Mak Yong selalu pergi beli lauk kat restoran ni.
Katanya sedap sebab orang Kedah yang masak.
Ye la..kitaorang ni duduk Kedah dah 14 tahun, so lidah dah terbiasa ngan masakan Kedah.
walaupun asal kitaorang dari Perak.
Makanan Perak pun sedap2 especially Gulai Asam Tempoyak Ikan Baung.
Ouppss...kecur air liur!

Anyway, petang haritu bawak mak Yong jalan2..pastu lapar.
Ingat nak makan yang ringan2 je.
Laksa ke hapa.
Pusing punya pusing, mak ajak pergi makan kat Gulai Panas.

Tak susah pun nak cari kalau dah biasa dengan Bangi.
Kedai ni, kalau dari pintu masuk Econsave Jalan Reko dah boleh nampak.
Kalau yang tak biasa dengan Bangi pulak,
guna GPS coordinate 2º58"00.86"N 101º47'20.13" E

Photobucket

Photobucket

Dah duduk kat meja, nampak orang sebelah table tengah menghirup kuah yang nampak pekat dan merah. Ouhhh..macam sedap!
Depan mata nampak stall kecik tulis "Mee Udang/ Ketam"
Tengok pulak cara dia masak
Kalau order baru dia masak.
So kuah fresh kau!

Apa lagi..order semangkuk Mee Udang Special.
Tunggu 5-10 minit baru dapat sebab dia masak ikut order, so paham le kalau lambat.

Wahahahah!!! Memang sedap!
Tapi tak bawak kamera, so frust sebab tak dapat share kat fb.
Nekad kat hati nak datang lagi.

Makalah semalam, Yong bawak bff Yong.
Order dua mangkuk.
Kengkorang....ni le rupanya.
Jangan kata tak terliur..Yong yang dah dua kali makan pun rasa merecik-recik air liur tengok gambar ni..haihhh..

Photobucket

Ha? Tak jelas sangat yer gambar ni?
Takpe..takpe...meh dekat2 sikit sampai boleh cium bau manis udang segar ngan aroma cili giling.






Photobucket


Amacam?
Terliur kan?
Udang besau tu dik non!
Puas mengabihkannya.
Kuah tu macam mee jawa pun ada. Sweet, spicy and thick.
Portion pun banyak and mengenyangkan.
Udang yang digunakan memang fresh sebab setiap kali Yong hirup kepala udang tu (dah jadi habit),
memang rasa manis.
Dalam mee tu ada telur yang dah dimasak sekali dengan kuah, dan juga ada potongan sawi.
Harga semangkuk RM9.00 aje.
Tapi kalau ada limau kasturi potong lagi best sebab Yong suka kuah yang ada rasa masam2 sikit.


Then, depan kitaorang ada pakcik mengipas kepak ayam.
Nampak cam delicious, succulent and juicy jer...ouhh..
Lenkali nak try! Malam ni dah terboyak. Tak muat perut aih.

Photobucket

AFTERMATH.....

Photobucket

Sesudah makan, Yong hantar Sophea balik rumah, tinggalkan dia dengan opahnya,
Yong ngan bff Yong berdezup ke Putrajaya untuk terai-menerai lens 50mm yg baru beli minggu lepas..

Photobucket


Disclaimer: 

1) Ulasan yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar, pendapat peribadi penulis dan mungkin juga bergantung kepada selera penulis sendiri.

2) Rasa itu adalah subjektif. Penulis tidak dan tak akan bertanggungjawab jika pengalaman anda berbeza atau tidak seperti yang diharapkan.

3) Pendapat dan komen adalah dialu-alukan. 

4) Kepada pemilik restoran/gerai/kiosk, sekiranya ulasan yang diberikan adalah negatif, sila ambil perkara tersebut sebagai satu ulasan yang prihatin dari pihak penulis. Penulis mengulas dari sudut pandangan sebagai seorang pelanggan.

5) Penulis tidak menerima sebarang bayaran samada dalam bentuk wang atau bukan wang bagi menulis ulasan ini.