Wanita OKU mengamuk sebelum berbuka puasa di hotel



Pulau Pinang - Seorang pemandu dipercayai telah mengamuk dan menengking pengawal keselamatan di sebuah hotel malam semalam. Saspek adalah ibu kepada tiga anak kecil yang memandu sejauh 70km dari Sungai Petani ke Gurney Hotel, di kawasan Gurney Drive untuk menghadiri jemputan berbuka puasa bersama rakan-rakannya.

Saspek, Zeeda Aziz 32 tahun ketika ditanya oleh wartawan, mengakui yang dia telah melepaskan marahnya terhadap pengawal keselamatan Gurney Hotel kerana gagal menjalankan tanggungjawab sosialnya. Menurutnya lagi, pengawal itu sudah dimaklumkan dengan keadaan saspek yang kurang upaya selepas menjalani pembedahan kaki dan tidak dapat berjalan jauh. Justeru itu saspek memerlukan tempat letak kereta OKU yang berhampiran dengan pintu masuk hotel, tetapi telah ditolak mentah.

Mangsa, iaitu pengawal, telah mengarahkan saspek meletakkan kereta di kawasan berbayar. Namun saspek tidak dimaklumkan bahawa tempat berbayar itu adalah tempat letak kereta bertingkat dimana pemandu terpaksa berpusing setinggi 5 tingkat sebelum sampai ke tempat meletak kenderaan.
Lebih merumitkan keadaan, saspek mendapati tiada lif disediakan dari tingkat tersebut ke lobi hotel.

Saspek mengambil keputusan untuk turun semula dari kawasan parkir dan menuntut bayaran RM5 kerana gagal mendapatkan tempat letak kenderaan yang sesuai. Walaupun begitu, penjaga parkir tidak dapat memulangkan wang saspek kerana bayaran itu telah dimasukkan ke dalam mesin.

Dalam keadaan letih, saspek bersemuka dengan pengawal hotel tadi dah menengking mangsa sehingga mendapat perhatian tetamu lain. Setelah beberapa minit bertelagah, akhirnya mangsa terpaksa memberikan satu ruang kosong tempat letak kereta yang dikhaskan untuk tetamu yang menginap di Presidential Suite.

Pihak hotel tidak mengambil tindakan terhadap saspek kerana bimbang saspek akan menyerang mereka dengan dua batang tongkat yang digunakannya atau dilanggar oleh saspek dengan pacuan 4 roda yang dipandunya.
.
.