Masa Yong mula2 dimasukkan ke wad 9U Ortopedik, PPUM
Yong berkongsi bilik bersama 3 lagi pesakit.
Sebelah katil Yong, seorang wanita dalam lingkungan 40'an.
Sakit tulang belakang sehingga wanita ini tak boleh bangun atau duduk.
Hanya terbaring.

Depan katil Yong pula seorang wanita benggali berumur 63 tahun.
Namanya Kiru.
Peribadinya sangat mengagumkan Yong walaupun dia memerlukan psychiatric pills on daily basis.
Kalau tidak, malamnya dia resah tak boleh tidur.
Dia selalu mengucapkan "forgive me", "excuse me", "help me please"...perkataan yang sopan.
Lebih sopan bila dia membuang angin (kentut atau sedawa),
dia akan cakap "excuse me for my mannerism",
walaupun pada Yong,
tak perlu pun dia cakap sebab Yong tak dengar pun bunyi apa2.
Tapi at least dia ada sense of respecting others in case ada yang kurang selesa.

Kiru selalu ajak Yong bersembang. Dia suka sangat dengan Yong.
Sampai ada sekali tu, dia panggil Yong pergi dekat dengan dia,
just untuk usap pipi Yong. Macam yang orang India selalu buat untuk blessed a person.
Family dia pun suka melayan Yong.
Abang dia impressed dengan kefasihan Yong bercakap bahasa Inggeris.
Kakaknya pula kata "you are just like a sunshine. Lighting this room with your positive attitude".
Seronok juga bila orang suka dengan kehadiran kita.
Sampaikan Yong berpindah ke bilik lain pun, diorang datang mencari dan melawat Yong.

Kemudian sebelah kiri katil Kiru, seorang wanita berketurunan India.
Usianya baru 42 tahun, namanya Malini.
Sedih bila lihat keadaannya, sebab kakinya baru sahaja dipotong.
Disebabkan ulcer kencing manis yang tidak sembuh.
Tapi itu bukan satu2nya cerita sedih Malini.
Sehari sebelum Malini dibenarkan pulang, dia menangis-nangis di katil.
Yong cakap jangan sedih, nanti lepas 6 bulan dia akan dapat kaki palsu.
Hidupnya akan kembali seperti sediakala.
Lepas itu dia boleh bekerja semula.

Mungkin kerana tidak tahan menyimpan beban di jiwa,
Yong yang baru dia kenal beberapa hari menjadi tempat meluahkan derita.
Rentetan hidupnya sangat panjang dan menyedihkan.
Sesungguhnya kalau orang kata Yong tabah,
Yong boleh kata dia adalah orang yang paling kuat bertahan segala ujian dan masih lagi diuji.
Walaupun berlainan agama,
Yong berdoa agar dia diberi hidayah oleh Allah swt dan diberikan kesenangan di akhirat nanti kerana di dunia, hidupnya agak memeritkan.

Bermula dari usia 6 tahun, setelah ayahnya berkahwin lain,
Malini saban hari didera ibu tiri untuk melakukan kerja rumah.
Jika apa yang dibuatnya tidak menepati kehendak ibu tirinya,
habis kulitnya dicucuh dengan bara api.
Kalau tidak berapa marah, kulit badannya atau tangannya.
Tapi kalau terlampau marah, ibu tirinya mencucuh bara api di tempat kemaluannya.
Kata ibu tirinya, dia memang patut dihukum kerana menyusahkan dan jahat.

Penderaan berterusan jika ayahnya terpaksa keluar negara atas urusan perniagaan.
Setiap hari hanya makan nasi kosong dengan air garam tanpa lauk.
Kadangkala dapat kuah rasam.
Lauk kari ikan atau ayam yang dimakan ibu tiri bersama adik tirinya langsung tak dapat dijamah.
Setitik kuah pun tidak.

Sebelum pergi ke sekolah, dia kena menyiapkan kerja2 rumah.
Lagi 15 minit sebelum waktu sekolah bermula,
barulah dia dibenarkan keluar dari rumah.
Tidak boleh awal. Balik pun kena tepat pada masanya.
Kalau tidak, memang berbirat2 badan, tercabutlah beberapa helai rambut.
Pernah dia lambat pulang dari sekolah kerana membantu cikgu menyiapkan kupon untuk hari kantin,
Malini ditelanjangkan dan diikat di ampaian luar rumah.
Jiran hanya boleh memandang.

Ketika umurnya menginjak 9 tahun,
ibu tirinya tidak dapat lagi menahan kebencian terhadap Malini.
Dibungkuskan beberapa helai pakaian Malini dan diberi wang 30 sen,
dia dihalau keluar dari rumah untuk tidak kembali lagi.
Ibu tirinya tidak peduli kemana Malini perlu pergi.
Baginya, Malini adalah beban.

