Dah rasa macam forever Yong struggle dengan masalah blackhead dan whitehead.
Muka berminyak satu hal, nampak kotor lagi satu hal.
Beribu dah duit dihabiskan untuk beli produk penjagaan muka.
Dari yang murah kepada yang mahal.




Tak cukup dengan produk, almost every month buat useless visit ke beautician.
Picit2, tenyeh2 nak hilangkan kotoran degil, especially kat area hidung.
Malu bila tengok hidung sendiri.
Kasar macam kertas pasir.
Kat pipi pun sama.

Apa yang Yong tak pernah try?
Clean and Clear, Nutox, Neutrogena, Clinique, Elizabeth Arden...
sampai la ke yang paling mahal yang pernah Yong spent,
SKII Facial Treatment Essence.
Ada yang berjaya mengawal pengeluaran blackhead dan whitehead ni.
Tapi bersifat sementara.
Dan tidak lah begitu efektif pun.
Masih lagi memerlukan tenaga jari2 ni nak memicit2 minyak beku kat liang2 roma.
Kalau tak buat, makin banyak la dia duduk berkumpul dalam kulit.
Makin huduh jadinya.

Kemudian, masa Yong di hospital,
Allah temukan Yong dengan seorang teman.
Dia baru sahaja nak mulakan perniagaan sabun buatan sendiri secara kecil kecilan.
Katanya, sabun ni lebih elok dari sabun komersil.
Sebab tiada bahan kimia.
Almost edible. Makan pun tak mati atau keracunan, dalam erti kata lain.
Sebab bahan2 yang digunakan adalah bahan yg boleh dimakan.

Dia kata kulitnya makin elok.
Yong kata, oklah...Yong try dulu.
Kalau ok, Yong beli lagi.
Kalau tak, Yong mencari yang lain lagi.



Jadi dihantar 5 buku sabun ke rumah, pelbagai variasi.
Ada untuk Yong, mak, mak andak, sabun badan dan untuk anak2.
Untuk muka Yong, sabun yang menggunakan arang dikatakan sesuai.
Yong pun cuba.

Yong malas nak telek muka sejak dua menjak ni sebab dah duduk kat hospital.
Mandi pun sehari sekali, tu pun lap2 je.
Jadi muka pun malas nak dimanjakan.
Yong cuma cuci muka dengan sabun arang ni tiap2 pagi.



Agak2 dekat 2 minggu guna, Yong terasa macam rajin nak picit whitehead/blackhead.
Ambil cermin kecil, letak atas meja.
Start proses menenung hidung.

Berdebar jantung Yong bila tengok kulit hidung Yong bersih.
Eh? Bila masa aku picit hidung?
Telek kat pipi.
Pun bersih!
Yong cuba picit2 hidung kot2 la whitehead tu tersembunyi kat dalam.
Eh? Takde?
Ha????

Wahahahaha!!!! For the first time ever kulit Yong free from dirt.
Macam tak percaya.
Sungguh tak percaya!
Dasat..dasat....
Yong telek sampai mata naik juling,
mana tahu kot2 la leh jumpa satu whitehead sesat.
Memang takde!




Terus Yong bukak fb,
update kat wall untuk ucap terima kasih pada kawan Yong
sebab memperkenalkan sabun yang sangat bermutu tinggi ini.
Juga sungguh efektif dalam memastikan kulit sentiasa bersih.
Memang tuan yang jual tu pun tak tahu yang sabun dia boleh buat macam tu.
Dia cuma marketkan sabun dia dengan tagline, all natural.
Sembang lebih2 takda.
Tapi, bila dah guna....baru tau sabun ni superb.

Dah la superb, murah plak tu.
Nyesal aku bazirkan ribu riban kat produk tak ketahuan.
Yang ni, RM30 je..kulit muka dah bersih suci murni.
Terbaek~!
.
.