21hb September haritu,
Yong dimasukkan ke PPUM kerana prostesis yang baru diimplankan bulan Julai haritu terkena infection. 30hb September, Yong masuk bilik pembedahan.
Kejadian yang lebih details boleh dibaca pada entry sebelumnya.

24hb October,
mak Yong dan mak andak dipanggil Allah swt sebagai tetamuNya ke tanah suci Mekah.


Labbaik, Allahumma labbaik, labbaika laa shariika laka labbaik, innal hamda wanni’mata laka wal mulk, laa shariika lak.


dan bermaksud

aku datang memenuhi panggilan-Mu, Ya Allah! aku datang memenuhi panggilan-Mu..
aku datang memenuhi panggilan-Mu, (Tuhan) yang tidak ada sekutu bagi-Mu, aku datang memenuhi panggilan-Mu
Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan kekuasaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu…


Yong ni bukan boleh teringatkan mak.
Asyik nak teghoyak je kata orang Perak.
Sampai lembab lenjun tudung sejadah tu kengkadang bila panjatkan doa untuk keselamatan mak dan mak andak semedang diorang di sana.



Sebelum mak berangkat ke Mekah,
Yong bagitau mak yang Yong nak mintak keluar dari hospital dulu.
Nak berehat kat rumah.
16hb November nanti ada satu lagi pembedahan.
Idak le lalu Yong nak menunggu bagai pungguk rindukan bulan di wad.

Kalau dikira balik...dari 21hb Sept,
nak menyampaikan ke 16hb November untuk surgery,
pastu berehat lagi di hospital sampai sembuh (makan masa 2 minggu atau lebih),
tak ke lebih dari 2 bulan tu?

Yong sanggup duduk sangap kat rumah
mengadap wallpaper corak batu2 kat rumah Yong
dari tenung langsir hospital warna peach siang malam pagi petang.

Tapi mak tak izin.
Katanya nanti takde sapa nak uruskan Yong.
Bukan tu saja, dia tahu yang Yong tak reti2 duduk diam.
Rajin terlebih, especially part nak buat kerja rumah.
So....bagi mengurangkan tekanan perasaan mak yang nak menunaikan ibadah,
Yong pasrah.
Takpelah mak...biar mak tak naik darah tinggi,
anakmu ini jadi psycho lalak sorang2 kat hospital ni pun takpe.
Sayang mak punya pasal, kan?

Tapi, sesudah je mak selamat berlepas ke Mekah,
Yong mula sengih2 dengan doktor2.
Yong tanya, "Doktor, kalau saya nak balik rehat kat rumah boleh tak?"
Doktor angguk, Yong sengih lebih buruk dari kerang busuk....ngee~~
Ah,,,dah tak kira apa dah!
Terus call Yop mintak datang hangkut segala barang2 Yong.
Wouhuuu!!!!!

Seronok dapat duduk rumah sebab rasa normal.
Dengar 3 orang budak kecik mengekek gelak,
menjerit2 main, merambu2 air mata menangis, terpekik2 mengamuk.
Sungguh harmoni bunyi-bunyian itu...owhhh...
Lebih seronok sebab dapat cakap kuat2, jerit2 marahkan anak2...haha!!
Lepas juga tension Yong..ngee~~



Tapi sepanjang duduk di rumah ni, tiap kali mak call dari Mekah,
Yong buat isyarat jari kat semua orang suruh senyap.
Takut mak tahu Yong balik rumah.
Tapi ada la sekali si kenit Wafi ni terjerit apa ntah,
mak Yong pun tanya..."budak2 ada di situ ke? (di hospital)"
Yong kata "A'ah."
Yong punya la berdoa supaya mak tak tanya bebudak ni ada di mana.
Kalau sebut ada di rumah...memang rosak program!


Dalam banyak2 perkara yang berlaku di rumah,
yang paling best ialah bila Yop turun dapur jadi masterchef..hihi.
Sebelum ni, nak suruh goreng telur pun belum tentu menjadi.
Katanya susah nak bagi telur kuning tu tak pecah.


Tapi kini tidak lagi.
Yong dapat merasa air tangan Yop yang penuh dengan kasih sayang.
Yop masakkan nasi, lauk Kari Kambing (mamak pun tak leh celen), 
Sup Kambing (budak2 kata sedap sangat).
Semalam pulak, Yop masak Terung Masak Tumis Cili Api dan Asam Pedas Ikan Patin.
Sedap oiii...Yong mengadap lagi lauk tu masa breakfast pagi tadi.






Wah...seronok jadi bini Yop...waka waka ey ey!
.
.