Pagi2 lagi Yop dah keluar meneroka sekeliling pulau.
Sebelum matahari naik lagi.

Yong hanya menunggu di bilik sambil mengerang kesakitan.
Semalam banyak sangat memijak pasir pantai, kaki Yong sakit balik.
Manja sangat kaki ni pun...

Ternyata Pulau Gemia ini adalah pulau batuan (rocky island).
Untuk seseorang yang tahu pasal batuan, sedimen, yada yada yada...seperti Yop (geologist le katakan),
batuan tu macam Coach 48 Hours Online Sales.
Habis dibelek, disnap hundreds of photos of the same rocks.
It's just a rock. Haihh...tak paham gue.



Lepas Yop meninjau tempat berbatu ni, Yop kata tempat ni cantik sangat.
Nak ajak Yong, Yong pun dah tercedera. Tak sanggup nak menapak lagi.
Yong suruh bawa anak2 je. Let them have a good quality time with their father.





Kalau nak upload semua gambar yang Yop ambil, blog ni akan jadi Picasa.
Batu, batu dan gambar batu lagi.
Nak buat apa dia tangkap banyak2 gambar batu ntah.
Yong appreciate batu juga. Batu permata aja.

Batu cam gini..eh~

Nasib baik Yong tak ikut, kalau tak budak2 ni tak merasa la memanjat batu. Yong seorang ibu yang over protective. Risau takut anak jatuh.
Lepas mendaki batu2, Yop bawak Pia dan Danish berkayak ke Pulau Kapas.
Tak jauh pun, hanya berkayak 1/2 jam, dah sampai.


Pulau Kapas mungkin mendapat namanya dari butiran pasir yang sungguh halus.


Bila budak2 ni turun je ke pantai, kaki diorang tenggelam.
Macam quick sand.
Dikorek bersungguh2, makin dikorek, makin tenggelam..macam kita pijak kapas.
Yop biarkan saja budak berdua ni main2 di pantai, sementara Yop turun ke laut untuk bersnorkeling. Kalau Yong tahu Yop nak tinggalkan budak2 ni tanpa perhatian, memang puas la kena bebel.


Kalau budak2 ni buat daredevil terjun ke laut cemana?
Kalau ada orang kat pulau culik bebudak ni cemana?
Haihhh....

Did I mentioned earlier that I'm an overprotective mother?

Berbalik kepada aktiviti snorkeling Yop.
Mengikut kata Yop, coral di sini lebih banyak berbanding di Pulau Lang Tengah.





Sea Urchin/ Landak Laut
Nota: Pemakan alga, bergerak perlahan, menjadi makanan memerang laut, belut, triggerfish dan juga manusia. 


Sea Anemone/ Buran Laut
Nota: Walaupun anemone ni berupa seperti tumbuhan, tapi sebenarnya ia adalah haiwan pemakan daging.

Seingat Yong, masa kami sekeluarga ke Pulau Lang Tengah, tidak ada seekor obor2 pun kelihatan.
Anak2 bersnorkeling dan berenang dengan tenang.
Tapi di sini seolah2 seperti habitat obor2. Segala macam jenis.
Mula2 Yong agak kecewa dan bertekad tidak mahu datang lagi ke sini kerana terganggu oleh hidupan ini (padahal kita manusia ni yg sibuk ganggu tempat dia, kan?).
Kemudian ada seorang lelaki (pembawa bot) menerangkan kepada kami kenapa obor2 begitu banyak.
Dan juga kenapa banyak batu karang mati.


Menurut beliau, obor2 akan bergerak mengikut suhu air. Ia lebih mudah dijumpai di kawasan bersuhu sedikit panas dan cetek. Maka kawasan cetek diantara Pulau Gemia dan Pulau Kapas memang menjadi habitat yang sesuai.

Semasa kami bercuti di Pulau Lang Tengah, suhu air agak sejuk kerana musim monsun baru saja berakhir. Bulan 5-6 adalah waktu suhu air agak meningkat.
So we know...

And apabila suhu air meningkat, chances untuk batu karang mati adalah tinggi.
Batu karang di sini mati bukanlah kerana pencemaran semata2 tetapi kerana suhu air yg tidak menentu.
Sekiranya suhu air meningkat, sejenis rumpai laut akan melitupi permukaan batu karang dan ini akan membuatkan batu karang itu mati (they call it coral bleaching).
Pada tahun 1998, 16% daripada terumbu batu karang dunia mati kerana peningkatan suhu air.
Walaupun peningkatan suhu hanya 1-2 degrees Celsius, batu karang akan mati.

Dan dijangkakan pada tahun 2030 nanti, anggaran 50% terumbu batu karang dunia akan musnah.
Oleh sebab itu banyak environmentalist berusaha memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pemanasan global. Dunia laut yang begitu indah akan jadi seperti padang jarak padang terkukur.

We gonna miss our beautiful ocean sooner than we thought.



Untuk ibubapa yang ingin membawa anak bercuti dan sambil itu menambahkan ilmu pengetahuan tentang dasar laut, Pulau Gemia menjanjikan pengalaman dan tempat pembelajaran hidupan laut yang ideal untuk kita dan anak2. Anda boleh memilih untuk menginap Gem Island Resort and Spa, atau banyak chalet/resort di Pulau Kapas. Highly recommended.


An ounce of experience is better than a ton of 
theory





*cerita belum habis lagi. Ada chapter seterusnya. Tunggu....*