Assalamualaikum readers,

Yong pasti ramai readers Yong disini memakai tudung atau hijab,
mengikut tuntutan agama yang diwajibkan kepada kita (muslimah)
Alhamdulillah baru2 ni Yong pun menerima seru untuk menutup rambut Yong dari pandangan lelaki ajnabi.
Syukur.


Pakai tudung ni wajib untuk perempuan muslim.
Kalau tak pakai..nanti kat neraka kena bakor.
Kita bakor! Kita bakor!..adehhh...

Sedangkan matahari terik kat luar tu pun tidak le tertahan dek kulit kita yang mulus ni,
apatah lagi kena bakor dengan api neraka. Cer cuba test api kat dapur.
Tak pun api lighter. Tak pun mancis.
Mengeletik gediks kan? Kelasss kau Maria

Bila matahari memanchor2,
kalau yang pakai tudung ni akan terasa le rembesan peluh di kulit kepala.
Pulak tu, peluh tu tak boleh kering macam tu je.
Makin banyak..makin banyak..rasa nak meleleh keluar dari tudung je.
Sahih dah balik nanti bila buka tudung..nyamannya rasa.
Rasa je la nyaman...baunya mungkin tak. Tak koser Yong!

Maka, dengan segeranya kita pun melulu masuk bilik air,
nak mandi dan genyeh2 kulit kepala dengan syampu yang kita beli sebotol dekat RM15.
Tu kira murah la. Ada juga yang sebotol dekat RM100.
Yang harga lebih dari seratus...Siti Nurhaliza je pakai. Kita tak mampu awak... :(
Kita beli yang tulis diskaun 20%  kat Watson.


Bila beli syampu kan, inilah perkara2 yang kita buat mengikut urutan.
1. Tengok botol yang paling menarik. Botol yang tak pernah kita lihat.
Makin cantik warna botol tu, makin cepat kita pegang.

2. Kita baca kegunaan syampu ni. Untuk rambut gugurkah?
Untuk kilatkan rambut kah? Untuk kegunaan harian kah?

3. Kita buka penutup botol syampu, cium bau dia.
Kalau wangi..kita angguk kepala, senyum tanda setuju.

4. Kita tengok harga. Kalau ada diskaun 20%, harga pun bawah RM15,
terus masuk dalam troli, bakul. Kalau mahal..kita letak balik.

Ada tak tengok bahan2 yang digunakan untuk membuat syampu ni. Bertuah!
Kot ditulis.."terdapat DNA babi dalam syampu ni"...ha, lebuh!
Memang sah, sampai syampu tu habis pakai belum tentu korang nampak caption tu kan..hehe.

Syampu bertindak seperti pembersih.
Namun begitu, syampu bukan setakat membersihkan kotoran pada kulit kepala atau helaian rambut kita, malah ia juga menghilangkan lembapan minyak yang penting untuk kesihatan rambut dan kulit kepala.
Perasan tak, semakin lama kita semakin banyak bergantung pada syampu.
Macam2 jenama dicuba. Tapi tak pernah setia. Ada je kurangnya.

Ada juga syampu yang kita guna seperti amat serasi dengan rambut kita.
Rambut menjadi lembut dan terurus.
Tetapi, sedarkah yang kita makin kerap bersyampu kerana rambut seperti cepat berminyak?
Syampu seperti ini mengandungi minyak mineral, yang menjadikan rambut kita lebih bersinar.
Untuk pengetahuan readers, minyak mineral ini dihasilkan dari hasil sampingan minyak mentah (crude oil).
Minyak ini tidak dapat diserap oleh kulit kepala, malah menutupinya.
Semakin banyak minyak ini berkumpul, semakin berminyaklah rambut kita, hari demi hari.

Di sini Yong nak berkongsi petua untuk mengurangkan penggunaan syampu tetapi masih dapat memastikan rambut dan kulit kepala tetap segar walaupun bertudung.

BAKING SODA atau SODA BICARBONAT




Bahan ini selalu digunakan dalam masakan kek atau pastri,
malah bahan ini juga adalah yang terbaik untuk membersihkan rambut dan kulit kepala anda.
Harganya tidak mahal berbanding syampu di pasaran.
Dan yang pastinya ia tidak merosakkan rambut atau kulit kepala akibat pengumpulan bahan kimia sesudah bersyampu.


Kot ada yang nampak perkataan BAKING SODA ni terkejut,
lepas tu fikir
"biar benar Yong ni?"
Ate..benor le ni cik tipah. Kamu ingat aku suka suki ke nak peghosak rambut kamu.

Idok jadi keghojer le aku nak memunah masa depan orang aih.
Aku nak mengelak neraka..bukan tempah ye. Ni nak buat pahala le ni.
Nak bagi orang yang pakai tudung selesa..dan jimat duit..ha, kan?

Gini caranya nak mencuci kepala dengan menggunakan soda bikarbonat (SB).

Bergantung kepada berapa panjang, tebal, banyak, nipisnya rambut korang.
Macam rambut Yong yang paras bahu ni, guna satu sudu besar SB,

dicampur dengan satu jag air suam.

Dalam bilik air, basahkan rambut dan kulit kepala dulu.

Lepas tu, curahkan bancuhan tadi sedikit demi sedikit biar mengenai semua bahagian kulit kepala.
Urut perlahan2 sambil sental kulit kepala seadanya. Jangan over sangat.
Tak payah le guna kuku bagai. 
Bila dah selesai, bilas bersih.
Lepas tu boleh gunakan conditioner untuk melembutkan rambut.
Tapi kalau Yong, memang tak nak guna sebab kalau boleh nak rambut ni free from chemical and mineral oil.

Yang menariknya selepas mencuci rambut dengan Soda Bikarbonat ni,
kulit kepala dan rambut bersih dan bebas minyak atau bau kepuk lebih dari 3 hari tau!
Kalau pakai syampu yang dicampur pewangi tu, lepas syampu memang la semerbak harum.
Tapi lepas kena peluh...umang aih~ awak pun tahu baunya macam mana.
Sebab tu SB ni terbaik, tidak berbau atau meninggalkan bau.
Dan yang teramat best bagi Yong...kurang rambut gugur!
Kalau tak..sekali syampu...bagai daun2 berguguran...bersepah.
Kalau dikira berapa helai yg gugur, nak menangis je rasanya.

Tak percaya, acu, cuba, try, test!
Dengan ucapan, selamat mencuba.

*pada yang tidak bertudung juga boleh mencuba SB sebagai ganti syampu,
cuma kurangkan sukatannya kerana SB mungkin melunturkan sedikit warna rambut apabila rambut terdedah pada matahari. Pada mereka yang baru mewarnakan rambut dan ingin mengekalkan pewarna rambut anda, tidak digalakkan menggunakan SB ini kerana fungsinya membersihkan sisa kotoran kimia pada rambut, termasuk pewarna rambut anda.




*Nota Tambahan: Pada permulaannya, rambut anda mungkin tidak kelihatan seperti yang diharapkan. Mungkin terlalu berminyak, terlalu kusut, kelemumur kering dan sebagainya kerana rambut dan kulit kepala adalah dalam proses penyesuaian. Setelah 2-4 minggu dengan rutin mencuci rambut menggunakan sodium bikarbonat, anda akan dapati rambut menjadi lembut, cantik dan lebat.
Dan pada ketika ini, anda mungkin tidak akan teruja lagi membeli syampu atau menggunakan syampu kerana sayangkan rambut anda yang sihat itu.