Yong memohon keprihatinan dari readers
untuk menghulurkan bantuan kepada seorang pemuda yang kini dalam keadaan kritikal.
Beliau memerlukan sumbangan dari orang ramai
supaya beliau dapat mendapatkan rawatan perubatan dengan kadar segera.


Hulurlah walaupun seringgit, hulurlah walaupun sedikit
Apa yang dihulur hari ini, moga dibalas kebaikan yang berganda.
Tolonglah mereka yang susah
Alangkah bahagianya jika sumbangan kita
menjadi pelangsung hidupnya.


Sebarkan, panjangkan jejak entri ini
Kongsikan dengan teman, dengan saudara mara
Hulurkanlah walaupun sedikit, hulurkanlah walaupun seringgit


Photobucket




Tujuan tabung ini adalah untuk mengumpulkan dana sebanyak
RM300,000 bagi membiayai perbelanjaan pemindahan buah pinggang Hafiz di China tahun ini.

Latar belakang Hafiz

Photobucket

Ahmad Hafizuddin berusia 25 tahun,
berasal dari Kuala Terengganu dan kini menetap di Taman Teratai,Jalan Sultan Omar.
Beliau belum berkahwin dan mempunyai hasrat untuk menyambung pelajarannya jika pulih kembali. 

Penyakit Buah Pinggang (End Stage Renal Disease)

Hafiz telah disahkan mengalami kerosakan kedua-dua buah pinggangnya
(End Stage Renal Disease (ESRD)) pada akhir 2007.
Punca kepada kerosakan buah pinggang beliau tidak diketahui dan tidak dapat dikenal pasti.

Rawatan Sekarang

Photobucket

Kini beliau terpaksa menjalani rawatan Haemodialisis (mencuci darah) 3 kali seminggu.
Rawatan ini akan berterusan sehingga ke akhir hayat beliau kecuali 
pemindahan buah pinggang (kidney transplant) dapat dilakukan.
Rawatan Haemodialisis tidak dapat memberikan tahap kesihatan yg sebaiknya .
Pelbagai komplikasi kesihatan seperti masalah jantung, paru –paru,
dan sebagainya akan berlaku.

Doktor juga memaklumkan bahawa pemindahan buah pinggang ini jika dilakukan lebih cepat lebih baik kerana fizikalnya masih kuat dan kesan kerosakan buah pinggang pada badannya masih minimal. Penyakitnya setakat  ini telah pun menimbulkan pelbagai komplikasi lain yang membataskan pergerakannya dan melemahkan fizikal beliau.

Masalah pemindahan buah pinggang di Malaysia

Usaha untuk mendapatkan penderma yang sesuai daripada kalangan ahli keluarga telah dilaksanakan, malangnya tidak berjaya. Manakala menunggu giliran dalam senarai menunggu pemindahan buah pinggang kementerian kesihatan di Malaysia memakan masa yang lama (l0 -12 tahun).

Mohon Sumbangan Anda

Kami memohon sumbangan ikhlas anda dengan harapan dapat mempercepatkan
pengumpulan dana tersebut seterusnya membolehkan 
Hafiz menjalani rawatan pemindahan buah pinggangnya.

Kami juga mengharapkan doa dari tuan/puan agar usaha ini berjaya dan
Hafiz dikurniakan kesembuhan berpanjangan oleh Allah swt.

Sumbangan boleh disalurkan melalui :
a. "bank in" terus ke akaun Maybank - a/c: 163082063995
b. Sumbangan atas nama Ahmad Hafizuddin Abdul Hadi
c. Tunai – boleh hubungi nama di bawah
Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi :
En.Abdul Hadi Jusoh                       014-5257815
Pn.Jamilah Hj.Ahmad                      019-9543379
Cik Norhafizah                                  019-9417383
Hafiz                                                   014-8397650


Semua sumbangan dan doa didahului dengan ucapan terima kasih.
Semoga diterima Allah sebagai amal soleh dan dibalas Allah dengan ganjaran berlipat kali ganda.