Restaurant RED CARD CAFE
Location 26A Jalan 3/70, Seksyen 3 Tambahan, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Type of Restaurant : Western Food

High Point : Delicious western food. Great pasta, amazing salads.
Low Point : Unattractive interior design, unfriendly staff.

Rating (out of 5 star)
  • Food Quality & presentation :
  • Service
  • Price
  • Food choices
  • Atmosphere
  • Restroom Cleanliness : N/A
  • Chances we'll go back : YES (for great food, of course!)
___________________________________________________________

Lama ooi tak update blog.
Sepanjang bulan puasa ni tak ada lah perkara interesting yang boleh di share.
Makan kat rumah, mak masak.
So takde lah variety sangat.
Bukak puasa makan nasi lauk ala kadar sudah.
Kuih muih nadai.
Bazir je.

Semalam terasa macam nak tukar selera.
Nak makan banyak2 sampai sebu perut.
Yong tak nak membazir bayar nearly RM100 for buka puasa feast,
makan bukan banyak pun. Not worth it.

So yang paling dekat dengan rumah, recommended by one of my fren,
Red Card Cafe, Bandar Baru Bangi.


  2°56'14.89"N, 101°46'28.11"E



Yong dah buat early reservation untuk mengelakkan kekecewaan.
Kang Yong datang cara suprise visit kang, langsung takde makanan ke,
takde meja ke, tutup ke...naya je.

So Yong reserved table for 6 person, 3 adults 3 children.

Dalam pukul 7mlm, Yong bertolak dari rumah ke Red Card.
7.10 dah sampai.
Hummmm.....takde orang langsung.
Kitaorang je.
Yong dah mula risau.
Dah sudah....ada ke pun makanan ni.
Dalam kepala..janganlah diorang serve makanan semalam yang terbasi ke apa.
Maklumlah, takde pelanggan.
Tak nak makan makanan reheat semalam.
Perut Yong ni bukan tahan sangat.
Kat rumah pun, yang reheat2 Yong tak usik.

Nampak kan..takde orang.
Cemana diorang survive?



Dalam pukul 7.20 tu baru kitaorang meninjau lauk pauk hidangan kat sini.
Ni senarai apa yang Yong nampak semalam. Not bad for RM35 per person.

1. Agar-agar telur gula merah
2. Buah-buahan tempatan seperti cempedak (lemak dan besar kau! Manis sedap), Pulasan, Pisang, Tembikai Susu, Tembikai
3. Puding Roti (mak Yong kata sedap)
4. Lai Chee Kang
5. Potato Salad (the best!)
6. Coleslaw (lemak berkrim disukai ramai. Mewah dengan mayonaise)
7. Mashed Potatoes (sedap. Si Danish berulang tambah 3 kali)
8. Garden Salad
9. Bubur Lambuk dan condiments
10. Asam Laksa (tak menepati piawai Yong)
11. Tuna Pasta (best! best! best!)
12. Spagetti Bolognaise (not bad but a bit sweet)
13. Ayam Bakar, Daging Bakar and Ikan Bakar (daging bakarnya lembut)
14. Sayur Fucuk masak sup (mak Yong kata sedap)
15. Ayam Masak Gulai Kuning
16. Ayam Goreng Rangup (sedap juga)
17. Rendang Daging
18. Aiskrim 4 perasa (Vanilla, Chocolate, Strawberri and Raspberri?)

Maybe ada satu dua lagi makanan yang Yong tak senarai kat sini sebab Yong tak perhati betul2.
Bila dah bertongkat ni, nak tangkap gambar pun leceh, nak diri lama2 tengok makanan pun tak larat.
Argghhhh.....cepatla baik kaki ni!


Walaupun choicesnya tidak lah sebanyak macam di Balai Seni Lukis Negara,
tapi Yong puas hati juga sebab Yong makan sampai sebu perut,
parking depan kedai..tak susah2 menapak jauh
(Yong ni bertongkat, tak kuasa nak jalan jauh buat perit ketiak je)




Sambil menunggu waktu berbuka, my bff dengan penuh kesabaran tahap dewa,
melayan 3 budak2 tak paham bahasa ni.
Bebudak ni macam nak kasi hint kat mommy ni beli satu Blackberry Playbook atau Ipad 2.
Haihhh...nak buat laser lagi, nak beli menatang ni lagi.
Benkrap mak! Benkrap!!



Danish dgn Wafi makan bersungguh2. Berulang2 tambah makanan dalam plate.
Anak dara Yong pulak dah pasang cita2 nak jadi model bila besar nanti.
So dia tak makan apa2 pun.
Aiskrim pun tak nak.
Jaga kalori intake konon.
Cheh...


Yong harap cafe ni bertahan lama atau berpindah ke lokasi yang lebih strategik sebab lokasi sekarang tersorok ke belakang, almost tak nampak kewujudannya di Bangi ni,
except for those yang memang tinggal nearby atau yang rajin merayap macam Yong ni.
Kalau kawan Yong tak rekemen, idakle Yong rasa macam nak singgah sebab interior dia kurang appealing.

Rugi kalau cafe ni tak dapat tarik customer sebab seriously, pasta dia memang best.
I think their specialty is western food and they made it really good.
Please survive lagi lepas raya sebab Yong nak rasa pasta yang lain.
Please...please....
.
.
.


Disclaimer: 

1) Ulasan yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar, pendapat peribadi penulis dan mungkin juga bergantung kepada selera penulis sendiri.

2) Rasa itu adalah subjektif. Penulis tidak dan tak akan bertanggungjawab jika pengalaman anda berbeza atau tidak seperti yang diharapkan.

3) Pendapat dan komen adalah dialu-alukan. 

4) Kepada pemilik restoran/gerai/kiosk, sekiranya ulasan yang diberikan adalah negatif, sila ambil perkara tersebut sebagai satu ulasan yang prihatin dari pihak penulis. Penulis mengulas dari sudut pandangan sebagai seorang pelanggan.

5) Penulis tidak menerima sebarang bayaran samada dalam bentuk wang atau bukan wang bagi menulis ulasan ini.