Ayaq liuq meleleh teringat seafood.
Bila teringat seafood, teringat jugak lagu R. Azmi, Pak Hitam.
Oh...ayer liur meleleh.....tak dapat ketagih..





amboi pak hitam sayang
pak hitam kaki melaram
kaki joget kaki todi
raja botol serta wiski
air liur meleleh tak minum ketagih
air liur meleleh

rambut putih dia bimbang
dicelup hitam jadi belang
misai kontot konon garang
mata liar pandang orang
menghayun tongkat pulang balik
mahu perangkap nona getek

#
air liur meleleh tak minum ketagih
pak hitam kaki melaram
kaki joget kaki todi
raja botol serta wiski
air liur meleleh tak minum ketagih
air liur meleleh

bila pandang si mak janda
pak hitam pakai cermin mata
dari jauh dia bergaya
buang senyum pura-pura
gigit cerut main mata
gigi palsu nampak nyata

ulang #

rambut putih dia bimbang
dicelup hitam jadi belang
misai kontot konon garang
mata liar pandang orang
menghayun tongkat pulang balik
mahu perangkap nona getek

............................

Ha tu dia...dah dapat mood air liur meleleh?
Kalau dah dapat mood, Yong nak bagi ayaq liuq hangpa tu bukan kata meleleh,
memancut2, tersemboq-semboq bila tengok gambaq2 makanan yang Yong pi mentekedaghah hari tu kat Tong Juan Restaurant, Kemaman.

Bila la nak pi melantak lagi ni...?
Cheq dah kebuluq la nak habaq mai.

Photobucket

Hat ni, Siakap Masak Stim. Sedap sebab ikan ni fresh from the sea gitu.
Isi dia, nak habaq mai kat hangpa...manih, lembut, uisshhh...dalam dok ceghita ni,
ayaq liuq Yong pulak dok menitik2 macam budak kecik nak tumbuh gigi.
(Hoi!! Keta sapa dok bunyi alarm dari pagi sampai tengahari tak berenti2 ni?
Yong nak berbeloging pun susah!)

Anyway...back to our fishy business, kita lihat gambaq seterusnya.
Sapa2 tengah dok ganti posa, sat gi malam boleh la plan makan seafood na?

Photobucket

Sambal sotong ni tak macam orang melayu buat la. Len sikit. Tapi sedap ja kalau dah lenjan dengan nasik panas2.

Photobucket

Ni feveret Yong ngan Yop. Tak beli ni tak sah!
Kulit ketam dibalut telur, dalam tu isi ketam yang dah dimasak asing, tak tau la masak dengan apa. Tapi sedap la makan ketam tak payah nak kopek2 kulit.
Korek sampai licin!


Photobucket

Ni siakap jugak. Masak sweet sour.

Kalau hangpa nak tau Tong Juan Restaurant ni kat mana, ni alamatnya:

Tong Juan restaurant
K-117 Jalan Sulaiman,
24000 Kemaman, Terengganu
GPS: 4.231314, 103.428383
Tel: 09-859 1346‎


Ding dong ding dong punya banyak kitaorang makan 2 ikan siakap saiz sedang, sambal sotong, 4 ekoq ketam, kailan ikan masin, ayaq 4 gelaih, nasi sebelanga,
kena la RM120. Orait apa, kan?