Kita teruja untuk melancong ke pulau2 di luar negara atau negara jiran kerana menyangkakan yang negara kita tidak mempunyai pulau2 yang cantik untuk diterokai. Yong hampir membawa anak2 Yong ke negara Temasek (Universal Studio Singapore) dan menghabiskan ribuan ringgit semata2 untuk ke taman tema buatan manusia yang hanya boleh dinikmati dalam masa satu hari.

Nasib baiklah desakan Yop untuk menghabiskan cutinya di pulau Yong turuti. Dengan hanya kurang dari RM4,000, Yong sekeluarga telahpun menikmati percutian 4 hari 3 malam yang tidak dapat dilupakan, kerana inilah pertama kali anak teruna Yong belajar snorkeling. Nampaknya selepas ini, setiap kali cuti sekolah, destinasi kami sekeluarga hanyalah ke pulau2 yang airnya sejernih kaca sebiru langit.

Bermula dengan perancangan untuk memilih pulau yang terbaik.
Mulanya Yong teragak2 untuk memilih samada mahu ke Pulau Redang, Pulau Lang Tengah atau Pulau Perhentian. Ketiga2 pulau ini berdekatan antara satu sama lain. Tapi melalui review salah seorang blogger yang membuat 'Island Hopping', beliau membuat kesimpulan yang pasir pantai di Pulau Lang Tengah adalah yang tercantik diantara ketiga-tiga pulau tersebut.
Maka, Yong pun memilih Pulau Lang Tengah.

Kemudian Yong menggunakan TRIPADVISOR untuk menganalisa hasil ulasan mereka2 yang pernah mengunjungi ketiga2 pulau tersebut. Daripada majoriti yang menulis, Pulau Redang dan Pulau Perhentian bukanlah destinasi yang sesuai untuk keluarga kerana kebanyakkan hotelnya mempunyai bilangan penginap yang ramai dan masalah ketika waktu makan selalu dibangkitkan oleh pengunjung yang tidak puas hati kerana pihak hotel gagal menyediakan makanan yang cukup untuk semua penginap.
Pulau Lang Tengah pula kurang dikunjungi kerana ia adalah pulau yang paling kecil diantara ketiga2 pulau ini dan kurang dipromosikan.

Terdapat beberapa hotel di Pulau Lang Tengah termasuklah D'Coconut Lagoon dan Sari Pacifica Resort and Spa. Pada mulanya Yong memilih untuk menginap di D'Coconut Lagoon, tetapi setelah membaca review di TRIPADVISOR yang agak kurang menyenangkan, Yong beralih ke Sari Pacifica Resort and Spa.
Pilihan yang Yong buat amatlah tepat. Akan Yong panjangkan cerita hotel ini nanti.

Dengan hanya membayar RM3,600 untuk penginapan 2 bilik seafront view bagi 4 hari 3 malam, full board (makan pagi, tengahari dan malam), nilai yang dibayar amatlah berbaloi. Harga itu juga termasuk pengangkutan bot dari jeti Merang ke hotel pergi dan balik bagi 6 orang.

TIPS: 
1) Sebelum memilih tempat penginapan, membaca ulasan dari laman TRIPADVISOR dapat membantu anda  membuat pilihan terbaik.
2) Pastikan anda menempah terus dari pihak hotel dan bukannya ejen kerana sesetengah ejen tidak telus dalam menerangkan keadaan hotel dan pakej yang ditawarkan.
3) Minta pandangan dari pihak hotel jika anda datang dengan ahli keluarga yang memerlukan bantuan kerana masalah kesihatan atau datang bersama anak2 kecil. Sesetengah hotel tidak mempunyai kemudahan mesra kanak2. Semak tentang kedalaman kolam renang kanak2, kids club dan kemudahan katil bayi jika diperlukan.


Bermulalah perjalanan kami sekeluarga dari KLIA ke Lapangan Terbang Kuala Terengganu yang mengambil masa lebih kurang 45 minit menggunakan penerbangan MAS.

