Yop: "Bos orang suruh juga pergi kursus kat Singapore"
Yong: "Bila?"
Yop: "31hb fly. 1hb kursus sampai 4hb. Nak ikut? Tidur kat Shangri La Sentosa"
Yong: "Nak!!"

Bermulalah perjalanan ke singapore di hari raya ke-dua.
Budak-budak 3 orang tu?
Diorang takde passport...so, babai! Arrivederci!
(gila takde hati perut punya mak)


Kalau ikutkan rate sehari stay kat situ,
convert duit Malaysia yang miskin hina ni,
ada la dalam RM1,000 ++ sehari.
Oleh kerana company yang bayar, maka bertambah galak Yong nak pergi berjimba2 ke Singapore.
Kalau kena duit sendiri, tidakle awok sakan ghope ni.
Awok manjang poket kering..adesss


Photobucket

Collage tu rentetan kejadian sebelum kaki Yong jejak tanah Temasek.
Naik bas sekolah dari Sungai Petani ke KL (air aircond bocor)
Pemandu bas ekspress semua ambil cuti raya.
Sudahnya, macha bas sekolah je yang available.
"Kamilah...geng, geng. geng bas skOLAH!!"


Drebar bas sekolah pun hambat keluar penumpang kat Puduraya.
Tapi Yong beli tiket sampai Kajang.
Drebar kata, "takpe kak, saya dapatkan bas untuk akak sampai Kajang.
Jangan risau, saya bayarkan tiket."

Dik non ooii...kalau ko offer bas yang lebih selesa dari bas sekolah takpe la jugak.
Ni paksa akak ni menapak bapak jauh dengan tongkat tersepit kat ketayak ni mencari bas.
Pulak tu, bas intercity yang macam kotak rokok.
Masing2 berdiri rapat2 macam rokok dlm kotak dengan bau tengik.
Macam palat.

Bila ada kat Puduraya hari raya kedua, macam kita ni pulak kat tanah asing.
Berpuluh ribu Indon, Nepal, Myanmar, Filipino, India, apa lagi Yong pun tak tahu.
Scary to hell wa cakap lu! (no, I don't made up the numbers. See for yourself this coming Hari Raya Haji kalau tak percaya)
Nak keluarkan handset pun takut,
apatah lagi camera buat tangkap2 gambar tempat kejadian.

Imagine ek...ko pergi jalan TAR lagi seminggu nak raya.
Ramai gila umat kan?
Ko tukar je kerakyatan diorang dari Melayu Malaysian kepada
pendatang yang caca merba asalnya.
Tobat ampun, takde pasal Yong nak lalu situasi tu lagi.
Patutlah bila gomen bukak PATI registration last month, 2.3 juta mendaftar.
Tu yang mendaftar, yang menyorok balik lubang rumah setinggan tu ntah berapa banyak lagi.
Lebih kurang sama dengan jumlah penduduk di seluruh PERAK yang besar tu.
Tak ke haru??


kepadatan penduduk di malaysia mengikut negeri 2010  ← (sila klik untuk data)


Dah2 cerita pasal pendatang. Yong ke Singapore bukan sebagai pendatang,
tapi sebagai pelancong. 
Masa check-in, Yop diberi bilik Deluxe Hillview.
Mana best? Mengadap hutan belantara.


Tapi sebab Yong/Yop Malaysian,
kebetulan pula semua front desk officers pun Malaysian,
dengan baik hati ikhlas murni,
diupgradekan bilik merpati dua sejoli ni ke bilik Deluxe Seaview.

Wouhuu!!! Alhamdulillah...rezki tu noks!
Ngak bisa ditolak...




Biliknya lebih kecil daripada Shangri La Putrajaya.
Lebih kurang sama saiz dengan Renaissance Kota Bharu atau Hyatt Kuantan.
Kalau bawa bebudak tu memang tak selesa.




Paling tak boleh tahan tu seaview depan hotel ni.
Dalam advertisement punyala menarik.
Bagai terpanggil2 nak pergi.


Sungguh sunny side up!
Siap ada lagoon yang membiru bagai.
Ready for reality bebeh?
Gosok2 sikit kedua belah tapak tangan kasi warmed-up.

Presenting..the real view of seaview of Shangri La Rasa Sentosa


Yang dapat dilihat di mata 250/175 ni, barisan merchant ships.
Ni macam berehat2 di zaman kegemilangan Pearl Harbour.
Just kapal perang jadi kapal kargo.

Kemudian, cuba cari dimanakah laguna yang membiru itu?
Apakah yang ditepi sebelah kiri itu?
Jom close-up!


Ok...Yong bukan nak memburukkan reputasi Shangri La Sentosa.
Cuma Yong agak terkilan dengan cara marketing yang agak memesongkan atau mengelirukan pelanggan.

Tapi...
customer service diorang memang first class!!
Sebab apa?
Yong minta apa aja..semua sampai.

Ok..sebelum part meminta2 tu, kemudahan yang diberi untuk penginap memang terbaik.
Ada shuttle bas ke Harbourfront.
Di Habourfront ada shopping mall, cable car,
MRT, medan selera dan segala yang diperlukan bila kita di tanah asing.
Shuttle bas tu pulak sentiasa ada selang 20 minit.
Bukan bas comel2, bas persiaran yang besar.
And it's free.
Jadi tak payah le kita ni menghabiskan duit naik teksi nak keluar masuk dari Sentosa ke bandar.

Kemudian, kalau kita minta (ok, dah masuk part meminta2)
ais cubes ke, panadol ke, apa2 assistance ke,
laju je dia offer service.
And they were so polite!
Bagi Yong, kalau hotel tu ada kurang situ sini tak apa, service mesti mau tip top.
Sebab sepanjang kita menginap di hotel, kita nak bebas dari stress.
And staff kat hotel ni memang cekap memenangi hati pelanggan.
Terbaek!
Standing Ovation to you Shang's people!





Kalau Yong diberi peluang untuk menginap lagi di Shangri La Rasa Sentosa...I will definitely say YES!
But persistently I'd say NO to Shangri La Putrajaya.
.
.
.