Semalam bff Yong ajak teman cari Wisma Goldhill kat Jalan Raja Chulan.
Kebetulan juga Yong pun nak keluar beli air purifier. So, kira sambil menyelam minum air le ni.
Lepas jumpa bangunan tu, bff Yong ajak pekena nasi kandar di Kudu.
Rupanya tutup la pulak. Asal kitaorang pergi berdua, mesti tutup.
Tak logik sungguh.

Then Yong suggest bff Yong makan nasi kandar yang sedap di PJ.
So, ke Nasi Kandar Zainul la kami berdua.
Bukan susah pun nak cari (kalau dah biasa dengan PJ le).
Cari je bangunan warna kuning biru, kat ground level dah nampak food court.
Dan tak payah tercari2, dari luar food court dah nampak orang beratur nak beli nasi kandar.

Pertama kali Yong pekena nasi kandar ni, masa hospitalised kat PPUM bulan lepas.
One of the hospital attendant belikan sebungkus untuk Yong.
Sedap sungguh. Rempahnya mewah.


Masa Yong sibuk mengambil gambar ni, salah seorang dari pekerja warung Zainul ni tanya Yong
"Kenapa tangkap2 gambar ni?"
Yong jawab le.."saja2, nak letak dalam blog."
Dengan muka masam kelat dia jawab "Tak payahlah letak dalam blog."

Eh..pehai minah ni? Apa kes? Bos besar pun tak kata pepe..dia lah over the diva.
Oh pulezzz...

Tapi takpe, Yong memang muka tak malu (sesuai sangat jadi wartawan), terus-terusan menangkap gambar. Selagi takde bos dia datang sound Yong, selagi tu Yong klik-klik.


Disini, ayam goreng panas ni lah yang jadi best seller. Panas2, garing, secukup rasa.
Ada saiz biasa dan saiz besar, bergantung kepada cara makan kita lah kan.
Ada yang melantak beria, tentulah nak yang besar. Kalau macamYong dan bff yg kecik petit ni, yang saiz biasa dah cukup memadai.


Sesuatu yang kurang disini, tak ada sayur bendi dan tak pernah ada.
Yong tak biasa makan nasi kandar dengan sayur selain bendi. Bendi rebus ke, bendi dalam kuah kari ke. Mesti bendi. Tapi entah kenapa di Zainul Nasi Kandar, tidak pernah dihidangkan. Mungkin pantang resipi keluarganya kot?

Setelah puas snap2 gambar, tiba masa untuk makan. Yong memilih untuk makan nasi dengan daging masak hitam dan sotong XXL. Sayur kobis. (tak makan pun sayur tu, saja buat pelengkap je)


Daging masak hitam tu agak spicy tapi sedap di tekak Yong. Sotong tu dimasak sempurna, tidak liat dan senang dikunyah. Cuma rempah kunyitnya agak berlebihan. Walaubagaimanapun, sepinggan nasi kandar ni berjaya melepaskan kerinduan Yong pada nasi kandar di Penang.


Harga yang perlu dibayar untuk dua pinggan nasi kandar ini ialah RM19.40.
Mungkin Yong akan datang lagi ke sini kalau teringin nak pekena nasi kandar.
Cuma buat masa sekarang, hati ni teringin nak makan tosai la pulak.
Kat manala nak cari tosai sedap ni?


Disclaimer: 

1) Ulasan yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar, pendapat peribadi penulis dan mungkin juga bergantung kepada selera penulis sendiri.

2) Rasa itu adalah subjektif. Penulis tidak dan tak akan bertanggungjawab jika pengalaman anda berbeza atau tidak seperti yang diharapkan.

3) Pendapat dan komen adalah dialu-alukan. 

4) Kepada pemilik restoran/gerai/kiosk, sekiranya ulasan yang diberikan adalah negatif, sila ambil perkara tersebut sebagai satu ulasan yang prihatin dari pihak penulis. Penulis mengulas dari sudut pandangan sebagai seorang pelanggan.

5) Penulis tidak menerima sebarang bayaran samada dalam bentuk wang atau bukan wang bagi menulis ulasan ini.