30hb September 2011 baru-baru ni,
Yong ditolak masuk ke bilik pembedahan untuk membuka tulang besi Yong untuk dihantar cuci, polish, wax, bagi shiny and new (padahal baru je beli), sebab terkena infection.
Ada dua pembedahan yang dilakukan pada hari tu.
Pembedahan ortopedik dan pembedahan plastik.

Hehehe....oh, bukan nak bedah plastik bagi muka gojes Yong bertambah gojeses,
tapi sebab kulit yang kena infection tu perlu dibuang.
Jadi kulit yang dibuang perlu digantikan.
Dan tempat yang paling sesuai untuk diambil, di belakang bahu Yong.
(sib baik la bahu takda parut jerawat ke, panau ke...kalau tak sungguh la menyedihkan)

Sehari sebelum tu kena anxiety attack.
Padahal surgery sebelum ni ok je pun.
Siap kena buat ECG, ambil darah dari arteri sebab nak tengok kalau Yong diserang heart attack.

Kemudian pembedahan pun bermula...(tak ingat pukul berapa)
Something bad happen.
Menurut kata doktor...ketika pembedahan dilakukan,'
suddenly blood pressure Yong dropped ke 50/30.
Heart beat jadi lemah, muka mula sembab, kelopak mata bengkak.
Macam2 cara doktor buat untuk memastikan Yong terus bernafas and survive the operation.
Masa tu Yong tak tahu apa2..mimpi pun tidak.
Akhirnya mereka berjaya memulihkan Yong tapi gagal menyempurnakan pembedahan plastik dengan jayanya disebabkan tekanan darah Yong yang rendah.
Yong ditolak keluar dari bilik pembedahan dan dimasukkan ke ICU untuk observation.

Bila Yong sedar (selepas 2 jam pembedahan), kedua2 belah tangan Yong diikat di tepi katil.
Mulut Yong dipasang tracheal intubate, untuk memastikan Yong terus bernafas.
Saat tu lah yang paling menyedihkan sebab Yong nak cakap intubate tu menyakitkan tapi mulut dah dikunci menganga, tangan diikat, komunikasi langsung tak boleh.
Yong merayu dengan nurse guna air mata je tapi nurse tak faham.
Dekat luar bilik Yong dengar suara mak
"Ya Allah...ampunkanlah segala dosa2nya..."

Yong menanti saat untuk extubate.
Lepas sahaja dicabut alat pernafasan tu, Yong minta air.
Tu pun suara tak keluar.
Yong guna bahasa isyarat.
Nasib baik nurse faham.

Diambilnya tiub air sebesar ubat titik Eye-Mo.
Tak boleh banyak takut tersedak agaknya.
Memang buat basah lidah je...bukan basah tekak pun.

Esoknya, walaupun penangan ubat bius masih belum hilang,
Yong ditolak masuk sekali lagi ke bilik pembedahan.
Untuk menyelesaikan pembedahan plastik yang tidak sempurna semalamnya.
Dibius lagi.
Yong tak sedar lagi untuk hari keduanya,

Selepas pembedahan (dari pukul 10 pagi- 2ptg),
Yong ditolak semula masuk ke ICU.
Intubate untuk kali kedua.
Tapi kali ni Yong dah expert,
Yong gigit penahan lidah tu.
Selesa sikit.
Kalau tak...rasa macam nak tercekik.

Doctor extubate Yong sebelum malam.
Dapat minum milo panas pakai straw...minum sikit2.
Takpelah...janji tak lemah sangat.

Malamnya, Yong dipindahkan ke wad biasa bila keadaan Yong dah stabil.
Sebelum tidur, Yong dicucuk dengan morphine untuk menghilangkan rasa sakit.

Apa jadi bila dua kali general anaesthetic dicampur dengan morphine?
Yong nampak Oumpa Loompa, Charlie and The Chocolate Factory, iklan cat dinding,
hasil seni abstrak, monster, alien dan sebagainya.
Puas mata merenung dinding nak pastikan Yang yong masih di bumi.
Tapi kadar imaginasi tak terkawal tu menghilangkan dinding,
menjelmakan khayalan yang memang super merepek.
Funny but weird.
Lalok tahap barang baik punya...haha!

Esoknya doktor nak cucuk morphine lagi.
Yong kata 'no thanks!'
Tak nak dah melayan hantu bulu warna warni sebelah katil yang asyik transformed jadi belon kemudian meletop.
Tak kuasa nyah!