Dengan wang 30 sen itu,
10 sen digunakan Malini menaiki bas sehingga ke stesyen bas Klang.
10 sen lagi untuk membeli 2 potong nenas yang menjadi kesukaannya.
Ketika menunggu tanpa tujuan di situ,
ayahnya yang kebetulan berada di tempat yang sama,
ternampak kelibat anak perempuannya ini.
Puas ditanya kenapa ada di situ.
Malini cuma menjawab dia rindukan nenek dan ingin melawat beliau..
Ayahnya tidak percaya dan terus mendesak.
Malini cuba untuk tidak membuka mulut.
Tetapi setelah ayahnya memujuk lembut,
dan memberi keizinan pada Malini untuk ke rumah neneknya, barulah Malini menceritakan segalanya.

Malini dibawa semula ke rumah dan terpaksa melihat pergaduhan besar ibu tiri dan ayahnya.
Selepas itu Malini dibawa tinggal di rumah baru bersama pakciknya.

Pakciknya seorang anggota polis. Malini dijaga dan disayangi seperti anak sendiri.
Malah pakciknya memberi perangsang padanya untuk belajar bersungguh-sungguh supaya Malini boleh mendapat pekerjaan sebagai pegawai polis bila dewasa kelak.
Namun berbeza pula dengan layanan makciknya yang amat membenci kehadiran Malini dalam keluarga mereka.
Deraan yang sama terus diterima.
Setelah didesak oleh makciknya,
pakciknya mengalah dan menghantarnya ke rumah seorang lagi saudara mereka di kawasan estet.

Di rumah baru ini, Malini masih belum berjumpa ketenangan.
Malah rumah ini lebih neraka dari rumah2 sebelumnya.
Bapa saudara ini seperti binatang, Malini yang baru berusia 13 tahun mahu diratahnya.
Malah ibu saudaranya memberi kebenaran kepada suaminya untuk melepaskan nafsu serakah terhadap tubuh kecil ini. Malini bergelut sekuat mungkin dan dia berjaya mempertahankan maruahnya.
Esoknya, bapa saudaranya mengikat kaki tangan Malini di katil secara mengangkang,
dan ibu saudaranya telahpun menyediakan terung dan mentimun.
Kata mereka ini caranya untuk Malini faham erti menurut kata.
Jeritan Malini yang menahan kesakitan didengari jiran tetangga.

Kebetulan,
ayah Malini baru tiba di rumah itu untuk melihat keadaannya dengan keluarga baru.
Bila terdengar suara Malini menjerit2, ayahnya bertanya apa yang telah terjadi.
Kedua2 pasangan membisu seperti tidak ada apa2 yang terjadi tapi keadaan ketika itu diselangi tangisan Malini.
Malini didesak ayahnya untuk menceritakan perkara sebenar tetapi Malini enggan membuka mulut.
Dia tahu, kalau kebenaran terbongkar, hidupnya bakal musnah.
Tetapi disebabkan Malini takut dengan tindakan ayahnya yang membuka tali pinggang yang dipakainya untuk memukulnya, dengan berat hati dia meluahkan segala kekejaman dan sifat binatang mereka yang digelar saudara ini.
Terduduk ayahnya mendengar pengakuan yang tidak dapat diterima di fikirannya.
Dengan lemah, ayahnya berlalu pergi meninggalkan Malini di situ sahaja.
Mungkin terlampau kecewa dengan apa yang berlaku sehingga ayahnya terlupa untuk berfikir yang Malini masih lagi perlu dilindungi.

Setelah ayahnya pergi, Malini terdengar jeritan jiran2 menyuruhnya lari.
Ibu saudaranya sudah mencapai batu besar untuk mencederakan Malini.
Tanpa sepatu, Malini berlari sekuat hati meninggalkan kawasan estet itu.
Dan Malini tahu, rumah itu bukan rumahnya lagi.
Dia perlu mencari tempat berteduh yang baru.

Berjalan bersendirian, mencari makanan dari tong sampah,
tidur di dalam pembentung atau kereta2 rosak yang lama,
Malini cuba meneruskan hidup.
Kekadang Malini mencuri makanan yg diletakkan di belakang restoran cina sebagai makanan anjing.
Pernah tauke kedai mengejarnya kerana mencuri sisa makanan yg diletak di atas lantai.

Hari malang masih berterusan.
Kali ini dia terserempak dengan sekumpulan gangster ketika sedang mencari makanan.
Dia dibawa ke Gombak dan diletakkan di dalam rumah pengawal keselamatan di kawasan pembinaan.
Di situ, 16 lelaki merogolnya secara bergilir.
Lepas seorang, Malini disuruh mencuci diri, dan kemudian melayan giliran yang lain.