Setibanya di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, kami melakukan pit stop di Merang Suria Beach Resort untuk satu malam kerana bimbang terlepas bot ke pulau jika berlakunya kelewatan penerbangan. Better safe than sorry I would say.

Merang Suria Beach Resort tidak secantik yang digambarkan melalui laman webnya.
Resort yang tidak terurus, berbau busuk, tiada makanan di kafeteria pada waktu malam, dan pilihan makanan yang sangat terhad. Kolam renang juga tidak diselenggarakan dan agak kotor. Lebih mengecewakan bila makanan pagi agak sejuk. Nasi goreng sejuk, mee goreng sejuk. Mati selera. Air minuman yang disediakan juga pelik rasanya.
Nasib baiknya ini hanya pit stop, bukan percutian sebenar.

Pagi esoknya, tepat jam 10 kami memulakan perjalanan dari jeti Merang ke Pulau Lang Tengah dengan  menaiki bot laju yang boleh memuatkan maksimum 10 orang. Ombak bergelora membuatkan pemandu bot terpaksa berhenti sementara bagi mengalihkan kedudukan Yong yang mulanya duduk di hadapan. Agak kurang selesa bila kaki yang sakit terhantuk2 pada tempat duduk yg keras. Jika duduk di belakang, kurang sedikit hentakannya. Malu juga asyik terjerit2 menahan gayat dan sakit dalam masa yang sama. Nasib baik pemandu bot memahami situasi Yong yang kurang upaya ni.
Juga dinasihatkan, kepada orang tua dan kanak2, adalah sesuai jika duduk di bahagian paling belakang bot, berhampiran enjin bagi memastikan keselesaan sepanjang 45 minit perjalanan menuju ke pulau.

TIPS:
1) Pastikan anda merancang perjalanan lebih awal bagi mengelak ditinggalkan pesawat, bot, bas dan sebagainya, terutama sekali yang melancong bersama ahli keluarga yang ramai atau anak2 kecil.
Sebaiknya anda tiba 2 jam lebih awal dari waktu yang ditetapkan (penerbangan) atau pit stop di hotel yang berdekatan jika perjalanan anda dijadualkan awal pagi.

2) Bincang dengan penjual tiket untuk mengetahui tempat duduk yang paling sesuai dengan kondisi kesihatan anda.




Walaupun laut bergelora dan beberapa ketika kami menempuh kawasan berhujan, namun bila melihatkan air kiri kanan yang nan membiru, rasa tidak sabar hati untuk mencecah kaki ke air setibanya di pulau.
Alangkah seronoknya rasa hati bila gambaran pulau yang cantik yang sering dibayangi sejak akhir2 ini kini berada di hadapan mata. Pasir yang putih menjadi hamparan, air laut yang jernih berkilau2 bak permata, segala resah di kepala hilang sekelip mata. Subhanallah, cantik sungguh dunia ini rupanya.



Setibanya kami di jeti Sari Pacifica Pulau Lang Tengah, mata tidak berkedip melihat pemandangan yang mengasyikkan. Layout garden berhadapan lobi juga menarik mata Yong. Ternyata, ini adalah satu permulaan percutian yang pastinya tak akan dapat dilupakan. Seolah2 kami bukan berada di Malaysia. Terlalu indah untuk diluahkan dengan kata2.

Sementara menanti pendaftaran masuk ke bilik, kami dijamu dengan penghilang dahaga perasa jagung.
Anak2 sudah mula resah kerana tak sabar nak ke bilik untuk menukar baju mandi. Masing2 resah gelisah seolah2 esok hari terakhir kami di sini. Selipar sudah dibuka, mata asyik pandang ke laut. Kalau kami benarkan, sememangnya anak2 tidak menunggu lama untuk ke pantai.


