Oleh kerana banyak entri Yong mengenai makanan,
ada saja kawan2 yang suggest tempat2 makan di situ sini.
Ada yang siap tolong belanjakan. Ada juga yang guna duit poket sendiri.
Apa yang penting, Yong dapat rasa dan kritik sendiri makanan yang dikatakan sedap.

Few days back, Yong dengan mak saja pusing2 Bangi tanpa tujuan.
Kemudian mak kata, "bukan ke kamu nak try makan laksa kat kilang Sony tu?"
Yong angguk, dan disitulah kami sampai tengahari tu.


Yong dengan mak sampai agak awal la juga, sebelum pukul 12.
Pelanggan pun tak ramai. Banyak lagi meja kosong.

Apa lagi, bila niat asal nak makan laksa, laksalah kita untuk lunch.
Yang menariknya tentang layanan di sini, laksa dan mee dah pun disediakan secukupnya dalam pinggan.
Kita hanya datang ambil pinggan tersebut dan ceduklah kuah sendiri dari buyung/periuk.
Nak kuah banyak? Nak kuah sikit? Sila selesakan diri.
Kalau masa makan laksa tu tiba2 kuah dah habis, tapi laksa ada lagi...bangun je dari tempat duduk anda, ambil senduk..curahlah kuah lagi atas pinggan. Self service.


Yong dengan mak makan laksa dengan cendol pulut.
Laksanya...ummm, tidak menepati selera kami yang cerewet ini.
Kuah laksanya cair, rasanya pun kurang kena.
Mak Yong terpaksa bangun minta potongan limau sebab dia rasa semacam kat tekak.
Yong pun tak habiskan kuah.


Tapi Yong suka dengan cendol pulutnya yang meriah dengan sagu merah,
cendol yg banyak dan pulut yang lembut.
Kalau nak tambah gula merah lebih pun takde hal. Tokey tak kisah.


Bukan susah sebenarnya nak mencari lokasi warung Kak Pah ni kalau anda penduduk di kawasan Bangi. Cari sahaja jalan ke Sungai Merab, atau lebih mudah..cari Sony/Denso. Sure jumpa.

Dari tempat duduk Yong, Yong boleh view kilang Sony dengan jelas.


Sebelum balik, Yong suruh mak tapaukan mee rebus dan laksa buat sambung makan petang nanti.
Laksa tu untuk anak2 Yong, mee rebus untuk Yong dan mak.
Anak2 Yong telah dilatih merasa laksa dari pelbagai tempat, so diorang pun pandai memilih yang mana sedap yang mana tidak.
Verdict? Sorang pun dari 3 anak2 Yong tak mahu habiskan laksa ni.
Kata diorang, "tak sedap la mommy".

Yong juga tak rekemen laksa ni sebab tak menepati piawai laksa sedap.
Tapi lain tekak lain selera lah kan?
Cuma Yong rasa mungkin dalam masa terdekat Yong nak singgah tapau cendol pulut.
Itu je yang kena di tekak Yong.


Disclaimer: 

1) Ulasan yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar, pendapat peribadi penulis dan mungkin juga bergantung kepada selera penulis sendiri.

2) Rasa itu adalah subjektif. Penulis tidak dan tak akan bertanggungjawab jika pengalaman anda berbeza atau tidak seperti yang diharapkan.

3) Pendapat dan komen adalah dialu-alukan. 

4) Kepada pemilik restoran/gerai/kiosk, sekiranya ulasan yang diberikan adalah negatif, sila ambil perkara tersebut sebagai satu ulasan yang prihatin dari pihak penulis. Penulis mengulas dari sudut pandangan sebagai seorang pelanggan.

5) Penulis tidak menerima sebarang bayaran samada dalam bentuk wang atau bukan wang bagi menulis ulasan ini.