Penghujung cuti sekolah.
Nak menghabiskan sisa2 duit yang berlebihan (konon la kan).
Dengan duit yang tak berapa nak ada ni, hati nak bercuti lagi.

Nak pergi jauh, duit lagi jauh.
Paling dekat, Port Dickson.
Try nasib di Grand Lexis. Fully booked.
Try luck di Avillion. Fully booked.
Try chance di Eagle Ranch Resort. "Ye puan, walk in sahaja. Bilik masih banyak."

YES! YES!

So, bergeraklah kami anak beranak ke Port Dickson.
Perjalanan mengambil masa sejam sahaja dari Bangi ke PD.
Macam nak pergi The Curve. Sejam juga.
Campur traffic jam kat LDP Sunway, campur tengok buntut kereta dalam parking lot...tu dah makan 2 jam.
Baik gi Eagle Ranch Resort. Lagi best..eh~

Mencari resort ini bukanlah susah dan bukan juga mudah.
Bukan susah kerana pintu masuknya di tepi jalan utama.
Bukan mudah kerana signboard resort tak berapa nak nampak.
Kekadang boleh terlajak ke depan.
Kena perhati elok2. Selepas kawasan pencawang elektik, bawa kereta slow (jika anda dari arah Teluk Kemang).
Jalan masuk hanya beberapa meter di hadapan.


Yong berbelah bagi nak menginap di bilik jenis yang mana satu.
Ada banyak pilihan. Pada mulanya Yong memilih 'Kampung house' lebih eksklusif dan sedikit mahal (RM270)
Tapi jalan masuk ke kawasan 'kampung house' banyak halangan tangga.
Yong bergerak dengan kerusi roda. Jadi itu tidak menyenangkan.

Yong kata pada Yop, "ambillah Bandwagon. Senang. Kereta boleh parking tepi bilik je."
Kami ambil 2 bilik Bandwagon, bercantum. Satu bilik berharga RM230.



Sebuah bandwagon ada 4 bilik.



This is Sunshine Beauty. Memang seekor kuda yang sangat cantik. Kebetulan masa tu matahari tengah memancar, kuda ni macam glowing.
Banyak kuda2 di stable ni, tapi kuda ni yang paling memukau.
Kuda ni selalu dapat mesej cinta dari perempuan2 yang datang ke sini.
Yong pun tak sure kuda ni jantan ke betina.

Ada yang tulis "Sunshine beauty, I will be coming back for you." "I will buy you someday"..ntah hapa2 lagi.
Seriously, kalau korang tengok kuda ni depan mata..memang macam magnet.
Makin lama kita makin dekat dengan dia.


Here is the pool area. Ada kiddie pool (mak bapak memang suka..senang nak monitor anak), dan juga deep pool. Dekat belakang nyonya baju belang2 tu, jacuzzi pool.

There's a story about jacuzzi pool ni.
*WARNING: Mode mengumpat activated. Ouchh!!*

Gini, resort ni selalu dipilih syarikat2, kolej, universiti, kilang, huge family untuk buat team building, reunion, kursus, wedding dan sebagainya.
So, ramai la yang bermandi manda di sini.
Yang kecik kiut mandi dalam kiddie pool.
Yang besar gabak mandi dalam separuh olimpik pool.
Masa tu Yong tak perasankan lagi ada jacuzzi sebab Yong duduk di sini (tempat Yong snap gambar ni le).
Dari sini memang kedudukan jacuzzi tu agak terlindung.

Ok..dalam pool besar ni, ada la dalam 4 bapak orang yg gendang gendut tali kecapi berkikik gelak sesama mereka sambil mengumpat management. So I supposed they came for company punya event le ni. Kursus maybe.
Mengumpat sudah, mandi kecebum2 macam singa laut pun sudah,
masing2 pun shower nak bilas badan. Mind you, they were topless.
So I could see cleaaaaarrrrly their belly buttons yg terjojol dek perut boyot.
That does not mind me at all.

What suprised me was..bapak2 ni terus berendam bersama-sama 3@4 rakan sekerja perempuan yg memang lama dah berendam dalam jacuzzi tu. Dah la baju masing2 melekat kat tubuh, nampak peha, breast (garis bra) dan lelemak perut, boleh pulak seronok2 gelak tangkap gambar dengan lelaki2 suami orang ni. Pakai saja tudung, tapi adab sopan ke pacific ocean.

Yop tengok pun geleman, Yong yg dari jauh memandang ni pun dah meremang.
Wow..bila suami takde isteri, dan isteri tinggalkan suami di rumah...terus masing2 galak meghelar.
I was very sure that they're all not in legal relationship ie marriage, sebab masing2 galak gelak gatal.
Even kalau betul husband and wife, takde le Yop nak bagi Yong nak berendam satu kolam kecik dengan kengkawan dia. Yong pun tak sanggup tengok Yop berkongsi air rendaman dengan bini orang lain (atau perempuan lain, atau lelaki gay..humm).

