Iftar with ex-schoolmate.

Photobucket

Setelah berita mengamuk disiarkan, marilah kita lihat tujuan utama Yong datang ke Gurney Hotel ni.
Sememangnya geram dengan pengawal keselamatan yang tidak ada belas ihsan. Bukan pengawal sahaja yang salah, pihak hotel sebenarnya yang patut lebih dipersalahkan kerana tidak menyediakan tempat meletak kenderaan OKU.
Inilah pertama kali Yong jumpa hotel yang gagal menyediakan tapak khas meletak kenderaan untuk pemandu yang kurang upaya. I will avoid this kind of hotel at all cost walaupun sedikit masa lagi my OKU title will be revoked.

My ex-schoolmate suggested this hotel for our iftar. Katanya dia ada kenalan yang bekerja di hotel ni and boleh la kami dapat diskaun bagai. (muka hadap diskaun..hahaha) Ye la...nak raya kena la save bajet weh. Biskut raya pun belum beli lagi. Dapur mak pula dah rosak. Kena beli setongkol dapur ntah berapa ratus pulak tu. Hahaha...mati gue..

Anyway, kalau Yong nak masukkan emosi marah pengawal tadi pada makanan2 yang bakal Yong hadap, Yong akan buat ulasan berat sebelah. So Yong cuba lupakan segala kontroversi dan tingkatkan prestasi..hehe.
Jom kita hadap makanan di Coffee House, Gurney Hotel Penang.

Photobucket

This is Lamb Chop with Miso Paste.
Yong tak tahu macam mana rasa Miso Paste sebenarnya,
tapi kalau takde label kat situ,
Yong rasa macam Lamb Chop tu drizzled dengan tomato ketchup + barbeque sauce.
Sweet and peppery. Not to my liking.
And lamb tu ada kureng sikit.
Dagingnya LIAT dan lemak pada lamb tu beku.
It should be juicy, bukan putih keras.
A bite of it, and my selera pun cabut lari.

Photobucket

While this photo of Chilli Crab really inviting, but the taste says otherwise.
Yong tak tahu berapa lama ketam ni direndam dalam air garam, sampai isi ketam ni masin.
And I was really frustrated sebab ketam ni tak fresh.
Isinya dah macam mashed potatoes. Lembik hancur.
Isi ketam segar sepatutnya terasing macam berlapis, dan agak sedikit kenyal.
Tapi memang Yong tak boleh hadap ketam ni sebab masin melampau!
Tak tertelan dek tekak.

Photobucket

Sushi yang dihidangkan juga tidak sesedap di Restoran Miyagi, Bangi.
Something's missing, and I'm not sure what was it.
Danish suka makan seaweed tu je. Isi nasi tu ditolak tepi.
Selera pelik2!

Photobucket

Ini apa yang dalam pinggan Yong.
Udang goreng tepung tu...well, udangnya juga tidak segar.
Kulit dan isi dah melekat.
Mungkin juga digoreng terlampau lama sampai rasa udang tu dah macam getah..boink! boink!
However, tempura dan barbeque chicken tu sedap dimakan.
Ayam tu still juicy and tender. Sama juga dengan tempura.
Rangup di luar lembut di dalam.

Photobucket

Photobucket

Main course was a wee bit disappointing, tapi Yong give thumbs up pada Pastry Chef.

Photobucket

This strawberry cake was absolutely delicious!
That top pinky part, teksturnya macam marshmallow only less chewy.
Sedap betul gigit kek ni. I'm not sure how to describe it in detail but I can tell you,
this is one of the cake that one will never forget.
The teksture was devine.

Not just this, banyak lagi dessert yang betul2 sedap.
Chocolate brownies jadi favourite Wafi.
Tak ingat berapa ketul dia makan tapi Yong pasti Wafi makan lebih dari 5 potong.
Manggo pudding pun sedap, and some others I can't remember.

Photobucket

Kalau diajak lagi untuk beriftar atau makan2 di hotel ini,
I might have to say no sebab ketiadaan tempat letak kereta khas untuk OKU,
parking yang menyusahkan (spiral parking ramp/ pusing 5 tingkat baru sampai tempat parking, RM5 per entry, non refundable)
dan seafood yang tidak fresh.

.
.
.