Ever since Bersih 2.0 Rally,
Yong makin excited dengan permainan politik.
Semakin rajin membaca artikel, blog dan buku tentang politik.
Baca bukan setakat sebelah pihak, malah dari berbelah2 pihak.

Dulu Yong rajin baca Utusan Malaysia.
Juga baca Berita Harian, especially The Star bila hari weekend.
NST jarang sekali, sebab font dan layout artikel tak sedap dipandang.
Itu sumber informasi sebelum 2011.

Kemudian gegak gempita kehadiran Bersih 2.0.
Yong tak tahu pun ada Bersih Rally in 2007.
Nampak sungguh tak mengikuti perkembangan semasa.
Atau sebab Yong baca Utusan Malaysia,
maka perkembangan Bersih 1.0 hanya diletakkan di muka surat 4 atau 5,
jadi Yong terlepas pandang. Mungkin..Yong tak ingat.

Sebelum Bersih 2.0, Yong beralih membaca Tukar Tiub,
MalaysiakiniMalaysia Todayblog LKS, dan ada beberapa lagi.
Kekadang buka blog Ummi Hafilda,
tapi Yong tidak berapa suka sebab pemilihan ayat2 yang kasar dan lebih kepada mencemuh memaki.
Bukan sumber pembacaan yang menarik bagi Yong.
Tapi baca juga, sebab nak tahu segala cerita dari pelbagai pespektif.

Hari Sabtu, 9hb Julai 2011,
Hari orang ramai berasak, polis bergasak
Yong hanya menjadi pemerhati di atas katil hospital.
Bertemankan laptop dan Yop

Dengan sabar Yong baca tweets, menunggu tweetpics dari mereka2 yang pergi.
Yong tak sabar nak tunggu berita2 live feed dari mereka.
Bila dah ada gambar2, pantas Yong uploadkan ke dalam fb.
Kawan2 Yong terkejut.
Tak sangka selautan manusia ada di tengah KL,
walau puas polis menyekat kemasukan manusia bergelar rakyat Malaysia
melalui pelbagai sekatan jalan raya.
Tapi masih bolos.

Ada yang tegur, kalau dibandingkan dengan gambar2 yang diupload,
jauh bezanya dengan berita yang disiarkan TV3.
Kononnya tidak ramai yang hadir.
Yong pasti, pemberita itu tiba di lokasi yg salah.
Mungkin tersesat sebab GPS rosak.
Kasihan.

Buletin Utama malam itu,
menyampai berita yang sangat palsu.
Yong geleng kepala.
Sudah fed-up dengan propaganda dan cover-up.
That's it...no more main stream media.

Semakin membara semangat nak belajar
tentang politik dan atau mungkin penipuan sejarah Malaysia.
Yong pinjam buku Yop

The first geopolitic book yang Yong buka dan baca,
COMRADES, Communism: A World History.

Photobucket

Baru baca mukadimah, mata Yong terbeliak besar
Terlampau banyak nama2 public figure dan world leaders yang Yong tak tahu latar belakang mereka.
Sambil membaca, Yong buka wikipidea
Jika kenal siapa mereka2 ini,
senanglah Yong nak faham jalan ceritanya.


Dan baru sahaja Yong sampai bahagian pengenalan
Yong tertarik dengan ayat ini;
‎"It treated its people as a resource to be mobilised. Politics were severely centralised. Labour camps were built for real and potential dissenters. Religious believers, monarchists, cultural free-thinker, political liberals and sosialists, nationalists and other dissenters were arrested."


Yong bertanya sendiri, 
"Kenapa tiada bezanya dengan Malaysia sedangkan Malaysia bukan negara komunis?"
Minat membaca mula membuak2.


Bila baca tentang komunis, 
Yong terpanggil pula nak baca tentang 13th May 1969 riot and massacre.
Sedangkan rally aman bersih ini pun kerajaan cuba pelbagai cara untuk menutup berita sebenar,
apakah kerajaan Malaysia juga pernah menutup kisah sebenar peristiwa hitam yang sering digunakan sebagai pemeras ugut (boogeyman)?


Yong cari artikel2 dari blog2 dan juga download beberapa buku dari internet untuk lebih pengetahuan.





Photobucket

Photobucket

Yong baca kedua2 buku ini secara sepintas lalu.
Yong bandingkan dengan satu lagi blog yang mengumpul cerita pengalaman dari mereka2 yang berada di situ, yang terkesan dan yang tidak.
Yong tidak mahu buat kesimpulan di sini sebab Yong bukan pemerhati politik,
tidak pernah belajar tentang politik, tapi sebagai seorang yang boleh membaca dan membuat timbang tara dan penilaian kasar, Yong rasa puas hati dengan apa yang Yong belajar hari ni.

Yong masih belum betul2 mendalami setiap ayat, setiap helaian buku2 ini.
Tapi Yong akan menyudahkan apa yang Yong telah mulakan.
Pengembaraan merentas sejarah kini telahpun bermula...
.
.
.