Hari kedua di Sentosa, Singapore.
Pagi2 dah ready nak menawan tanah Temasek.
Bajet macam Supermak.
Yong ni memang semangat kuat,
tapi sayang, badan lembik~

Pukul 10.30 pagi, naik bas shuttle dari Shangri La Sentosa ke Harbourfront.
Perut lapar sebab belum breakfast.
Yong masuk dalam stesyen MRT, nampak pula signage ke Seah Im Food Centre.
Jalan pelan2 ye cik kak..(agak jauh untuk orang yang bertongkat untuk berjalan)

Sampai kat food court, pusing sana pusing sini tak nampak apa2 yang menyelerakan.
Nampak banyak Chinese stalls jual makanan tidak halal.
Babi, babi, babi dan babi lagi,.. dan yennadey macha.
Setakat nak makan lauk mamak,
baik tunggu balik Malaysia, makan kat Penang.
Baru authentic.
Mamak Singapore apa keles..kikiki.

Dalam tinjauan, ternampak gerai Nasi Ayam yang agak ramai pelanggannya.
Ramai beratur tu.
Mungkin sedap...so Yong decide nak cuba.

Photobucket

Tsk..tsk..tsk..
Bagi Yong yang agak cerewet bab makan ni,
Aspirasi Chicken Rice ni tak la sesedap mana pun.
Nasinya agak kering dan sedikit keras.
Sos sambal tu pun biasa2 je.
Yang lain sikit hanyalah ayam tu.
Digoreng crispy macam KFC gitu.

Tapi nak kata sedap, and datang lagi tu tidak le.
Setakat nak mengenyangkan perut tu boleh.
Sebab untuk Yong yang jaga diet ni, makan separuh dah kenyang.

Dah kenyang Yong berjalan semula ke MRT,
cadangnya nak berjalan2 di Orchard Road.
Ni Yop la punya suggestion,
suruh Yong merenderk kat situ nak cari apa pun tak tau.
Tapi dia suka sungguh mentioned 4 Floors, 4 Floors.
Galak gian apa ntah laki aku sorang ni?

Dalam elevator, mata Yong menangkap poster ni.
Bukan apa, rasa macam pelik bila tengok poster macam ni.
Singaporean ni terrorism-phobia kot.
Or maybe better safe than sorry?


Kalau lah Yong ternampak ada mamat bawak beg tak tutup zip,
pastu terkeluar segala wayar rainbow bagai,
maybe Yong buat derk.
Ye la..mana tau kot2 dia technician ke, student engineering ke.
Takpun dia bawak hard-drive computer untuk repair, kan?

Namun begitu, Yong mungkin akan buat laporan polis, askar, bomba, badan berwajib,
kalau ada mamat bawak beg.
Pastu menitik2 darah dari beg tu.
Tak kisah le dia bawak ayam, itik baru sembelih ke
kepala kambing buat puja2 ke...
blood gives me chills ..heww!
_____________________________



Memilih train yang betul bukan senang kalau kita ni foreigner.
Cuba ko letak mak ko kat LRT Masjid Jamek,
pastu suruh dia pandai2 cari LRT/Monorel/ERL/Komuter/STAR yang betul untuk sampai ke Kajang.
Mau berjam2 tenung map LRT tu.
Tak pun mau mak ko kena hangkut dek Jabatan Kebajikan Masyarakat,
sebab nampak melilau tak tentu arah.

Begitu juga dengan Yong pun menghabiskan hampir lebih 1/2 jam.
Merenung map besar yang lekat kat dinding,
map yang lekat kat mesin beli tiket,
dan juga map kecik yang customer service bagi.
Tenung dan renung.

Dah puas tenung dan renung, sudahnya Yong pergi tanya customer service..
"How do I get to Orchard Road from here?"
Orait..setelah puas kena explain,
Yong beli tiket and kena transit kat Dhoby Ghaut. (stupid decision no.1)

Photobucket

Nak dapat tempat duduk dalam coach tak ada masalah langsung,
sebab tak ramai orang.
Bukan sebab orang tak suka naik MRT,
tapi sebab sistem MRT, bas dan teksi di Singapore sangat efisyen.
Semua on time.
So, naiklah mode apa pun, sure sampai and tak lewat.

Kalau komuter KTM tu..
boleh masak maggi in-cup perasa kari, 8 kali makan sebelum komuter tu sampai.
Kekadang bila dah sampai, kita ni excited masuk Pink Coach,
tapi ada pulak bangsat donut bapok siam dengan muka selamba duduk kat dalam coach tu.
Mamat yang macam ni patut di molest ramai2 oleh perempuan2 dalam coach merah jambu tu.
Bagi pengajaran sikit.

Yong pasti bawak gunting kasik sunat kering itu bapok siam,
pastu pada yg ada bawa lipstik, tolong oleskan.
Tak kisahlah jenama Avon ke, jenama pasar malam ke...bagi munggil merah bibir jantan tu.
Semunggil bibir PM kita..
Yawww!!! Sexy nyah!
Kissable kah? Hohoho...sendiri mau jawab noks.
Mak tak rela tau!


