Setibanya Yong sekeluarga di resort ni,
anak2 Yong dah berlari ke kolam anak penyu.
Masing2 seronok nak pegang. Bandar betul bebudak ni.
Penyu pun nak heran
(konon la macam mak ni pernah tengok penyu, kan? Dah umur 32 tahun, ni la first time tengok anak penyu..hehe)




Pulau Gemia ni dijadikan salah satu tempat pemuliharaan penyu. Telur penyu ditanam dalam kawasan penetasan di sebelah villa yang kami sewa. Anak2 penyu yang telah menetas, diletakkan di dalam kolam ini dan dipelihara sehingga mereka cukup besar untuk dilepaskan ke laut.

Yong suka usaha yang dijalankan oleh pihak resort ini sebab penyu juga dikategorikan sebab haiwan yang diancam kepupusan. Takut nanti bila cucu Yong nak tengok penyu, apa yang diorang boleh tengok, hanyalah penyu keras yang diawet, atau tinggal fosil je. Sedih weh.

Setelah merenung anak penyu untuk beberapa ketika, kami dibawa ke villa.
Layanan kakitangan resort ini tidaklah terlampau mengecewakan.
Cuma di wajah mereka tidak ada senyuman.
Masam mencuka atau takde facial reaction.
Macam game Plant versus Zombie.
"I will eat your brainnnn..."

Inilah rupa dalam Premier Villa yang kami sewa untuk 3 malam. Satu malam RM500 (terbakar hangus poket). Ada satu katil king dan satu day bed di tepi dinding balik nun (tak nampak dalam gambar).
Kami minta extra matress untuk anak2, and pihak resort sediakan secara percuma. Bagus!


Dan inilah balkoni yang mengadap laut dan juga Pulau Kapas.


Ini pandangan villa Yong dari luar. Yang tersepit antara dua tu le.


Kalau dah tiba di pulau, tak boleh tunggu di bilik lama2.
Anak2 dah menggeletik nak ke pantai.
Yop pun dah warm up, sit up, abs crunch, ready to hit the water bebeh!


First impression Yong bila tiba di kawasan pantai..."alahai, kecilnya tempat. Takde long beach ke?"
Pasirnya tidak sehalus dan seputih pasir di Pulau Lang Tengah.
Kami cuba meneroka pulau ni, dengan harapan ada kawasan pantai yang lebih luas dan selesa,
tapi memang tidak ada. Pulau ini lebih kepada pulau berbatu.
Ada pasangan yang menginap di situ berpesan kepada kami "Jaga2, tadi pagi ada budak kena sengat dengan jellyfish. Jangan bagi anak2 kamu mandi di air."
La pulak!

Oleh kerana memang tak ada tempat lain untuk mandi selain di kawasan yang terhad ni,
kami pun berkelah la di sini.
Kemudian terdengar Yop membebel.."memang banyak la jellyfish. Budak2 jangan masuk air dalam. Nanti kena sengat."


Jellyfish purple ni tidak menyengat. Tapi bila Yop turun ke laut untuk snorkeling,
inilah jellyfish yang menyengat budak pagi tadi, dan juga telah menyengat badan Pia.


Bukan setakat banyak jellyfish di kawasan pantai Gemia ni, Yop bawa naik macam2 ke darat untuk ditunjukkan kepada anak2. Dah macam lawatan sains sekolah pun ada.


Gamat (arghh...geli seyh!)


Gamat (meremang geli lembik2 ..eww)



Gamat merah (kegelian yg melampau batas dah ni...erkk)

Walaupun kawasan pantai yang terhad, tetapi hidupan laut yang begitu banyak membuatkan Pulau Gemia menjadi menarik.

Yop kemudiannya menyewa kayak dan mengajak Danish & Wafi untuk berkayak di hadapan pulau.
Sewa kayak untuk sejam hanya RM15, dan RM20 untuk alatan snorkeling.


Oleh kerana Yong bosan duduk di pantai dengan Pia, Yong ajak Pia ke restoran untuk menjamah kuih ke, nasi ke, apa yang ada le..sebab lapar (juga bosan, seperti yg telah disebut awal tadi)

Sambil2 tu Yong meninjau manalah hero tiga orang ni. At that moment, Yong panggil diorang dengan nama 'Two boys and a half'. Yang half tu si Yop le. Half boy half man.

Tetiba jantung Yong macam nak pecah. Yong nampak dalam kayak, hanya Danish dan Yop.
"WAFI MANA???" jerit Yong.
Dah sudah, mana pulak Yop ni letak anak comel Yong?
Ni nak mengamuk tinggalkan anak merata.
Menyirap darah nih!


Tanya Yop, dia senyum kambing.
Then Yong tanya Danish "Danish, Wafi mana?"

Danish jawab "Wafi tidur."
Yong: "Tidur kat mana??"

Yop kemudian tunjuk jari dalam kayak. Ha? Tak paham.
Yong tak puas hati lagi. Tanya Danish, mana Wafi.
Danish jawab yang sama, tidur. Arghhh!! Mana anak manja aku???

Then, Yop ambil tangan wafi yang kecik dan terkulai lembik dari dalam kayak, dan wave ke Yong.
Ya Allah....orang berkayak, dia boleh tidur. Korang nampak tak Wafi?
Tak nampak kan?
Dia tidur lena atas peha abah dia dalam kayak tu.

Bila diorang dah naik ke atas, Yong tanya Yop, macam mana boleh si Wafi ni tidur?
Yop kata si Wafi cakap "Abah, Wapi ngantuk, Wapi nak tidur lah."

La hai...anak manja mommy. Tak adventurous langsung ko ye.