Restaurant : Sudu
Location : 41 Jalan Seri Bangi, 8/35, 43650 Bangi.
Type of Restaurant : Malay food
High Point : Fast service in taking orders, entertain request
Low Point : Unattractive interior design, slow serving speed
Rating (out of 5 star)
- Food Quality & presentation :★
- Service : ★★★
- Price : ★★★
- Food choices : ★★
- Atmosphere : ★
- Restroom Cleanliness : N/A
- Chances we'll go back : ★
Jalan2 cari makan hari weekend.
Tengah pusing2 tu, nampak lak ada newly opened restaurant di B.B.Bangi ni.
Restoran Sudu.
Tarikannya...Nasi Beryani Batu Pahat.
Tanya Yop, nak try tak?
Belum sempat Yop jawab..Yong dah zerass masuk simpang nak ke kedai.
Alamatnya : 41 JALAN SERI BANGI, 8/35, 43650 Bangi, Malaysia
Ada juga menu2 goreng, tapi sebab banting Nasi Briyani tu besar sangat,
so supposedly this is the in house specialty la kan?
Harga Nasi Briyani Kambing, RM 9.00
Nasi Briyani Ayam Goreng Berempah RM 7.00
Papadom RM 1.00
Haihhh...papadom patut tak yah la nak charge asing.
Cam kedai mamak la pulak.
Kitaorang order Nasi Briyani Kambing 2,
Nasi Briyani Ayam Goreng Berempah 1,
Maggi Goreng 1,
Teh O Ais 2, Sirap 1, Ais Kosong 1.
Ni dia kambing briyani, portionnya tak la banyak mana.
Kalau nak compare dengan Nasi Briyani Anje kat Seksyen 15, memang jauh beza la.
Tapi kat sini, dagingnya lembut. Tak liat.
Sebab kekadang kat Anje tu...macam nak tercabut gigi menarik daging dari urat.
Anje masak kambing tua kot.
Kuah kambing ni slightly sweet. Not to my liking although daging tu empuk lembut.
Kuah Dalca: Cair, kurang dhal, kuantiti hidangan sikit.
Acar Timun: Manis, kurang cuka, kuantiti hidangan sikit.
Nasi briyani: Kering, rempah2 kasar, butir nasi tidak pecah, lembut, kuantiti hidangan sikit.
Kitaorang ada juga order maggi goreng tak pedas untuk budak berdua ni.
Maggi tu laaaaaaaaama sangat nak siap.
Sampai Danish ngan Pia merungut tanya mana makanan diorang.
Lepas makan yang tak berapa kenyang ni (sebab nasi yang dihidangkan tu agak sikit),
kitaorang balik rumah dulu..mengular dalam sejam,
pastu meredah traffic jam di PLUS highway menghala ke Port Dickson.
Initially, kitaorang ingat nak makan seafood after main2 kat beach.
Tapi lain lak jadinya...hehe. Apakah itu?
.
.
.
Disclaimer:
1) Ulasan yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar, pendapat peribadi penulis dan mungkin juga bergantung kepada selera penulis sendiri.
2) Rasa itu adalah subjektif. Penulis tidak dan tak akan bertanggungjawab jika pengalaman anda berbeza atau tidak seperti yang diharapkan.
3) Pendapat dan komen adalah dialu-alukan.
4) Kepada pemilik restoran/gerai/kiosk, sekiranya ulasan yang diberikan adalah negatif, sila ambil perkara tersebut sebagai satu ulasan yang prihatin dari pihak penulis. Penulis mengulas dari sudut pandangan sebagai seorang pelanggan.
5) Penulis tidak menerima sebarang bayaran samada dalam bentuk wang atau bukan wang bagi menulis ulasan ini.
5) Penulis tidak menerima sebarang bayaran samada dalam bentuk wang atau bukan wang bagi menulis ulasan ini.
Labels: Bangi, Makan-Makan
Salam Semua...
ReplyDeleteBuat tuan punya Blogger..di sini saya nak berkongsi cerita pula pasal ada sebuah Restoran Di Sek 8 itu juga iaitu ASAM PEDAS RESTORAN berderetan dengan RESTORAN LIMAU NIPIS & ANUGERAH.Untuk pengtahuan tuan,asam pedas di restoran tersebut telah hilang aura asam pedasnya kerana yg memasaknya adalah warga asing..kalau tuan tidak percaya,bolehlah tuan merasainya.Dan harganya pula melampau lampau mahalnya.Kalau tuan tidak percaya,blehlah tuan mencubanya sendiri..Dan untuk pengetahuan tuan juga RESTORAN ANUGERAH pemiliknya adalah warga asing.Menarik bukan..? saya cadangkan agar blog tuan ini banyak berkisarkan tentang restoran restoran yg bagus serta restoran yg bermasalah.Bukannya apa..adalah senang masyarakat mengetahui latar belakang,siapa tukang masaknya serta yg lain lain.Oleh itu kita makan dalam keadaan aman dan tak ragu ragu statusnya.Terima kasih
Terima kasih kerana input yang diberikan kepada saya dan juga pembaca blog ni. Saya sememangnya sudah lama tidak singgah di Restoran Asam Pedas BBB yg berhadapan dengan PKNS mahupun yang baru dibuka di Seksyen 7 BBB. Rasa asam pedas yang tidak lagi asli, harga yang melampau mahal.
ReplyDeleteKini saya lebih menggemari masakan di Restoran Gulai Panas Seksyen 7 BBB yang dimiliki oleh seorang makcik dari Sungai Petani Kedah. Masakannya sedap, harganya murah. Restorannya selalu penuh dengan pelanggan terutamanya pada hari minggu. Cubalah! Sambal belacan dia memang best!