Pening lagi kepala Yong sambil menaip entry ni.
Rasa nak terpitam2.
Tapi kugagahkan juga,..sebab musabab apa ntah.

Exercise sikit2 atas katil..tapi pening tak mau hilang gak.
Tak suka!!!

Okay...5hb Julai haritu, Yong terbaring atas katil bedah.
Surgery penggantian tulang besi dalam kaki kiri Yong.
Sebab kena surgery...terlampau lasak sampai rosak tulang macam kena kikis.
Doktor dah warning, lepas ni kalau lasak jugak lagi and jadi benda yang sama,
no choice but to do amputation.
Waduhh...bukan kena diabetic pun amputate jugak!
Nasib badan....
But harap2nya tak la.

Photobucket

Sebanyak 71 jahitan dibuat atas kulit kaki Yong ni.
Minggu depan kot bukak jahitan (staple je, bukan benang)

Lepas habis bedah,
Yong muntah dua kali.
Pening dek ubat bius gamaknya.

Masuk bilik..masih tak dapat respon elok2.
Memang pening. Dalam dok pening tu..semua orang nak bercakap dengan Yong.
Tanya ok ke tak, tanya itu, tanya ini.
Yang Yong boleh buat, angguk je.

Dua hari gak melepek tido.
Kena masuk blood transfusion 2 pint.
First pint ok...takde masalah. Nurse pun dah briefed,
kalau ada alergic reaction,
maybe akan develop rashes atau fever.

Sekali masuk pint yang ke-dua,
hamik nah...geli-gata seluruh badan sampai bengkak2 kau.
Kaki dah merah2...perut berbintik2...merenyam giler!!!

Photobucket

Nak nangis2 tahan gatal tu weh.
Menggaruk dah macam beruk. Uk!Uk!
Report kat nurse, nurse stop blood transfusion, and bagi injection kat buttock.
Lega....baru bley tido malam tadi.

Bila bangun hari ni, doktor bukak balutan,
nak tengok luka stitches.
"Looks fine"...kata dia la.
Tapi pastu sakit berdenyut2..sampai meleleh air mata,
mintak epidural (morphine) untuk tahan sakit.
1/2 jam lepas kena cucuk..baru lega..fuhh!

So..hari ni masih bed ridden. Nurse mandikan atas katil je.
Oleh kerana Yong tak biasa tak syampoo rambut time mandi,
Yong minta nurse bagi Shampoo Cap, No rinse syampoo.
Wahhh....lega kulit kepala!

Photobucket