Sampai kat sini Yong dah start rasa nak patah kaki.
Mak aih....transit di Dhoby Ghaut tu punya la jauh nak ditapakkan oleh kaki yang functional sebelah je.
Dah start rasa nak pakai wilcha.
Tapi sebab semangat nak travel tu kuat lagi,
digagahkan juga berjalan. (stupid decision no.2)

Bila dah sampai Orchard Road, rasa menyesal teramat sangat.
Apa taknya, takde beza pun dengan area Bukit Bintang.
Baik Yong merayap kat BB dari kat sini yang pastinya barang2 lebih mahal.
Arghh...sungguh menyesal!
Then ingat nak makan lunch kat Asian Food Mall kat dalam Lucky Plaza.
Lagi hampas beras~
Punya la ramai orang, satu kerusi pun tak ada.
Bagi Yong yang dah nak tercabut patella ni,
rasa sangat azabnya.
Puas berdiri sambil pegang teh o' ais, tapi satu kerusi pun tak available.
Sudahnya Yong duduk di benteng apa ntah berdepan dengan shoplot yang jual camera.

Huhuhu...sakit kaki dah wak!
Nak balik hotel sangat2 dah ni.

Keluar dari Lucky Plaza, tunggu bas.
Dekat map tu ada tulis nombor bas yang nak ke Harbourfront.
Tapi tunggu setengah jam, bas tu dah dua tiga kali lalu, tapi haram tak berhenti.
Alaaaa...silap bus stop la pulak!!! (stupid decision no.3)

Then, beratur untuk teksi.
Kaki nak tercabut.
Bila teksi sampai, terlupa sakit, suruh driver hantar ke Fullerton.
Memang tindakan yang sangat bodoh piang lagi bingai (stupid decision no.4)

Photobucket

Kalaulah Yong duduk order Hazelnut Latte kat Starbucks di sini sambil rehat kaki,
tidak le Yong letih sangat.
Tapi dah galak nak jalan jugak, (stupid decision no.5)
Yong teruskan lajak untuk menangkap gambar singa
yang Yong suka hati bagi nama The Vomiting Merlion.

Photobucket

Lepas bertawaf keliling One Fullerton,
Yong paksa kaki ke Esplanade yang tak jauh
(tapi rasa bapak le jauh) dari Fullerton tadi. (stupid decision no.6)
Disinilah berlakunya kesesatan yang menyesatkan.

Time ni dah hampir menitik air mata.
Kaki dah berdenyut2 sakit.

Photobucket

Sambil duduk tu ada dua minah caucasian lalu.
Overheard diorang borak pasal sexy men.
One of them said and I quote "I think Adam Levine is the hottest man on earth"

Yong pun terbayang muka Adam Levine.
Humm...not bad. Good choice lady!



"I don’t need to try to control you
Look into my eyes
And I’ll own you with them
Moves like Jagger
I’ve got the moves like Jagger
I’ve got the moves like Jagger"


Ha...pengsan! Pengsan! Adam tak pakai baju pulak tu...

Yong peNGSAN!! 
(sambil meleleh air liur segar)
_______________________________


Lepas duduk, cuba cari bus stop.
Dari jauh nampak bus stop, tapi tak nampak bas lalu pun.
Mungkin sebab di bus stop tu ada buat renovation work.
Tapi Yong sabar menunggu.
Moga ada rezeki.

Photobucket

Dalam 15 minit macam tu ada bas lalu.
Yong tanya, bas ni pergi Harbourfront tak?
Yesza!

Sungguh la Yong ni maha sengal bila Yong tak turun di Harbourfront,
(sebab silap turun, stupid decision no.7), tapi depan Vivo (few metres from Harbourfront)
Ada nampak bas Sentosa.
Dalam kepala dah buat bajet.
Kalau naik bas ni ke Sentosa,
pastu boleh transit naik bas ke UnderWaterWorld which is depan pintu masuk Shangri La Sentosa.
Jimat duit kononnya sebab tak nak bazir naik teksi (stupid decision~ dah malas letak nombor)

Rupanya bas Sentosa sampai di Resort World.
Customer Service tanya nak ke mana.
Mata ternampak perkataan Universal Studio.
"I'm heading to Universal Studio. How do I go there?" (stupid decision again and again and again)

Tak sedar kediri..menapak lagi ke tempat yang tak sepatutnya Yong pergi,
sebab plannya pergi ke sini esok, bukan harini.

Photobucket

Yong beli juga tiket untuk esok.
Kempis poket SGD72 (garu kepala)
Kaki makin sakit. Tanya staff situ kat mana nak naik bas ke Shangri La.
Katanya kena jalan jauh sikit.
Adehhh...
"Cab?"
"No mam..cab driver normally won't take passengers to hotel."

Ya ampun...azab, azab azab!


Menanti dengan penuh keazaban dan keletihan.
Next stop: Siloso Point

*I need morphine, weed, kain kapan, liang lahad. Tak larat dah!*
.
.
.