Dengan hanya RM3,600, inilah yang kami dapat;

1) Dua Seafront Villas seluas 600sqft
2) 2 Queen Bed in each villa
3) Double Jacuzzi
4) 32 inch plasma tv with limited Astro Channel
5) LCD and DVD player
6) Full board (breakfast, lunch and dinner) untuk 6 orang (3 dewasa 3 kanak2)
7) Pengangkutan pergi balik Jeti Merang-Resort-Jeti Merang
8) Penginapan untuk 4 hari 3 malam

Berbaloikah? Memang berbaloi-baloi!


Terdapat banyak kerusi malas di sepanjang pantai berhadapan dengan resort ini. Bertemankan Ipad (nasib malang si cacat tak dapat nak join mandi laut), Yong berehat sambil meng'update' Instagram. Sekarang ni Yong dah tak pakai fb. Malas rasanya, lebih2 lagi sejak fb ni dijadikan medium untuk 'terlebih sosial'.
Let's not go there..kang ada yang terasa, kan..kan..?

Tipulah kalau kata pemandangan ini tidak cantik. Duduk saja sambil melayan perasaan marah pun jadi tak marah. Cuma laukku jadi cukup masin je. (pun intended to someone)


Percutian di pantai tidak akan lengkap tanpa membina istana pasir. Walaupun tak la berseni pun hasil kerja anak2 Yong, tapi Yong seronok bila melihat mereka bebas menyentuh alam semulajadi tanpa halangan.


Air laut yang begitu jernih, tak perlu alat snorkeling untuk melihat hidupan di dasarnya. Jelas kelihatan 2 ekor gamat biru bertompok hitam di dasar laut pulau ini.



Hanya dengan berbekalkan serbuk roti yg boleh didapati dari restoran milik resort, Yong dapat melihat ikan2 yang berwarna warni datang mendekati dan bermain di sekeliling kaki Yong. Jinak sungguh ikan2 ini.

Yop kemudiannya membawa anak2 terjun ke dalam air laut yang sejuk ini untuk menikmati pemandangan yang lebih menarik melalui aktiviti snorkeling. Seronok bila lihat Danish dengan beraninya melakukan snorkeling secara bersendirian tanpa perlu dipimpin.


Masa berkualiti bersama anak2 sangatlah Yong titik beratkan kerana Yong selalu berada di hospital manakala Yop pula bekerja jauh dari keluarga. Dengan aktiviti seperti ini dapat mengeratkan kasih sayang antara anak2 dan kami sebagai ibubapa mereka.

Di bawah ini pula gambar2 yang diambil di dasar laut Pulau Lang Tengah menggunakan kamera digital Sony DSC-TX10 yang memang dikhaskan untuk kegunaan dalam air tidak melebihi 5 meter. Sedikit editing diperlukan jika gambar agak samar kerana kebanyakan gambar diambil pada waktu petang dimana pencahayaan agak kurang. Mungkin jika gambar diambil pada waktu pagi/tengahari, gambar2 ikan dan batu karang akan menjadi lebih jelas dan menarik.

Alkisahnya, kenapa gambar diambil bukan waktu pagi atau tengahari, tetiba camera ni meragam tak boleh charge battery. Silap apa ntah. Dah petang baru boleh guna. Tapi tak mengapa, kita cuba lagi pada lawatan akan datang.


Pulau Lang Tengah dan Sari Pacifica Resort and Spa telah memberikan satu pengalaman baru yang menarik untuk kami sekeluarga. Kini kami merancang untuk bercuti ke pulau ini semula dalam masa terdekat kerana Yop berminat untuk mengambil kursus Professional Association of Diving Instructor (PADI) yang dikendalikan oleh seorang anak tempatan Pulau Redang yang berkhidmat  di resort ini.
Yong nak jugak!! Oh kaki ku sayang, berilah peluang untuk dirimu berscuba duba..

Pulau Lang Tengah...tidak menghampakan.

 Sesekali mak nak jadi camwhore..hoho...