Ok..sesi mengumpat ditamatkan di sini.
Sesudah le jadi mak Jemah ni. Ni bukan blog retis.

Kita sambung sesi bercerita tentang keseronokan bercuti di Eagle Ranch Resort.


Danish and Pia memang betul2 had fun di sini. Kiddie poolnya cetek, jadi Yong tak risau sangat.
Kecuali kalau ada Wafi, memang Yong kena tengok dia every second.
Wafi tak ikut, tengah bermanja dengan Aki dia di kampung.


Deep pool memang deep. Saiznya agak besar.
(kat belakang tu, Kampung House)



Why do we love Eagle Ranch Resort? Banyak aktiviti keluarga yang boleh dilakukan di sini.
First thing in the morning, main Paintball!!
Ok..kitaorang tak lah main sorok2 siap pakai vest tu.
Lagipun kang lebam badan anak2,..mak jugak yang susah hati.
So, anak2 boleh main paintball..tapi tembak batu bata.

Mula2 Danish dipakaikan face mask, tapi sebab muka Danish kecik dan mask tu besar sangat, so..bare face ajelah.
He had fun shooting the bricks. Yg budak sebelah pun dah terkelenjit nak menembak juga.


Danish cakap "Mommy, nanti kita datang sini lagi ye! Danish suka menembak."

"Pia pun suka. Tadi Pia tembak, banyak jatuh", dengan bunyi excited penuh lagak.

Fine..fine..nanti kita ajak Mak Ngah.

Suruh Mak Ngah ko belanja..hahaha.
Mari kita 'pau' gaji Mak Ngah yang ribu2 tu..hoho!



Lepas bagi bebudak menembak, mak yang tak sedar diri diusung sana sini dengan kerusi roda, galak nak memanah. 
Yop pun beli la kupon memanah. Lupa dah berapa ringgit untuk berapa arrows.



Brader ni dengan sabarnya mengajar Yong cara2 nak memasukkan arrow pada bow. Kita ni pun khusyuk la mendengar penerangan. Tak sangka pulak ada dua budak kecik kat tepi tu pun pay attention. 


Rasanya Yong guna 15 arrows. 10 melayang ke rumput, 5 lagi lekat kat bull's eye.
Ok la tu, dari langsung tak lekat.
Ntah macam mana, mata Yong jadi kero, Yong ingatkan panah Yong kena tepat pada center of bull's eye.
Siap buat victory dance lagi tu. Kaki kecok pun ada hati nak menari.
Sekali buat inspection, cheh..kena ring merah je pun.

Merah pun ok whaaat...
~ Yong rasa brader tu tak yakin yang Yong boleh memanah. Beria2 dipegang bow tu. Takut yg terpelanting bukannya arrow je..dengan bow sekali terpanah jauh..haha. Muka dia cuak, nampak tak?


Dalam banyak2 gambar yang Yop snap, Yong paling suka yang ini. Tengok la gaya anak teruna ni.
Mulut tu apa pesen ntah. Kaki mengangkang ambil extra feel. Kikiki..tak bley blah betul!


Gaya peserta paralimpik. Mulut herot, mata kenyit. Fokus habis kak kiah ni.


Yong terpaksa masukkan juga gambar ni. 
Nanti Yop merajuk sebab dia puas posing sampai terketar2 tangan pegang arrow tu.


Inilah salah satu aktiviti kesukaan anak dara Yong. Mula2 rancangnya nak naik kuda di tepi pantai.
Nampak la macam high class holiday. Tapi sebab takut bahaya, maklumlah kalau budak kecik jatuh kuda kang, patah riuk teruk, so hanya pusing2 keliling padang sahaja dibenarkan.
Tapi kalau korang rasa macam nak tangkap gambar wedding ala2 fairytale..ada kuda tepi pantai, kat sini  boleh buat. Sure cantik dan unik!

Dari pengalaman stay for one night di sini, Yong boleh simpulkan yang Eagle Ranch Resort memang tempat yang sesuai untuk family. Kalau buat family gathering atau alumni reunion, memang kat sini best. Ada banyak lagi facilities yang tak dapat Yong masukkan di sini sebab masa agak terhad.
Tak sempat nak explore. Mungkin di lain masa.

Harga biliknya berpatutan, kawasan resort yang dijaga bersih (Yong nampak sendiri macam mana staf kena bebel dek manager sebab tak buang ranting pokok..ouhh, I like!), shampoo dan sabun mandi yg wangi (tu pun nak cerita), dan staf yang kids friendly.

Datang kembali? Yes.