi kami, bila kami tiba di situ, restoran pula ditutup.
Dah sudah..Tak tahu nak makan di mana.
Minggu lepas kami dah cuba di Medan Ikan Bakar PD, tak menepati selera.

Yong mengambil keputusan untuk cuba cari tempat lain.
Kemudian kelihatan signage 'Nasreen Seafood'.
Ruang meletak kenderaan pun nampak luas.
So, why not give it a try.
Perut pun dah berlagu ni.



Perkara pertama yang menjadi perhatian Yong sefamili, "banyaknya lalat atas meja!"

Hampir2 saja Yong meninggalkan premis ni.
Tapi sebab muka Yop semacam tak membantah, jadi Yong duduk bagai terpaksa.
Yong minta budak waiter pasangkan kipas.
Halau lalat.

Di restoran ini, kita tak boleh pilih2 ikan.
Tidak seperti kebanyakan restoran makanan laut di PD.
Jadi Yong tak boleh nak beri pendapat tentang tahap kesegaran makanan laut di sini.

Agak menjengkelkan juga bila budak lelaki ni bawa menu, mukanya masam kelat.
Yong tak suka betul sikap sombong macam tu waktu bekerja.
Kalau rasa tak suka kerja ambil pesanan, melayan pelanggan, carilah kerja di tempat lain.
Awak tu muda, macam2 kerja boleh dibuat, dik.

Oleh kerana restoran ni masak masakan ala Thai, jadi nama masakan pun guna nama2 Thai.
Ada banyak yang Yong tak faham.
Jadi Yong bertanya dengan baik
"Dik, yang ni masakkan nya macam mana?"

"Entah. Mana saya tahu. Bukan saya yang masak."


Eiiiiii...sakit betul hati Yong dengan jawapan macam tu.
Habis tu, takkan kau nak harap pelanggan pergi kat dapur tanya tukang masak setiap kali nak order makanan. Hampir2 sahaja Yong bangun dan tinggalkan restoran ni.
Tapi Yop macam cool je.
Maka, Yong pun act cool.

Kami memesan Ikan Siakap Masak Stim, Lala Masam Manis,
Sotong Goreng Tepung dan Sayur Campur Goreng.
Satu2nya perkara yang positif dari restoran ni ialah,
makanan siap kurang dari 10 minit rasanya.
Cepat sungguh.
Macam dah siap masak awal2 je.


Inilah Ikan Siakap Masak Stim. Cara dia masak sangatlah senang diagak. 
Ikan tu dikukus. Kuah stim tu campuran asam limau, cili, halia dan sos cili thai. 
Bagi Yong, tak sedap.
Ini bukan yang Yong harapkan.

Terus terang Yong rasa, ini resipi budak sekolah rendah. 


Another failed dish. Lala masam manis. 
Yong tak suka betul bila makan di restoran seafood yang guna frozen seafood. 
Isi lala dah keras, kejun, tak manis dan liat.

Kuah masam manis tu pun macam cincai je.
No wonder it took less than 10 minutes to cook everything.


Kerabu mangga. Nothing special. 
Sekali lagi, sos cili thai digunakan sebanyak mungkin untuk membuat kerabu ni. 



 Sayur goreng campur.

"Kalau macam ni, baik orang masak sendiri kat rumah, lagi best", Yop mengomel.


Order sotong goreng tepung, yang datang cucur tepung.

Andaikata Yong ke Port Dickson di lain masa, tidak akan Yong datang ke mari lagi.
Sudahlah pekerjanya sombong bukan main, bahan masakannya tidak segar.
Untuk apa yang kami makan ni, harganya RM70++

Sangat tak berbaloi.


Disclaimer: 

1) Ulasan yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar, pendapat peribadi penulis dan mungkin juga bergantung kepada selera penulis sendiri.

2) Rasa itu adalah subjektif. Penulis tidak dan tak akan bertanggungjawab jika pengalaman anda berbeza atau tidak seperti yang diharapkan.

3) Pendapat dan komen adalah dialu-alukan. 

4) Kepada pemilik restoran/gerai/kiosk, sekiranya ulasan yang diberikan adalah negatif, sila ambil perkara tersebut sebagai satu ulasan yang prihatin dari pihak penulis. Penulis mengulas dari sudut pandangan sebagai seorang pelanggan.

5) Penulis tidak menerima sebarang bayaran samada dalam bentuk wang atau bukan wang bagi menulis ulasan ini.