Hi readers..I'm baaaack!!!
Skang ni tengah menanggung menonggeng
menahan sengal punggong sebab asyik duduk, baring, duduk, baring.
Kalau badan Yong ni berfotosintesis,
lama dah naik tunas daun, keluar akar kat punggong.

Udah le tu...hari ni memang traumatik.
Dari pukul 8 pagi sampai pukul 9 pagi,
Yong suruh Yop jadi pak pacak kat luar pintu bilik.
Yong nak lepas hajat.
4 hari oii tak lepas!

Dah tunggu sejam, Yong nampak Yop dah beku duduk bawah aircond,
Yong panggil dia masuk.
Hajat Yong pun masuk semula.
Tak melepas lagi....

Pukul 12 tengahari..Yong suruh Yop ambik commode chair.
Pada yang tak pernah tahu pebenantang commode chair ni,
ni lah rupanya.

Photobucket

Ko jangan gelak lak! Kaki Yong sakit..cemana nak jalan ke bilik air.
Atas betanang ni Yong duduk...seret slow masuk bilik air,
parking betul2 centre kat toilet bowl.
Salah parking kang...terbabas ke tepi, malu aku kat nurse kang.
Dah besar2 pun berak bersepah..hahaha!!!


Well....dah sejam jua Yong dalam bilik air,
seru hajat tak jugak sampai.
Yong mintak enema kat nurse. Tapi dia kata kena tunggu lepas pukul 2.
Harini doktor gi solat jumaat.

Haishhh...cemana nih? Rasa cam dah bertoksik sangat badan ni.
Mana leh simpan lama2..kang reput usus dimamah bakteria.
Sambil menunggu doktor, Yong pelahap nasi lemak beli kat stall ground floor.
Nasi lemak telur. Sedap sangat!!!
Macam nasi lemak daun pisang tapi takde daun pisang.
Sambal sedap, nasi sedap!
Memang esok beli lagi nampaknya (ada ke jual hari sabtu?)

Dah pekena sambal..baru le sistem perkumuhan jadi aktif.
Dan2 tu nak ke tandas.
Yop pinjam lagi commode chair.
Seret Yong masuk toilet.
Dan tak sampai 5 minit...proses perkumuhan berjaya.
Alhamdulillah..lega mak ni.

Semalam kawan lama Yong datang. Dah tak jumpa dekat 13 tahun kau!
Lama oihh....dah beranak pinak pun masing2.
Borak sakan le sebab kawan Yong ni mulut bertih macam Yong jugak.
Kalau takde orang suruh balik...sembang sampai esok pagi pun masih ada topik.

Photobucket

Kalau korang nak ziarah, tak yah bawak hadiah. Bawak makanan je.
Macam korang tak nampak betapa Yong enjoy food.
Food makes me happy.
And she brought me some kuih and chocolate.
Ha...thanks sesangat!
Memang mengunyah je Yong pas dia balik.

Harini pulak bff Yong, Miss Yanie menyinggah datang.
She knows how much I appreciate good food..especially delicious desserts.
Datang bawak Bluberry Cheese Tart and Red Velvet Cupcakes.
Tart tu dah dilenjan sebelum camera sampai.
Tapi entry sebelum ni Yong dah ambil gambar.
So tak la rasa rugi.
Tapi kalau korang tengok gambar Red Velvet Cupcakes ni..sure meleleh!

Sangat best..terbaik!

Photobucket

Photobucket

Cupcakes ni spongy, a bit sour berry taste. Tak sure what berry...
Cream cheese topping tu sedap...so creamy!
Manis secukup rasa.
One bite is enough!
It will signaled to your brain that this is one delicious cupcakes to die for!
I must have this for raya!




Sometimes being a little bit cuckoo helps me coping with recuperation.
Photobucket
.
.