Sesudah diratah, ketua gangster membawa Malini ke tempat pelacuran.
Disini Malini diarah melayan nafsu lelaki walaupun dirinya sudahpun mengandung.
Pada usia 14 tahun, 
Malini melahirkan seorang anak lelaki ketika kandungan baru berusia 7 bulan.
Bayi itu kemudiannya dijual kepada sepasang suami isteri dengan harga RM2,000.

Bila dirasa tubuhnya cukup kuat untuk bergerak selepas melahirkan anak,
Malini melarikan diri berbekalkan wang yang diperolehinya hasil dari kerja hitam itu.
Destinasinya jauh dari Kuala Lumpur.
Malini mengambil bas menuju ke Pulau Pinang.
Setibanya di Butterworth, dia duduk sahaja di stesyen bas sambil memikirkan arah tuju seterusnya.
Di waktu itu, sudah ada mata yang memerhatikan gadis yang menunggu kosong ini.

Seorang wanita melayu menyapa Malini, bertanyakan jika Malini perlukan bantuan.
Malini cuma memberitahu yang dia ingin mencari pekerjaan dan tempat tinggal.
Perempuan melayu itu terus menawarkan kerja pembantu rumah padanya dengan upah RM160 sebulan, tempat tinggal dan makanan ditanggung, katanya.
Bagai mengantuk disorongkan bantal, Malini menerima tawaran tanpa berfikir.
Sekurang-kurangnya Malini dapat tempat tidur yang selesa untuk malam ini.

Kehadiran Malini sebagai pembantu rumah sangat disenangi oleh keluarga 5 beranak ini.
Dia dilayan baik kerana kerajinannya dan kepandaiannya menguruskan rumah.
Malini juga pandai memasak kari, yang menjadi kesukaan keluarga ini.
Bila ditanya,
apa yang Malini akan buat dengan duit gaji,
dia tanpa segan silu meminta jika dia boleh tumpang belajar dengan anak2 pasangan ini.
Gembira dengan niat ihlas Malini,
pasangan ini mengambil keputusan menghantar Malini ke sekolah bersama anak2 mereka di samping membenarkan Malini meneruskan kerja2 hariannya di rumah.
Malini berjaya menghabiskan MCE walaupun keputusannya tidak cemerlang kerana dia tidak mahu menyusahkan keluarga ini jika dia mendapat tawaran menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Setelah tamat sekolah,
Malini meminta izin untuk kembali ke Kuala Lumpur bagi mencari semula ayahnya juga ahli keluarga yang masih mahu menerimanya.
Dengan berat hati Malini dilepaskan pergi tapi dipesan2 untuk kembali semula kepada mereka jika Malini tidak berjumpa apa yang dicari.

Nama Malini bukan lagi menjadi ingatan rindu buat keluarga kandungnya,
malah dia dihalau keluar dari kedai salah seorang saudaranya kerana dikatakan Malini ini membawa sial. Malini tidak sedih kerana perkara ini memang sudah diagak bakal terjadi.
Dengan sijil MCE,
Malini mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusannya sehingga membawanya ke Singapura.
Hidupnya jauh lebih baik, berkemampuan membeli rumah dan kereta.
Cuma suaminya meninggal dunia di usia muda kerana jangkitan HIV akibat penggunaan dadah di jalanan.
Tetapi sebelum meninggal dunia, suaminya telah menerima hidayah dan sinar iman dari Allah swt dan menyebut syahadah sebelum pergi.

Kini Malini tidak punya apa2.
Tiada anak hasil dari perkahwinan bersama suaminya kerana kecederaan rahimnya kerana melahirkan anak diusia muda.
Kereta dan rumahnya sudah terjual untuk menampung kos perubatannya.
Kakinya pula sudah dipotong, dan hidup atas elaun RM260 dari jabatan kebajikan masyarakat.
Namun begitu, ini bukan penghujung hidup seorang wanita cekal ini.
Allah swt telah merancang sesuatu yang terbaik untuknya.
Seorang teman beragama Islam sudi memelihara Malini.
Dia akan menolong selama mana yang Malini perlu untuk cuba memulihkan diri dan bangkit meneruskan hidup.

Wanita tabah bernama Malini ini bukanlah calang2 manusia.
Semoga Allah swt turut memberikan sinar iman padanya seperti mana yang diterima oleh allahyarham suaminya.
Hidupnya di dunia adalah satu keperitan berpanjangan,
semoga dgn hidayah, kehidupan akhiratnya lebih indah...